A STORY IS ABOUT YOU AND ME
KaTa- kAtA CK
Friday, November 8, 2013
Kehebatan Set Berpantang+Menyusu+kurus Shaklee
Pengedar Shaklee yang SAH!!!
Ada lagi yang Wanny tak amik macam Vita-C dengan Omega Guard. hehe.. lagi banyak amik, maka lagi sihat dan bertenaga la tubuh anda semasa hamil. |
Wednesday, November 6, 2013
Pizza lagi!!!
My pizza with my husband... bukan nak puji.. tapi sedap!!1 hahaha |
Ni pizza diorang. hehehe... |
Tuesday, November 5, 2013
Muhammad Aniq Naufal bin Mohamad Aminuddin
Assalamualaikum....
Dear Aniq Naufal
Sayang, waktu ni sayang berumur 91 hari.. Mama duk Dungun ngan Papa. Mama ngan Papa tengah sem last untuk Degree kami. Sem depan Mama ngan Papa akan wat latihan industri..Mama tinggal Aniq kat Tok Ma nge Tok Abah masa Aniq berumur 31 hari. Sehari selepas wat majlis cukur jambul dan akikah. Tok Abah sembelih 2 ekor kambing tau untuk Aniq. Mama tinggal Aniq sebab Mama nak habiskan sem 5 ni. Tapi Mama kan balik tiap-tiap minggu jumpa Aniq. Mana boleh Mama berpisah lama-lama ngan Aniq. Kali ni Mama nak tulis perjalanan Aniq bermula daripada dalam perut sampai la Aniq lahir ke dunia ni.
Secara keseluruhannyer, Mama ngan Papa menikah pada 20hb Ogos 2012. Pada hari raya ke dua. Selepas 6 bulan lebih Mama dengan Papa bertunang. Alhamdulillah, kami kahwin dengan serba sederhana, kedua-dua keluarga belah Mama dengan Papa semuanya tak ada masalah. Tapi lebih kurang sebulan lebih lepas kami berkahwin, Tok Abah kemalangan, Tok Ma pon ada sekali. Masa ni Tok Abah kerja pemandu lori, Tok Abah hilang kawalan lepas terlanggar sebuah lori rosak yang parkir selepas selekoh. Masa ni mama baru je sambung ijazah, lebih kurang sebulan selepas daftar. Tok Abah teruk sangat, sampai tak dapat gerak seluruh badan, hanya dapat kelipkan mata dan dapat bercakap. Tok Ma pulak patah tulang bahu. Mama hanmpir mahu tangguhkan pembelajaran Mama. Tapi Alhamdulillah keadaan sedikit reda dan Mama dapat sambung belajar seperti biasa. Aniq, cerita ni nanti Mama sambung kemudian yer. Apa yang Mama nak beritahu, kejadian ni membuatkan Mama hampir merancang untuk mengandung. Disebabkan Tok Abah dah tak kerja, tak ada orang yang boleh tanggung belanja Mama kat Universiti apetah lagi nak tanggung Aniq nanti.
Fikir punya fikir, Mama takut untuk merancang, bukan apa, Mama takut nanti Mama xde rezeki untuk mengandung kalau Mama merancang sebab takut tak dapat tanggung Aniq nanti. Mama percaya setiap anak ada rezekinyer. Jadi Mama ambil keputusan Mama takkan merancang, kalau ada rezeki Mama terima, kalau tak de, mungkin bukan masa Mama lagi. hehe... ceritanya macam ni, masa tu Mama dah lewat 2-3 hari datang haid. Mama pun beli Urine Pregnancy Test (UPT). Tapi test tu gagal. Mama sedikit kecewa. Lepas tu dalam hujung minggu tersebut Mama ada Convocation untuk diploma Mama, ramai yang cakap muka Mama berseri-seri, mengandung kot. Tapi Mama tak happy pon sebab Mama dah test dan gagalkan. Masa nak naik bas balik ke Dungun, Mama test lagi kat toilet di stesen bas, tetap gagal. 9 hari kemudianya, pada 13 hb Desember 2012, pada waktu malam, Mama test lagi, ALHAMDULILLAH UPT tu berjaya!!!! Mama tengok tak berkelip-kelip... sambil tengok sambil tertanya-tanya.. ye ker ni? hehe.
nampak tak timbul 2 garisan? garisan sebelah kanan tu la yang menandakan Mama positif mengandungkan Aniq |
Belajar buat pizza!!!
Pen Merah Pen Biru.. you marah I Love U
2 minggu lepas saya rasa.. tiba-tiba bangun pagi.. Papa request nak makan pizza.. jum order pizza.. delivery la kan.. terkezuttttt!!! naper eh tetiba dia nak makan pizza.. sebab I know la Papa punya habit..maner dia nak makan fast food yang mahal2 ni.. membazir katanya.. hehe so pukul 10lebih I order kat website PHD tu.. it suppose to get the pizza at 11 something, rights? tapi disebabkan staff dia yang tukang anta pizza tu tak masuk keje lagi.. dia call I untuk hantar pizza pukul 12 lebih.. tapi I ada kelas pukul 12.. so I cakap anta jer pukul 5ptg.. tp dah nak dekat pukul 6 baru I dapat... haha.. x kisah la..
Friday, March 22, 2013
Balik ke Uitm Dungun
Salam. Sekarang ni otw balik dungun. Puan Wanny balik ke Kg Kadok ari rabu malam sebab khamis tak ada kelas. Hehe. Tapi balik sowang2 je sebab husband banyak keje. Hehe. Balik umah sebab rindu sangat dengan Putih. Hehe
Sampai je kat rumah, emak cakap sibuk nak balik. Tak ada kelas pun duduk je la kat sana masak2 untuk husband. Sebijik kena kat muka. Haha. Takpe la. Tinggal kejap je. Pandai2 la papa masak. Huhu.
Balik umah bawak asignment banyak tapi tak bersentuh pun. Khamis pegi KB seharian urus macam2 hal. Jumaat lak bawak classmate pegi Mundok. Lepas tu jalan2 umah member lak. Dan ari ni dah otw ke dungun. Nasib la badan. Haha.
Dah banyak berubah.....
Salam semua. Dah berabad zaman x update blog sendiri. So kali ni juzz nak update pasal diri sendiri dan orang yang tersayang.
Sekarang ni Puan Wanny kan dah 8 bulan kawen. Suprisenya dah pregnant 5 bulan tau. Tak suprise pun sebab dah selalu update kat fb. Huhu. Due date my pregnancy ni 15hb Ogos tahun ni. Tak kan tahun depan lak kan. Hahaha. Beznye due date tu seminggu lepas raya puasa. Hehe. Dan paling bertuah, beranak dalam cuti sem. Jangan dalam final exam dah. Muahehe.
Study lak dah masuk sem ke 4 di UITM DUNGUN. Paling bez sem ni dapat duduk ngan husband. Sem lepas dah booking umah sewa yang murah tapi datang je sem ni, ada masalah lak. Panjang citernya. Dan dalam terpaksa kena cari rumah lain. Maklum saja la bila nak cari rumah sewa urgent, susah nak cari sama dengan kehendak kita. Terpaksa amik je umah sewa yang mahal nak mampus.
8 bulan dah jadi bini orang. Hehe
Saturday, December 8, 2012
Last Updates!!!! BYE..BYE...
Wednesday, December 5, 2012
My Big Day....Convocation at USA
Dalam pukul 9, Cik Wanny, My Husband, Eima, ngan pakwe dia keluar pergi Seksyen 17, kebetulan time tu, ada member Incik Dean lalu situ, dia bawak kereta, kitorang pon tumpang pergi Seksyen 17. Kitorang nak pergi makan kat sana. Hehe..sesudah makan, kami pergi Giant, beli bekal untuk duduk dalam dewan selama 5 jam. Pastu kami berjalan naik bas yang disediakan UiTM untuk ke DATC. Kat sana kami jumpa family Siti, dan kawan-kawan yang lain.
Sampai-sampai je kami berkumpul ngan kawan-kawan yang lain. Tapi gambar-gambar ngan kamera diorang takde kat Cik Wanny..so nikmati la gambar-gambar yang ada dalam hp Cik Wanny jer. Jum layannnnnnnnnnnnn!!!!