KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Saturday, November 20, 2010

TeRiMa KaSiH AllAH

***CERPEN NI AKU NUKILKAN PADA MASA AKU SEM 3.. UTK SERTAI SATU PERTANDINGAN MENULIS CERPEN.. AKU DAPAT NO 1..


Tatkala aku asyik memerhatikan ketenangan air tasik yang beralun lembut di tiup angin petang yang mendamaikan, aku terpesona dengan kelincahan 2 ekor angsa yang berenang-renang saling berkejaran. Terdetik perasaan cemburu aku kepada angsa-angsa ini kerana tiada sesiapa pun tahu betapa bergolaknya hati dan perasaan aku di saat ini. Betapa indahnya kemesraan pasangan itik ini, dapat berenang bersama di dalam tasik pada waktu yang mendamaikan begini. Namun, keindahan panorama petang ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai kehidupan yang sempurna sahaja. Pernahkah aku terfikirkan kehidupan yang sempurna itu seperti siapa? Sedangkan seluruh alam tahu tiada yang sempurna melainkan Allah yang satu. Terus aku beristigfar kerana telah terlupa kesempurnaan itu hanyalah milik Dia.


Petang yang beransur pergi memberikan ruang pada sang malam melabuhkan tirai dan seterusnya membenarkan matahari berlalu untuk memberikan sinaran cahayanya di tempat yang lain. Aku terus pulang ke rumah aku yang berhadapan dengan tasik itu. Aku menuju ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Hari ni juadah berbuka aku biasa sahaja. Semasa di Bazar Ramadhan tadi aku terliur dengan ayam percik yang dibakar, terus aku beli sebungkus ayam percik itu untuk berbuka dan bersahur nanti. Aku hanya perlu memasak nasi sahaja memandangkan ulam-ulaman juga telah aku beli dari bazar. Tepat pada waktu berbuka aku terus membaca doa makan dan menjamu perut aku yang sememangnya lapar setelah berpuasa sehari suntuk. Usai berbuka aku terus membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab aku pada yang Esa. Sebaik sahaja aku selesai berdoa, aku terdengar lagu “the choosen one” nyanyian dari seorang penyanyi nasyid moden tetapi islamik nyaring berbunyi daripada telefon aku. Kagum sungguh aku dengan kemerduan suara penyanyi yang mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya. Tanpa berlengah lagi aku terus mencapai telefon. Tertera nama Iqram yang membuat panggilan masuk. Iqram seorang insan yang dulunya aku pernah memberikan kasih sayang yang tiada bandingannya. Namun bukan lagi pada waktu ini selepas apa yang dia lakukan pada aku. Hati aku tertanya apa yang dia mahukan sehingga berani menelefon aku lagi. Tanpa membuang masa aku menjawab panggilan Iqram.“Assalamualaikum.” Aku memberikan salam terlebih dahulu. Dia agak gagap menjawab panggilan aku. Mungkin dia terkejut kerana aku menjawab panggilan dia. Iqram, aku bukan seorang pendendam yang akan membencimu untuk selamanya.

“Waalaikummussalam, awak sihat ke? Kenapa sekarang ni awak manjauhkan diri awak daripada saya? Awak tahukan saya menyayangi awak lebih daripada segala-galanya? Sampai hati awak layan saya macam ni.”kata Iqram bersungguh-sungguh dengan nada yang agak kecewa.

“Iqram, dulu saya pernah menyayangi awak, tapi tidak lagi pada waktu ini dan saya akan pastikan saya juga tidak akan pernah menyanyangi awak lagi.” Ucap aku lembut agar tidak terguris hati dan perasaannya. Tapi selembut mana pun aku ucapkan ayat itu, tak mungkin tidak akan mengguriskan hatinya.


“Wana, awak dengar dulu penjelasan saya. Saya memang bersalah kerana berlaku curang di belakang awak. Tapi maafkanlah saya Wana. Saya menyesal sangat dan saya janji tak akan mempermainkan awak lagi. Saya tahu awak masih sayangkan saya. Berilah peluang kepada saya untuk menebus kesalahan saya.” Pujuk Iqram dengan nada yang merayu. Hati aku beku untuk menerima dia buat kali kedua.


“Awak tahu saya masih sayangkan awak, tapi awak tak tahu yang saya sudah melupakan awak.” Habis sahaja ayat itu aku tuturkan pada Iqram, aku terus tamatkan perbualan dengan mematikan telefon aku. Aku tahu dia akan menelefon aku lagi untuk merayu supaya aku kembali bersama dengannya. Hati aku dah tertutup rapat untuk menerima kau kembali Iqram. Kembali bersama kau akan menjadikan kesilapan paling besar dalam hidup aku.


Terimbau kembali saat aku keluar bersama rakan sepejabat aku untuk makan tengahari pada bulan lepas. Sewaktu aku asyik menikmati nasi ayam kegemaran aku, mata aku tertumpu pada seorang wanita yang asyik berbual mesra dengan seorang lelaki yang aku cukup kenali. Lebih terkejut apabila lelaki tu memaut pinggang perempuan di sebelahnya dan tiada tanda tolakan yang menandakan ketidakselesaan daripada perempuan yang dipeluknya. Aku beritahu kawan aku untuk ke tandas. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke tempat dimana Iqram sedang bermesra dengan teman istimewanya. Ternyata dia terkejut dengan kehadiran aku, aku tersenyum di hadapan dia dan menunjukkan betapa kecewanya aku pada dia. Sebelum dia sempat berkata-kata aku terus memutuskan hubungan aku dengan dia dan mengucapkan selamat berbahagia. Terus aku menuju ke meja makan dan mengajak kawan-kawan aku pulang ke pejabat. Kawan-kawan aku yang agak terkejut terus mengikut sahaja melihatkan aku yang sudah menangis. Apabila mereka terlihat Iqram dan perempuan disebelahnya, mereka faham apa yang terjadi pada aku. Walaupun Iqran laju mengejar aku, namun kawan-kawan aku lebih laju menyekat dia daripada mendekati aku. Sejak daripada itu, aku nekad melepaskan Iqram tanpa ada sedikit pun penyesalan dan aku tidak akan menoleh lagi.


Pada akhir-akhir ini, aku terlalu mengikutkan perasaan sehinggakan aku terlalu mempersoalkan kenapa hubungan aku dengan lelaki sebelum-sebelum ini tidak pernah kekal lama. Kenapa aku selalu dipermainkan oleh insan yang bergelar lelaki. Aku pun tidak tahu apa salah aku hinggakan aku dihukum begini oleh Allah. Di dalam setiap perhubungan aku, aku meletakkan setia dan kepercayaan aku pada mereka. Namun akhirnya aku ditinggalkan dan dipermainkan. Sehinggakan sampai suatu tahap aku meletakkan lelaki sebagai musuh aku. Namun perasaan itu tidak lama. Apabila aku dibuai rasa indah di alam percintaan, aku akan melupakan perasaan itu, tapi perasaan itu akan menguasai aku lagi apabila aku gagal mengawal perasaan akibat ditanggalkan oleh mereka.


Hari ni merupakan 5 Ramadhan, selepas aku menunaikan solat terawih di surau yang berdekatan dengan rumah aku, aku terus menuju ke bilik aku untuk melelapkan mata kerana pagi esoknya aku perlu bangun bersahur. Tapi susah betul mata aku nak lelap. Aku mencapai sebiji novel yang tersusun di atas meja tepi katil aku. Tanpa aku sedar, aku terlena dengan mendakap novel di dada. Apabila aku terjaga, aku dapati seorang lelaki berjubah putih berdiri di hujung katil aku sambil memegang sebuah Al-Quran. Dia merenung aku dengan muka yang agak garang kemudian menyuruh aku mengambil wudhuk. Aku seperti seorang yang bodoh mengikut arahan lelaki itu. Aku menuju ke bilik air dan membasahkan anggota-anggota badan aku bagi meratakan air pada anggota badan untuk berwudhuk. Apabila keluar daripada bilik air, terhampar dua sejadah didepan katil aku dan sejadah yang agak terkebelakang itu terdapat telekung solat aku. Aku menyarung telekung solat aku dan berdiri di belakang lelaki itu untuk menjadi makmumnya. dia memberitahu aku dia akan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat. Selesai aku mengaminkan doa yang dibaca oleh lelaki itu, dia terus ghaib daripada pandangan aku. Apa yang ada hanyalah sejadah yang digunakan oleh lelaki itu. Sayup-sayup kedengaran bunyi jam loceng aku menandakan sudah pukul 5 pagi. Aku tersedar daripada mimpi aku yang pelik itu. Kemudian aku menyedapkan hati aku dengan mengatakan mimpi itu mainan tidur. Aku terus ke dapur untuk bersahur kemudian membersihkan diri sambil menunggu azan subuh. Selesai solat subuh aku terus bersiap untuk ke pejabat aku di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.


Tanpa aku sedar mimpi ni berlarutan sehingga hari ke 8 Ramadhan. Aku tertanya-tanya apakkah maksud mimpi ini sehingga mengekori aku selama 3 hari berturut dengan mimpi yang sama dan perlakuan yang sama. Aku bertekad malam ni, aku akan bangun pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat. Malam itu, aku bangun pukul 3 pagi dan terus menunaikan solat-solat sunat hajat itu dan menyambung tidur aku kembali. Apabila aku bangun bersahur pada pukul 5 pagi, aku tidak lagi didatangi mimpi itu lagi. Sejak daripada itu, aku terus mengamalkan solat sunat di tengah malam itu dengan seikhlas hati aku. Selepas itu juga aku merasakan hati aku sungguh tenang, perasaan aku tidak lagi menyoalkan kenapa takdir melayan aku begini. Pada 27 Ramadhan, sekali lagi aku didatangi lelaki berjubah putih tapi dalam keadaan berbeza. Mukanya dimaniskan dan dia menyebut satu ayat yang membuatkan aku terkejut kerana dia seperti memahami aku. “cinta yang satu hanya untukNYA, cintailah Dia dengan sepenuh hatimu semoga dia menemukan jodoh yang terbaik untuk mu. ” habis sahaja dia mengucapkan ayat itu untuk aku, aku terus terkejut dan tanpa aku sedari aku telah menangis tanda penyesalan aku kerana kau terlalu mengejar cinta dunia sedangkan cinta yang agung itu aku aku tak pernah tefikir untuk mendapatkannya.


Sebaik sahaja perasaan aku redha, aku bangkit daripada katil aku dan menunaikan rutin-rutin aku di tengah malam. Namum ruitn aku pada hari ini agak berlainan kerana selepas subuh aku akan menuju ke kampung halaman aku kerana lagi 3 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari raya aidilfiri. Aku akan pulang untuk bertemu dengan ibu dan ayah tercinta. Aku juga gembira kerana Ramadhan pada kali ini memberi makna yang sepenuhnya kepada aku dalam pengertian yang sebenar. Pada hari sebelum lebaran rumah aku agak meriah dengan bermacam persediaan. Aku juga gembira dengan kemeriahan keluarga aku yang agak besar. Di dalam adik beradik aku seramai 8 orang, hanya kau yang masih bujang walaupun aku anak yang ke 5.


Pada hari raya pertama keluarga kami dikejutkan dengan kedatangan saudara kami yang agak jauh dan sudah lama tidak berhubung. Namun tidaklah kami terkejut jika niat meraka sekadar datang berziarah, yang kami panik ialah tujuannya datang membawa hajat melamar aku untuk anak meraka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di timur tengah. Aku sungguh terkejut dengan niat mereka, nasib baiklah emak meminta tempoh agar aku dapat berfikir dengan semasak-masaknya. Malam itu selepas aku solat sunat tahajud dan solat sunat taubat, aku melanjutkan ibadat aku dengan menunaikan solat sunat istikarah. Selepas solat, aku terus tidur dan kali ini tidur aku didatangi mimpi itu lagi. Bezanya kali ini lelaki berjubah putih itu datang kepada aku sambil tangannya dihulurkan pada aku tanda mengajak aku pergi bersamanya. Tetapi apabila aku menggapai tangan lelaki itu, dia hilang dan au terjaga daripada mimpi. Selepas seminggu aku didatangi mimpi pelik itu, keluarga saudara aku datang lagi untuk bertanyakan keputusan aku. Emak menasihati aku agar menerima sahaja lamaran ini kerana lelaki itu mempunyai ilmu agama yang baik kemudian hubungan yang dulunya terpisah bolrh dirapatkan.


Memandangkan tiada satu pun halangan dari keluarga aku, maka aku pun menerima sahaja lamaran ini kerana aku sendiri pun tidak terikat dengan sesiapa. Malam itu mimpi lelaki berjubah putih datang lagi. Kali ini aku dapat menggapai tangan lelaki tersebut, dan dia membawa aku ke subuah tempat yang sangat indah tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata. Apabila aku tersedar daripada mimpi itu, aku terfikirkan adakan lelaki ini ada kaitan dengan hidup aku dan keputusan aku menerima lamaran tersebut. Semakin aku fikirkan hal ini makin aku menemui jalan buntu lantas aku biarkan sahaja persoalan itu menjadi satu tanda Tanya dalam hidup aku. 2 minggu selepas itu berlangsung la hari pertunangan aku dengan seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah jumpa. Selepas ibunya menyarungkan cincin pertunangan pada aku, seorang lelaki yang merupakan tuning aku masuk menemui aku. Sebaik sahaja aku mengangkat muka untuk melihat tunang aku, terus sahaja aku menyebut subhanallah. Dalam hati aku terdetik rupanya sama dengan lelaki berjubah putih yang selalu mendampingi aku didalam mimpi.


Seminggu sebelum majlis kahwin kami, dia telah mengajak aku untuk keluar membeli barang-barang hantaran kami. Semasa kami keluar bersama, aku telah menceritakan pasal mimpi-mimpi ini kepada dia. Dia juga terkejut kerana selepas emaknya memberitahu yang keluarganya akan melamar aku untuk dia. Dia telah menunaikan solat istikarah untuk meminta kepastian jodohnya pada 1 Ramadhan. Selepas itu dia selalu didatangi mimpi melihat seorang perempuan yang bersujud. Kami terfikir adakah mimpi kami berkait dengan hubungan kami yang akan disatukan tidak lama lagi. Wallahuallam, kami sendiri tidak dapat menghuraikan setiap yang berlaku kerana itu adalah rahsia yang hanya di ketahui oleh Dia yang Maha Mengetahui. Akhirnya kami selamat diijab kabulkan.


Keberkatan bulan Ramadhan memerdekakan aku daripada cinta manusia yang bermuka-muka kepada cinta Allah yang satu. Alhamdulillah.



My jOuRnEy To pEnAnG PaRt 1


...hari ini bertarikh 20 November 2010...
...telah menjadi satu titik sejarah baru untuk aku...
...pada pukul 6.30ptg, buat pertama kalinya...
...aku melalui jambatan Pulau Pinang atau dikenali sebagai Penang Bridge...
...ceritera kisah aku bermula pada hari ni apabila...

...pukul 7pg td aku bersiap kain baju aku...
...cepat2 ni...takut terlambat...
...(bukan nak lari drpd umah, cuba tenang)...
...bila dah siap packing barang, aku pergi la menyiapkan diri...
...lepas settle semua kami pon bekpes...
...(kami refer pada aku, kak ina [kakak ipar] dan abg aku)...
...dalam pukul 9 kami pon bertolak...
...bertolak pergi mana??? pegi penang daa...
...umah kak ina, kuaters IPGM Penang...
...before bertolak tu pegi amik member abg aku kat umah dia dulu....
...dekat je ngan umah aku...


...masa ni dah bertolak pon...
...muka hepi jer kan dapat jalan2..
....hahaha...
...time cuti sem ni la aku amik peluang jalan2...
...klu dah masuk sem tu berkawad je keje jumaat sabtu pun...
...hihi...jangan marah erk...


...masa ni dah sampai kat Hentian Titiwangsa...
...mamat belakang aku tu nama dia Ashraf...
...atau nama panggilan dia Cokna...
...segak bergaya ngan cermin mata hitam dia...
...hihi saja gatal, xblh ker??...
...masa mulu2 naik keta aku wat derk jer...
...padahal masa kecik, sama2 main "nusuk peko tin"...
...huhu exotic tak nama games tu...
...nak tau mainan ape, ko tanya la budak2 klate...

...ni lak abg aku yang segak bergaya...
...diberi nama Rizalman...
...nama manja dia Bujal...
...dia dah kawin dan kerja sbg askar kat Ipoh...
...kak ina tu wife dia la yang keje kat IPGM Penang...
...dia ni abang aku yang no 2...

...ni la cokna...
...sowi amik gambar curi2 erk...
...dah memang niat aku dr umah lagi...
...yang aku nak tulis journey ari ni kat blog...
...memandangkan ko dah "terjoin" journey ni...
...ngan ko2 skali kena "terjoin" la...
...hahaha...
...peace no war...



...ni plak pic masa aku lalu kat Tasik Banding...
...aku dah selalu sgt lalu kat sini...
...dah turun pon kat tempat rehat dan tmpat jual ikan dia...
...betul2 jalan atas tasik...
...bez...
...so aku x excited sgt la ngan tasik ni k..
...

...ni pon gamabr masa lalu atas jambatan kat banding tu...
...huhu... ni tangan kak ina aku..


...masa ni dah sampai kat stesen bas butterworth...
...nak hantar cokna naik bas utk g Kuala Kedah...
...dia akan naik feri g Langkawi plak..
...sebab dia keje sana... k babay awk...


...ni pic highway kat tepi stesen bas tu...


...aku yang tengah bowink tggu abg aku g anta cokna kat stesen bas...
...masa ni kak ina dah membebel sebab kena tunggu..
...dah la atas kete ni panas...
...aku pon sama jer juz be cool..
...ececehhh....cool la sgt..

...gambar kat pintu pagar besar TUDM Butterworth...
...dulu pernah msuk sekali...
...masa aku kat PLKN Kem Jiwa Murni (KJM)...
...bez ar dlm tu...
...luas giler...
...boleh tengok HORNET ngan HAWK...
...ape benda tu???...
...tu semua nama2 jet pejuang daa...
...kebetulan Hornet tu nama kompeni aku...

...masa ni dah sampai kat kg kak ina...
...masa ni abg aku masuk tido dlm umah jap...
...aku pun masuk dalam kete dan lepak sowng2...
...hehehe... amik2 gmbar "perasan"...

...last2 tertidop lak masa amik gambar... eeemmm....
....so sape yang amikkan gambar ni???....
....aku x tido pon.. buat2 jer....
....hihi...

....tido lagi ker???....
...ke buat2 tido??....

....yak boktam...

...main sorok2 ngan kamera...


...auchak!!!!....


.... boringkan menunggu org tido???....


....blh plak amik gmbar dr luar tngkap kete kan???....


....ni membuktikan aku dah berada di atas jambatan pulau pinang...
.......wwooowwwwwwwww.........
....biasa jer...
...cam naik jambatan kat tali air umah aku jer...
....hiik3x..cam naik jambatan Banding pun ada....


...ni lagi haa bukti2 nya...

...dalam pukul 7 aku sampai kat IPGM Penang...
....punyer la abg ngan kakak aku ni bawak bnyk giler brg dr umah aku...
...beras..minyak masak 2 botol besaq...beg2 baju lagi..
...kena punggah naik tingkat 4 woooo.......
...guna tangga okkk...
....bukan lif...
...mau nye tercabut nyawa aku nak sampai atas tu...
...memandangkan kakak aku ni tggl sorang je kat sini...
...so, aku dapat 1 bilik personal...
....wooowww...sukanya... hik3x..
...esok abg aku akan balik Ipoh sebab dia keje kat sana...
...so tinggal la aku ngan kak ina je nanti...
...takat ni je untuk journey aku part 1 k...
...t aku sambung lg esk2...


~I HOPE I CAN HAVE A NICE HOLIDAY HERE~

***SOWI 4 THE BLUR2 PICTURE K.. COZ MY BLUEBERRY AND MY CAMERA WAS DAMAGE BADLY... I SHOULD TAKE IT ALONG WITH ME SO I CAN TROW IT IN THE SEA BELOW THE PENANG BRIDGE RIGHT???? I JUZ USE MY NOKIA 5200 4 ALL THIS PICTURES.. BUT IT ALREADY OKAY FOR ME...









Thursday, November 18, 2010

Comel Buah Hati Aku


...ThIs Is My CaT...
...nama dia COMEL...
...umo dia dah mencapai 9 tahun, umo aku plak 19 tahun.. hihi...

...ASAL USUL DIA...
...aku ingat lagi masa bulan pose masa aku darjah 4...
...abah bawak balik dia waktu pagi...
...kecik giler time tuh, baby lg kot...
...abah amik depan kedai cina yang jual basikal kat ketereh...
...waktu tu abah keje bawak teksi...
...abah ingat kucing tu kucing jalanan...
...tapi, esoknya masa abah lalu depan kedai cina tu lagi...
...abah tengok ada ibu kucing ngan anak-anak dia...
...maksudnya disini, comel tu ada adik beradik ngan ibu dia...
...dan ibu kucing ngan anak-anak kucing tu...
...maybe kucing peliharaan cina tu...
...huhu..nak wat macam mane, dah terambil, bela je la...
...no wonder la comel ni lain...
...bulu lebat, comel giler, macam kucing siam...
...rupa-rupanya, kucim cina tu, patut ar lawa...
...so bermula saat tu tinggal la comel tu kat umah aku...

