KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Monday, February 14, 2011

Sebenarnya aku lemahhhhhhhh

dah seminggu lebih aku try jadi seorang yang normal. seorang yang punya hidup seperti orang lain yang biasa-biasa saja. aku try lupakan semua masalah aku. aku hidup dengan kawan-kawan yang boleh buat aku gembira. aku jauhkan diri aku daripada sebarang masalah atau hal yang boleh wat aku tertekan. aku senyum dalam setiap waktu. aku ketawa dalam setiap saat. yang penting aku cuba untuk lupakan semua masalah aku.

pernah sesekali aku terfikir, dengan kegembiraan yang aku gambarkan pada diri aku sekarang ni mungkin kawan-kawan aku ingat semua masalah aku dah settle kan??? tapi kawan, semua tu tak pernah selesai pun lagi. malah makin bertambah. lalu aku nekadkan hati untuk lupakan semuanya demi study aku. aku try. dan aku berjaya. berjaya untuk beberapa hari jer

malam ni aku tewas dengan air mata aku lagi. aku elakkan untuk amik tau pasal masalah tu tapi malam ni there is somebody who force me to recall all the problem. aku tak berjaya untuk mengelakkannya. dan aku tumpas dengan air mata yang aku tampung selama beberapa hari ni. aku paksa diri aku untuk hepi dengan pergi jalan-jalan ke merata tempat tapi malam ni baru aku sedar aku sebenarnya lemah. aku juzz berpura-pura disebalik gelak yang boleh direka. disebalik senyum yang mampu aku ukir demi memujuk hati.

malam ni aku tewasssssssssssssssss



sepotong cerita yang aku taip

No comments: