KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Saturday, December 25, 2010

___air mata percintaan____

Incik Dean
malam ni wat pertama kalinya
Incik Dea wat Cik Wanny nangis
dah la semalam Incik Dean cakap kasar ngan Cik Wanny
lepas hal semalam
Cik Wanny jadi tawar hati sangat2 ngan Incik Dean
hari ni kita mesej pun
Cik Wanny nak tak nak je mesej ngan Incik Dean
entah ar cam mane
Cik Wanny pun dah buntu nak pujuk hati sendiri

tadi masa kita makan ramai-ramai pon
Cik Wanny jadi bisu ngan Incik Dean
tapi Incik Dean still try nak bercakap
Cik Wanny betul-betul keliru
Cik Wanny sendiri tak tahu nak
cakap camne tentang perasaan Cik Wanny sekarang
Cik Wanny tak berani nak luahkan
takut nanti makan diri Cik Wanny

lepas kita makan
kita chatting kat facebook
Cik Wanny yang ajak Incik Dean chatting
tapi Cik Wanny yang wat hal kan???
Cik Wanny yang merajuk kuat sangat ngan Incik Dean kan???
tapi siyesly Cik Wanny tak reti nak berpura-pura
untuk wat-wat hepi dan berbual ngan Incik Dean
bila Incik Dean tanya Cik Wanny sayang Incik Dean ke tak
Cik Wanny boleh jawab "sayang kot"
ada kot kan???
Cik Wanny tau Incik Dean terasa hati
tapi nak wat camne
Cik Wanny dah serabut sangat-sangat
Incik Dean plizz la faham
plizz jangan tanya soalan pasal hati
wat masa sekarang ni
sebab Cik Wanny sekarang merajuk sangat-sangat
ngan Incik Dean

dulu before Cik Wanny terima Incik Dean
salah satu persoalan yang Cik Wani terfikir ialah
macam mane kita nak bekerja dalam 1 pasukan
bila kita dah kapel
Cik Wanny macam dah nampak masalahnya sekarang
bila kita macam ni
Cik Wanny susah nak kawal perasaan peribadi
bila kita sedang bekerja secara profesional
semua benda Cik Wanny buat
dah tak betul dimata Incik Dean
hurrrmmmmmm
:'(

Thursday, December 23, 2010

my feveret snackkkkkkkkk

ni merupakan feveret makanan Cik Wanny
suka makan bila-bila masa sahaja
dan boleh dimakan bila-bila masa yang anda suka
ramuan nye pun takde la susah macam nak wat kari ayam
juz keropok yang telah di goreng ngan milo ais
yang dalam gelas hijau tu sah-sah la milo ais
yang dalam bekas biru ni plak
merupakan keropok yang telah digoreng
dan telah dijadikan cebisan-cebisan yang kecil

cara makannya mudah sahaja
amik sesudu keropok
pastu masuk kan kedalam gelas milo ais
kacau dan makan keropok tu dengan air milo sekali
pastikan keropok tu tak terendam lama sangat
sebab kalau terendam lama
keropok tu akan jadi lembik
dan tak rangup lagi

part yang sedapnye bila makan tu
kita dapat rasa ikan dalam keropok
rasa sejuk sebab milo ais
dan dapat rasa milo tu sekali
caranya lebih kurang makan coco crunch ngan susu
(betul ke tak ejaan coco crunch ni?)

huhuhu
makanan ni boleh mengenyangkan kita
sebab sambil makan kita
dapat rasa air milo sekali
so its very easy laaaaaa
selamat mencuba
adiossss!!!!

Tuesday, December 21, 2010

Bergadoh kan asam garam bercinta


22 December 2010
hari ni la ari first Incik Dean marah Cik Wanny
dah penat Cik Wanny pujuk
tapi Incik Dean still marah Cik Wanny
kisahnya start sebelum-sebelum ni lagi
cuma pagi tadi baru sampai kemuncak

Incik Dean ni suka call Cik Wanny
start daripada bangun tido sampai la tido balik
bila Incik Dean call Cik Wanny
Cik Wanny ni pulak akan leka ngan blog dan facebook
so kadang-kadang bila bergayut
Incik Dean ni macam cakap sorang-sorang
then dia pun marah-marah Cik Wanny
cakap Cik Wanny lagi pentingkan online daripada Incik Dean
semalam sebelum tidur Cik Wanny tengok citer industan
tapi tak sempat nak abiskan sebab Cik Wanny nak tidur
pagi tadi bila Cik Wanny bangun tidur
terus Incik Dean call Cik Wanny
dan Cik Wanny pon terus sambung tengok citer sambil bergayut
lama-lama Incik Dean rasa Cik Wanny lagi leka tengok citer
daripada nak layan call Incik Dean
terusIncik Dean putuskan call
Cik Wanny pulak ingat terputus
so Cik Wanny dengan selamba badaknya layan citer sampai abis
Incik Dean lak terus tak call

Lepas tengok citer
Cik Wanny pergi makan pulak
lepas makan baru la Cik Wanny mesej Incik Dean
tapi Incik Dean tak balas
Cik Wanny call Incik Dean tak jawab
Incik dean pun tak call balik
pelik sungguh Cik Wanny rasa
lama-lama Incik Dean anta mesej suruh Cik Wanny
juz layan citer jangan layan dia lagi

oooooooppppppppssssssss!!!!!
Incik Dean majuk rupanyaaaa
lama-lama Incik Dean ngan Cik Wanny juz bermesej
lepas tu Incik Dean marah Cik Wanny sebab menipu Incik Dean
bila Incik Dean tanya Cik Wanny wat pe
Cik Wanny jawab tak wat pape
padahal Cik Wanny buka fb ngan blog
sebab tu la Incik Dean marah gilerrrrrrrrr
ngan Cik Wanny

lepas tu Cik Wanny pun pujuk Incik Dean
macam-macam la yang Incik Dean cakap kat Cik Wanny
Incik Dean cakap yang Cik Wanny ni tak sayang Incik Dean lagi
sebab tu dah pandai menipu Incik Dean
pastu semalam Cik Wanny janji tak nak tipu lagi
tapi ari ni Cik Wanny tipu lagi
Cik Wanny sebenarnya tak nak bagitahu sebab
nanti Incik Dean akan majuk dan cakap
Cik Wanny tak sayang Incik dean lagi

lepas lama-lama pujuk
Cik Wanny pun anta mesej simbol crying
tanda Cik Wanny sedih giler sebab
Incik Dean layan Cik Wanny cam tu
baru la Incik Dean call Cik Wanny
tapi Cik Wanny tak nangis pun
tup..tup.. bila Incik Dean call
Cik Wanny dengar yang Incik Dean sok sek sok sek
INCIK DEAN MENANGIS!!!!!
sebab Cik Wanny tipu dia
Incik Dean ingat Cik Wanny tak sayang Incik Dean lagi

Incik Dean........
betapa Cik Wanny rasa terharu
sebab Incik Dean menangis sampai macam tu sekali
menangis pulak sebab benda kecik cam tu
tu menunjukkan Incik Dean memang sayangkan
Cik Wanny sangat-sangat
sampaikan takut untuk kehilangan Cik Wanny
i love u too my Incik Dean

dan Cik Wanny juga rasa terharu
bila Incik Dean dah bagitau Puan Ma Incik Dean
yang Incik Dean dah ada kekasih hati
iaitu CIK WANNY
Cik Wanny bangga sangat ngan Incik Dean
huhuhu
Incik Dean berani bagitahu Puan Ma pasal kita
dan paling terharu Puan Ma suruh
Incik Dean jaga Cik Wanny elok-elok
sekali lagi ia membuktikan
Incik Dean tak main-main untuk menyayangi Cik Wanny

for Incik Dean yang online 12 kali setahun
hahahahaha
Cik Wanny menyayangi Incik Dean sampai mati
Cik Wanny juga mempercayai Incik Dean sepenuh hati
Cik Wanny dah tak ada apa-apa keraguan terhadap Incik Dean lagi
mmmmmuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhh


_____hari ni kita berjanji_____

dalam entrie ni juz nak share perasaan hari ni je
so hari ni dengan rasminya
Cik Wanny menyiapkan post
yang bertajuk
sebenarnya post tu dah 2-3 hari Cik Wanny plan
kalau buleehh nak wat yang terbaik
antara yang paling baik
sebab tu la makan masa
huhuhuhu

Cik Wanny rasa nak jadikan blog Cik wanny ni
sebagai pencoret setiap kisah antara Cik Wanny ngan Incik Dean
so jap lagi Cik Wanny akan tukar nama blog ni kkkk!!
hari ni Cik Wanny hepi sangat
Incik Dean mintak Cik Wanny berjanji
jangan tinggalkan dia
huhuhu
Cik Wanny boleh janji sangat-sangat la tak kan tinggalkan Incik Dean
sebabnya Cik Wanny ni kalau bukan Incik Dean yang nak
dah tak de orang nak tau tak??
Incik Dean lain la segak bergaya, dah la tinggi macam zirafah
hak3x

pastu Cik Wanny pun mintak Incik Dean berjanji
ngan Cik Wanny supaya jangan tinggalkan Cik Wanny
so hari ni
21 December 2010
Incik Dean ngan Cik Wanny berjanji
tak akan meninggalkan salah seorang
daripada kami melainkan
sudah ketentuan Ilahi kami tidak dijodohkan bersama

so Cik Wanny dah tak sabar sangat nak jumpa
Incik Dean ari sabtu ni
yes!!!
we all dah merindui satu sama lain
daaaaaaaaaaaaa

Sunday, December 19, 2010

__________My LoVe sToRy__________

tajuknye MY LOVE STORY yang akan mencerita semua persoalan korang
tentang kisah Cik Wanny dengan dia sebelum ni
post Cik Wanny yang sebelum ni merupakan kisah Cik Wanny sendiri
rentetan daripada post tu ada 2 lagi post
yang Cik Wanny tulis lepas tu sebenarnya berkait dengan
hubungan Cik Wanny kali ni yang agak special
alhamdulillah sekarang ni Cik Wanny dah declare dengan Incik Dean
selepas semua dugaan yang Cik Wanny lalui dengan sabar
selepas semua penantian
selepas semuanya
Cik Wanny sekarang ni cukup bahagia dengan kehadiran Incik Dean
MAKA bermulalah kisah
Mohamad Aminuddin bin Mohd Bayaki
dengan
Nurul Syazwani bt Mohamed

Cik Wanny sebenarnya tak tahu tarikh sebenar Cik Wanny kenal Incik Dean
sebetulnya Cik Wanny satu kokurikulum dengan Incik Dean
start daripada sem satu lagi iaitu
penghujung tahun 2009
pastu Cik Wanny start tahu kehadiran Incik Dean dalam kokurikulum(KO)
sama ngan Cik Wanny pada waktu Cik Wanny sem 3
sebabnya Incik Dean join untuk menolong kitorang buat keje
pada waktu tu Cik Wanny cakap
"ooo.. ni Amin Din nye"
sebabnya dalam KO Cik Wanny ni ada 3 orang amin
dan salah seorang daripadanya ialah Incik Dean
masa sambut bufday Cik Wanny kat restoran di Tanah Merah
member-member Cik Wanny ada ajak Incik Dean untuk join
at that time Cik Wanny juz takde pape perasaan
still juz seorang kawan dalam kerja Cik Wanny as a komander
lepas daripada tu pun Incik Dean ada join kitorang masa lepak-lepak kat fodkod
masa sambut bufday tiqah kat fodkod pun Incik Dean join jugak

so kesimpulanya Cik Wanny hanyalah kenal Incik Dean sebab
Cik Wanny sama KO ngan Incik Dean
kalau tak, sampai grad pon Cik Wanny tak tahu sape Incik Dean
perangai Incik Dean yang agak pendiam wat kan kami
sukar untuk berkomunikasi ngan Incik Dean
termasuk Cik Wanny yang memang giler-giler
tapi agak kaku untuk bergurau senda ngan Incik Dean

tanggal 16hb Oktober 2010
buat pertama kalinya Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong
Cik Wanny mintak Incik Dean pergi Mache untuk buatkan somtim
sebelum-sebelum ni tak pernah mesej kan???
tiba-tiba je Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong
nasib baik la Incik Dean ni baik dan nak tolong Cik Wanny
at the same time Cik Wanny mintak Incik Dean belikan KFC sekali
kat KFC pon ada kes yang lucu jugak
sebagai balasannya Cik Wanny belanja
Incik Dean makan kat fodkod malam tu
masa makan kat fodkod Cik Wanny duduk tepi Incik Dean
dan
yang paling buat Cik Wanny rasa dihargai bila Incik Dean sudi
bagi sapu tangan Incik Dean untuk sapu tangan Cik Wanny sebab tisu takde
ooohhh Incik Dean...so sweet
hehehehe
Incik Dean ni nampak je diam kan
yang penting Cik Wanny dah tau sedikit sebanyak perangai Incik Dean
yang orang lain tak nampak
memang Cik Wanny ni spesel la sebab dapat kenal perangai Incik Dean kan??
Incik Dean pon sama
disebalik ketidaksopanan Cik Wanny ni
Incik Dean dapat rasa perangai dalam diri Cik Wanny
yang orang lain tak dapat kenal dan rasa
betul tak Incik Dean???
yang penting Cik Wanny spesel untuk Incik Dean
dan Incik Dean spesel untuk Cik Wanny
start daripada Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong tu maka
berlanjutan la mesej-mesej antara kami

3 hari selepas tu bertarikh 19 Oktober 2010
our first outing to KBMall
diingatkan yer bukan DATING tapi outing bersama
hahaha
Cik Wanny ajak Incik Dean pegi KB untuk teman Cik Wanny
hantar hp Cik Wanny yang rosak kat kedai dalam KBMall
dan dengan berbesar hatinya Incik Dean SUDI
yabedabeduuuuuuuuuu!!!
huhuhu
hepi memang hepi tapi malam before pergi tu
there is somtim happen yang buat Cik Wanny kaku ngan Incik Dean
tapi nak wat macam mane
Cik Wanny dah janji nak kuar ngan Incik Dean
so kami still kuar
masa otw pergi tu Cik Wanny dengan Incik Dean diam je
hahaha malu atau pun Cik Wanny nak marah Incik Dean
sebab tu sama-sama diam
sampai kat KBMall je Incik Dean terus tanya Cik Wanny
"wani, marah aku ker?"
dan dengan tak ikhlasnye Cik Wanny jawab
"tak dok eh, tok maroh pom"
memang Cik Wanny sebetulnya tak suka
ape yang Incik Dean bagitahu Cik Wanny
malam before nak kuar tu
but, its still okay
lepas hantar telefon tu kat kedai tepon tu
Cik Wanny terus ajak Incik Dean pergi makan kat chicken rice shop
all the bill Cik Wanny yang bayar kkkkkkkk!!!!
ye la kan Cik Wanny yang ajak Incik Dean kuar
so takpe la kan
lepas makan2 Cik Wanny pusing-pusing ngan Incik Dean dalam KBMall
macam orang yang takde hala tuju
masing-masing still malu-malu kucim nak bercakap
lepas tu Cik Wanny ngan Incik Dean singgah kat kedai Parkway
Cik Wanny belikan Incik Dean satu penggantung enset
penggantung enset yang boleh susun huruf
Cik Wanny bagi word "fwenz" kat Incik Dean
yang bermaksud kawan
ada maksud disebalik fwenz tu
untuk Cik Wanny, Cik Wanny belikan sebentuk cincin
permatanya berbentuk hati warna pink
semua cakap cincin tu kiut tapi cincin tu dah hilang
nak tak nak lepas ni Cik Wanny kena cari jugak cincin tu
tu je la kenangan first outing Cik Wanny ngan Incik Dean
tapi sekarang Cik Wanny tak tahu mana pergi cincin tu
masa tu jugak Cik Wanny belikan 2 ekor bear yang kecik untuk ema dan tiqah
juz untuk tutup mulut diorang daripada mengata Cik Wanny
sebab kuar ngan Incik Dean ari tu
hahahahahahahaha
menarik tak plan Cik Wanny
huhuhu

bila dah boring kat dalam tu
Cik Wanny pun ajak Incik Dean balik UiTM kat Mache
so dengan sabar nya kami menunggu bas tengah panas
depan stesen minyak tepi Courts Mammoth
2 kali terlepas bas sebab kami leka berbual
(bertentang mata sebenarnya)
ye la Incik Dean asyik tengok Cik Wanny bercerita itu ini
mulut becok kan ada je benda nak cerita
at last kitorang berjalan daripada KBMall sampai dalam bandar
agak jauh dan panas sebenarnya
tapi sebabkan Cik Wanny jalan berdua ngan Incik Dean
yang panas pun rasa cam saljikan???
ada pulak salji kat qlate ni yer?
sampai je stesen bas kitorang naik bas no 5 balik ke Mache
seingat Cik Wanny malam tu pulak Cik Wanny still lepak
ngan Incik Dean kat fodkod
malam tu banyak citer perihal diri Incik Dean yang Cik Wanny tau