...sepanjang dia hidup kat sini...
...dia tau mane toilet...
...andaikan banjirkan umah aku, air sekeliling umah...
...dia akan pergi ke toilet untuk buang air besar...
...dan ke sink untuk buang air kecik...
...yerk??? lagi better kan daripada dia membuang dalam bilik...
...atau kat tempat-tempat yang tak sepatutnya...
...tul x???...
...then, tido dia hanyalah di tempat yang empuk dan gebu sahaja...
...contohnya atas tilam aku, dalam bilik2 lain dan sewaktu dengannya...
...tapi mostly dia selalu tidur dengan aku waktu malam...
...dia ada bantal kecik, selimutkan dia sekali...
...kadang2 dia tidur atas bantal busuk aku...
...pasal makan...
...bagi aku dia x cerewt kot...
...dia juz makan nasi yang gaul ngan ikan rebus sahaja...
...kalau ayam tu dia x makan ngan nasi...
...dia ratah jer...
...dulu masa2 dia kecik, dia pantang bunyi sudu berlaga ngan gelas...
...sebab mesti dia ingat ada orang wat air milo...
...so, peminum milo mestilah sediakan satu piring untuk dia...
...tapi sekarang ni dia dah x minat ngan milo...
...kalau orang makan durian dia sibuk la jugak nak makan...
...ais krim perisa coklat, vanilla atau ape2 yang bersusu...
...dia pasti melekeat je ngan kita sebab dia pun nak jugak...
....bab makan dia ok la, xde pape masalah pon bagi aku...

...pasal perangai...
...semua kucing takut air kan??? sama lah ngan dia...
...tapi aku tetap mandikan dia jugak sekali sekala....
...perangai dia yang aku suka...
...dia paling takut ngan orang yang dia x kenal atau ngan baby dan kanak2...
...sebabkan dia ni macam ni maka dia akan lari bila jumpa org yg dia xkenal...
...maka xde sape pon yg dapat mencuri dia...
...even klu aku sendiri pon kdg2 dia xkenal..
...contohnya bila aku melawa nk pergi somewhere..,
...dia xkenal, kena kuarkan suara panggil nama dia baru la dia tau sape la yang lawa tu...

...lupa nak bagitahu...comel ni kucim betina...
...malangnye dia ni xpandai jaga anak...
...anakk sulong yg dia lahirkan, sekor jer, nasib baik idop...
...tu pun sebab kucim sekor lagi yang nama Abu jagakan...
...sebab masa tu Abu pun beranak jugak...
...ntah mane silapnye, ma abah aku bagi kucim tu kat jiran...
...tapi x panjang jugak umo dia...mati kena pijak ngan tayar keta...
...anak kedua dia pon idop sebab abu yang jagakan...
....orang kat umah ni panggil dia bulat...
...sebab ekor dia kontot, bdan dia pendek cam bab*....
... dia pon rendah jer, so boleh bayangkan tak betapa bulatnya dia...
...paling suka bulu dia, nipis je rapat ngan kulit...
...cam bulu ape ntah, aku pun x reti nak describe...
...dah la manja giler, bulat ni suka tidur ngan abg aku..
...so dia manja ngan abg aku la...
...dan dia dengar cakap abg aku..
...camne dia boleh faham aku xtau la...
...tapi suatu hari tu dia wat masalah...
...berak merata, najis lekat je kat bontot...
....eee...yerk... so abah pergi buang dia kat pekan...

....aku wat blog ni khas untuk memperingati dia...
...sebab aku rasakan Comel ni dah makin tua...
....dan bila2 masa akan tinggalkan aku...
....aku sedih sebab dia xde waris...
...dan aku decide untuk tidak ada kucing lagi yg aku akan bela...
...macam aku sayang dia...
...minat aku beralih pada sugar glider plak...

