AWAS!!!!!! ENTRY YANG AKAN ANDA BACA INI SANGAT PANJANG..SILA FIKIR DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KALAU ANDA MAHU MEMBACANYA
Assalamualaikum....
Dear Aniq Naufal
Sayang, waktu ni sayang berumur 91 hari.. Mama duk Dungun ngan Papa. Mama ngan Papa tengah sem last untuk Degree kami. Sem depan Mama ngan Papa akan wat latihan industri..Mama tinggal Aniq kat Tok Ma nge Tok Abah masa Aniq berumur 31 hari. Sehari selepas wat majlis cukur jambul dan akikah. Tok Abah sembelih 2 ekor kambing tau untuk Aniq. Mama tinggal Aniq sebab Mama nak habiskan sem 5 ni. Tapi Mama kan balik tiap-tiap minggu jumpa Aniq. Mana boleh Mama berpisah lama-lama ngan Aniq. Kali ni Mama nak tulis perjalanan Aniq bermula daripada dalam perut sampai la Aniq lahir ke dunia ni.
Secara keseluruhannyer, Mama ngan Papa menikah pada 20hb Ogos 2012. Pada hari raya ke dua. Selepas 6 bulan lebih Mama dengan Papa bertunang. Alhamdulillah, kami kahwin dengan serba sederhana, kedua-dua keluarga belah Mama dengan Papa semuanya tak ada masalah. Tapi lebih kurang sebulan lebih lepas kami berkahwin, Tok Abah kemalangan, Tok Ma pon ada sekali. Masa ni Tok Abah kerja pemandu lori, Tok Abah hilang kawalan lepas terlanggar sebuah lori rosak yang parkir selepas selekoh. Masa ni mama baru je sambung ijazah, lebih kurang sebulan selepas daftar. Tok Abah teruk sangat, sampai tak dapat gerak seluruh badan, hanya dapat kelipkan mata dan dapat bercakap. Tok Ma pulak patah tulang bahu. Mama hanmpir mahu tangguhkan pembelajaran Mama. Tapi Alhamdulillah keadaan sedikit reda dan Mama dapat sambung belajar seperti biasa. Aniq, cerita ni nanti Mama sambung kemudian yer. Apa yang Mama nak beritahu, kejadian ni membuatkan Mama hampir merancang untuk mengandung. Disebabkan Tok Abah dah tak kerja, tak ada orang yang boleh tanggung belanja Mama kat Universiti apetah lagi nak tanggung Aniq nanti.
Fikir punya fikir, Mama takut untuk merancang, bukan apa, Mama takut nanti Mama xde rezeki untuk mengandung kalau Mama merancang sebab takut tak dapat tanggung Aniq nanti. Mama percaya setiap anak ada rezekinyer. Jadi Mama ambil keputusan Mama takkan merancang, kalau ada rezeki Mama terima, kalau tak de, mungkin bukan masa Mama lagi. hehe... ceritanya macam ni, masa tu Mama dah lewat 2-3 hari datang haid. Mama pun beli Urine Pregnancy Test (UPT). Tapi test tu gagal. Mama sedikit kecewa. Lepas tu dalam hujung minggu tersebut Mama ada Convocation untuk diploma Mama, ramai yang cakap muka Mama berseri-seri, mengandung kot. Tapi Mama tak happy pon sebab Mama dah test dan gagalkan. Masa nak naik bas balik ke Dungun, Mama test lagi kat toilet di stesen bas, tetap gagal. 9 hari kemudianya, pada 13 hb Desember 2012, pada waktu malam, Mama test lagi, ALHAMDULILLAH UPT tu berjaya!!!! Mama tengok tak berkelip-kelip... sambil tengok sambil tertanya-tanya.. ye ker ni? hehe.
 |
nampak tak timbul 2 garisan? garisan sebelah kanan tu la yang menandakan Mama positif mengandungkan Aniq |