bermula la proses perkenalan kami sehinggakan
terjadi beberapa konflik yang tidak diingini
pernah sekali Incik Dean datang umah Cik Wanny
huhuhu
buat aper???
saje jalan-jalan kenal umah Cik Wanny
semua konflik tu Cik Wanny tak kan citer kat sini sebab
ia melibatkan banyak pihak
so let me keep it as my secret kkkkk.....
pernah sekali kami gadoh besar
sampaikan Cik Wanny hilang seluruh kepercayaan dan
kasih sayang Cik Wanny untuk Incik Dean
waktu tu hari raya haji malam
sampai hati Incik Dean marah-marah Cik Wanny
sampaikan tak nak Cik Wanny kontak Incik Dean lagi kan
esoknya Cik Wanny tak mesej Incik Dean
Cik Wanny wat ape yang Incik Dean mintak
tapi last-last Incik Dean jugak pujuk Cik Wanny
hahahaha
bahagia tul!!!!

pernah sekali Cik Wanny bagitahu Incik Dean
yang Cik Wanny nak terima balik ex Cik Wanny
Incik Dean bagi je Cik Wanny terima dia balik
tak sayang Cik Wanny ker????
ok la fine!!!
dengan sedihnya Cik Wanny terima dia balik
tapi tak lama sebab dia ada niat lain kat Cik Wanny
lepas tu Cik Wanny kontak Incik Dean balik
Incik Dean pun hepi kan???
2hari lepas, Incik Dean citer yang Incik Dean sebenarnya sedih
bila Cik Wanny bagitahu Cik Wanny nak terima ex Cik Wanny
dah tau diri tu sedih pastu tak nak bagi Cik Wanny wat cam tu
bagitahu je la kat Cik Wanny
Cik Wanny pun tak nak sebenarnya
huhuhu
tak pe la benda dah lepas kan
so biar je la

buat kali keduanya kami kuar lagi
pada tarikh 8hb December
masa tu Cik Wanny nak pergi amik kamera Cik Wanny
kat sony center Kota bharu
so kali kedua kami outing lagi
hehehehe
kali ni kami dah agak mesra
tak macam first outing kita kan???
kali nie kita dah balance
ada benda yang Cik Wanny bayarkan
dan ada benda Incik Dean bayarkan
Incik Dean belikan 2 benda ni untuk Cik Wanny

boleh la Cik Wanny guna masa pergi UiTM Shah Alam
wat lapik kepala masa atas bas
dan peluk time sejuk
pastu wat berebut ngan Incik Dean masa atas bas kan???
hishhh kalau tahu berebut Cik Wanny bawak dua-dua

10hb December
otw kita pergi Shah Alam
kita duduk sekali atas bas
hampir ke pukul 12 tengah malam
Incik Dean lamar Cik Wanny untuk jadi kekasih Incik Dean
macam biasa disebabkan konflik-konflik kita sebelum ni
Cik Wanny tak excited pon Incik Dean mintak macam tu
lagipun disebabkan semua tu
Cik Wanny tak yakin pon Incik Dean sayang Cik Wanny betuk-betul
Cik Wanny juz mintak Incik Dean settlekan semua masalah Incik Dean
kemudian baru fikirkan pasal Cik Wanny
lepas tu kita pon juz bual-bual macam biasa
dekat R&R Benta Incik Dean belanjaCik Wanny makan
huhuhu
suka tul ada orang belanja ni
hahahaha