...kesihatan Comel sekarang ni makin menurun...
... masa puasa dulu dia demam...
...mata sebelah kanan dia bengkak, sampai berdarah2...
...bila sebelah kanan dah sembuh, mata kiri plak...
...tapi bila dua2 mata dia dah sembuh...
...dia BUTA...
...dua2 mata dia dah xnmpak langsung....
...masa dia mula2 buta...
...kesian sgt tgk dia...
...langgar dinding, kerusi, tiang...
...xtau mane nak terjah pintu...
...paling kesian bila part nak naik dan turun tangga...
...comel x boleh nak agak berapa tinggi tangga....
....bila turun je jatuh bedebuk...
...bila naik kadang2 tu langgar tangga...
...sebab bila lompat x lepas...
....sungguh sedih...
...mengalir air mata aku saat pertama kali tengok dia buta...
...masa tu aku nak kemas2 barang balik uitm...
...aku tengok dia kuar daripada bilik lepas tidur ngan aku malam tu...
....jalan dia senget ke dinding...
...then dia langgar...
...aku amik dia letak kat tangga...
...jatuh bedebuk dia bila dia langkah tapi xtau tu adalah tangga...
...tapi aku sempat sambut sebab aku ada kat situ....
...hampir aku membatalkan niat nak balik uitm sebab nak jaga dia...
...tapi sekarang dia dah ok...
...dia dah tau mane tempat nak membuang...
...dia tau mane tangga, mane pintu, brape tggi tangga...
...dan dia dah ok jalani hidup dia sebagai kucing yang buta...
...so sekarang ni hidup dia mkn tido je la...
...sejak2 dia sakit tu mak aku sediakn frieskies jer sampai sekarang...
....so sekarang ni keje dia makan tidur je...
....gemuk giler sekarang ni..
....k tu je la citernye...


ni antara anak dia yang dah mati... nampak tak dia kat tepi tu???


ni pun sama...yang aku perasaan, setiap kali dia beranak, mesti ada sekor yang warna oren..


aku rasa oren ni ngan oren atas tu xsama... lain2 kucim tau...


beristirehat kat laman umah aku.. mmmm.....segar je rasa.. ihihi...


ni ha hobi dia..pantang ada bakul yang aku baru siap anyam, mesti dia nak try.
bila aku dah wat lawa2 utk dia, dia xnk duduk sebab aku dah syelek so dia xsuka bau syelek.. haha.. nakal!!!


posing sikit dengan bulu dada yang lebat.. haha..seksi tau!


jaga kau tikus!! jap ag aku dapat ko..lazat la jawab dia... haha...

waktu ni dia dah buta... tidur je la keje nyer..sian kan... gmbr ni je aku ada lepas dia buta.. ngan akak aku ada lagi.. t aku upload k...



tidur kat tangan aku sebab masa tu dia kena tinggal, semua family g kl, aku plak baru balik dari skolah asrama.. rindu ar tu...hihi....


comel x mata dia??? waktu ni dia muda lg..lincah lagi main ngan tali..







Tuesday, November 16, 2010

eeemmm.... sebal nye hati CK ari ni....

Dari semalam pikir nak g hospital pakai baju maner....
hahaha... nak g hospital pon kena melawa ker?
hoho...semestinya kn doktor2 ensem...
wink..wink..(nada gedik)
akhirnya lepas mandi pagi2... bukak beg besaq
(baju2 bawak balik drpd uitm.. xkemas lg????)
pegang skirt...amik tshirt... selendang hitam...=xlawa
baju kurung..inner.. tudung bawal....=xsuka
jeans..blous..selendang=:-) (suka2!!)
ok... berpakaian..bermake up.. "berjangok" huhu...
9.50pg CK siap!! appointment pukul 10.45.. terbaik!!!


bekpes ngan mihun..amik duit bekal sikit..
terus kuar pegi tunggu teksi (ore qlate pggil kereta sewa)
eeemmmm....agak cuak jugak la bila dh tggu lama sgt....
tapi xde teksi.. xblh naik bas..
sebab bas x lalu jalan g hospital...
eeemmm....CK sabar k..
dup..dap..dup..dap..dup..dap...
k dah ada teksi... bila teksi dah stop dpn CK...
CK tunduk kepala..dan tanya...
"pak cik g spital dok" dan......
pak cik driver teksi angguk...YEESSS!!!!