masa kat Shah Alam pulak
Incik Dean ngan Cik Wanny dah macam belangkas
kat mane-mane mesti duduk sama
buat pape pun mesti sekali
time dapat jumpa kita berkepit
time tak dapat jumpa lak kita bergayut
hahahaha
Incik Dean wat Cik Wanny rasa hepi sangat-sangat
Cik Wanny suka sangat ngan layanan Incik Dean kat Cik Wanny
bahagia!!!!
waktu tu pulak Cik Wanny tak berape sihat
tak lalu makan sebab sakit gigi
tapi bila Incik Dean dah paksa-paksa
Cik Wanny pon makan je la
hari perasmian jumbori SISPA
Cik Wanny hampir pengsan sebab Cik Wanny penim
Incik Dean dengan selamber badaknya
juz pergi makan lepas tu tanpa tanya Cik Wanny ni ok ke tak
dengan tawar hatinya Cik Wanny terus balik bilik
tanpa makan dan minum tengahari tu
bila dah lama baru Incik Dean anta mesej tanya Cik Wanny kat mane
kalau nak mati tu kan dah lama kot Cik Wanny mati
Incik Dean lak masa tu baru nak mesej kan????
sebabkan masa tu Cik Wanny sakit hati ngan Incik Dean
Cik Wanny suruh Incik Dean settlekan semua
masalah Incik Dean waktu tu jugak
lepas tu Incik Dean settlekan masalah Incik Dean
so dengan rasminya Incik Dean dah SINGLE
dan Cik Wanny pun dah lembut hati boleh terima Incik Dean

masa OTW balik kat SOGO pun
Incik Dean jaga Cik Wanny dengan baik sekali
hehehehehe
ye la Cik Wanny kan jakun sebab tak pernah sampai
tempat-tempat macam ni
masa balik pun kita still duduk sama-sama atas bas
Cik Wanny suka la moment ni
masa kat SOGO pun kita survey jam kapel
lepas tu Incik Dean cakap kat Cik Wanny
kita pegi cari jam kat KBMall sebab sekarang ni kan
ada YES (year end sales)
hooreeeyyy!!!
tq Incik Dean sebab sudi bagi jam kapel untuk Cik Wanny

bahagia sangat
tenkiu Incik Dean
pada hari jumaat bertarikh 17 December 2010
secara rasminya kita declare as a couple
tenkiu Incik Dean
Cik Wanny terharu sangat sebab Incik Dean selalu cakap
Cik Wanny membahagiakan
hidup Incik Dean
Incik Dean pon sama sebab membahagiakan hidup Cik Wanny
yes!!! kita pelengkap hidup masing-masing
19 December 2010 merupakan tarikh yang paling sweet untuk kita
its our first date
kita kuar kali ni sebabnya nak cari jam kapel
banyak kali kita pusim kedai-kedai jam kan???
Cik Wanny pulak dah ada yang berkenan tapi takut Incik Dean plak tak suka
last-last kita decide untuk beli jam ni

lawa tak???? hehehehe
RM somtim

yang atas tu jam untuk Incik Dean
yang bawah lak untuk Cik Wanny
SWEET tak????

tangan Incik Dean pakai jam
baru prasan tangan dia ada tahi lalat

tangan Incik Dean ngan tangan Cik Wanny
yang cerah sikit tu sure-sure la tangan Cik Wanny
yang gelap sikit tu tangan Incik Dean
comeyyynyerrrrrrrrr

candid time Incik Dean skodeng henpon Cik Wanny

ni jugak Cik Wanny dapat 1 MP3 dari Incik Dean
sebab Incik Dean tahu Cik Wanny suka dengar lagu
tapi kadang-kadang Incik Dean rimas
sebabnya time gayut ngan Incik Dean pon Cik Wanny boleh
pasang lagu kat laptop
nanti Incik Dean pot pet pot pet cakap lagu tu bising
so kena la tutup lagu tu
tapi kalau Cik Wanny yang nyanyi suka lak Incik Dean dengar
padahal suara macam teeettttttttt!!!
hahahahahaha
kali ni pulak Incik Dean yang bayarkan semua
adil tak???
hahaha
tambang pergi dan balik je yang Cik Wanny bayar sendiri
biasalah kalau pompuan yang bayarkan
orang akan cakap lelaki tu dayus
tapi kalau lelaki yang bayarkan orang akan cakap
memang patut pun dah nak bawak kuar anak dara orang
huhuhu
tu baru orang kata pergi date kan???

ini SAHAJA setakat ni
hope kami kekal hingga akhir hayat
doakan kami k
for somebody i juz want to say SORRY

HOPE EVERYONE ENJOY K!!!!