Bermula la perjalanan ke hospital...
CK pon xingat la brape ratus kali CK tgk jam...
sebabnya.. masa dah suntuk.. tapi..
jalan jem sebab esk hari raya haji....
isk33xx... x suka dtg lewat klu ada ape2 appointment...
kan x pasal2 kena perli ngan doktor lak..
ok fine lagi 10 minit menghampiri 10.45...
CK sampai.. tapi pak cikt tu x anta kat hospital...
dekat trafic light nak ke hospital jer... punya ar jauh CK jalan...
disebabkan pakcik tu malas.. so CK juz bayar rm3...
itu lah harga yang sepatutnya...
even CK slalu bg lebih sebab rasa x padan ngan kudrat pak cik tu..
kesian.. tapi ari ni pak cik x kesian kat saya...
so u deserved la dpt tu je..

ok.. jalan laju2.. laju lg.. sikit lagi...
tertera la "telinga, hidung dan tekak"
terus masuk.. bagi surat... hehe.. agak lewat dah kot..
xpe2..rilex jer.. wat x tau... then CK duduk untuk tunggu daftar..
pastu rasa cam lama je tunggu...
klu CK kena tunggu.. baik x payah wat APPOINTMENT
tau x ape makna APPOINTMENT??????
tu kan temu janji..maknanya x payah tunggu2
nasib baik lepas tu terus dia panggil masuk..
lau x... aku slap sekor2 kat situ...
kisah ngan pembantu perubatan kat situ...
dlm bilik tu ada 2 org pmbntu perubatan..
sorang macho..sorang ensem...yang merawat CK???
ofkoz yang ensem....tp bnyk ckp der..
mulut cam xde insuran je nih...ensem boy...

ensem boy : eh,,dr nik (doktor kat uitm aku) ni lama x tgk dih...
macho man : tu ar..ko kurus dia loni..
ensem boy : bgus dia ni... patient dia rujuk sini terus... x lalu spital mache dulu.. umah awk
maner?
CK : Kadok..
ensem boy : oo..patut ar..
macho man : (sambil baca surat dr doktor nik...) la student ke awk ni?? gaya supo lecturer doh..
CK : (gelak2...salah penampilan ke aku ni..biasa ar org matured kn)
ensem boy : awk dah sem baper ni?? ada baper sem lg?
CK : sem 3..ada 3 sem lg..
ensem boy : selalu kalau dia sakit sebab aper?
CK : sebab saya join aktiviti kawad atau camping.
macho boy : klu gtu kena buang xtvt awk la...awk ni pelapis ker?
CK : bukan pelapis..adik beradik dia la...
macho boy : doh tu rela? wataniah? jpa3?
CK : emm... jap3... (tapi kan awk.. bukan jpa3 lg... tapi dah jadi JPAM.. tau)


ok... bla..bla..bla..
bukak mulut...aaaaaaaaaaa...........
ooo...tonsil right side besar jugak...
yang left side kecik jer..
ok2... tp x de la besar sgt sampai nak kena buang...
(dlm hati jer...)
"ello abg manis.... nak tunggu besar gedabak dulu baru nak potong???
nak tunggu dia besar gler sampai dah tutup salur tekak tu ke?"
eeemmm... agak berdebat jugak la...
CK ckp cm tu..dia ckp cm ni...
padahal dia tau selagi x potong tonsil tu..selagi tu la CK akan sakit2..

ok2..rilex CK....
Then dia pon panggil la specialist...
dah brape kali ntah diorg tgk tonsil CK..
amik gmbr kan senang.. boleh je tgk 24 jam...
nak tidur pon boleh tgk lg...
aaaaaaa.......
ok2.. right side bla...bla...bla..
left side bla...bla..bla..
(ayat yang sama)

ensem boy : sure la awk nak potong ni??? dah tanya mak ayah adik bradik pakwe2 semua?
CK : dah tanya..semua bagi... semua ok.. cuma pakwe x bg sebab pakwe xde
ensem boy : awk punya syarikat rakaman dah tanya?
CK : (senyum jer...loyar buruk jugak mamat ni...dia xtau aq punyer loyar buruk)
ensem boy : awk kena operate la ni.
CK : tapi nak wat awal boleh x??
ensem boy : tp2 tu sy x suka dgr... bnyk lg patient yg lg teruk tgh tggu utk operate..
CK : Saya cuma xnk buat dlm bulan 12 jer... klu nak wat kena be4 bln 12 atau after
bulan 12..
ensem boy : nape x nk bulan 12? awk ada misi menyelamatkan mangsa banjir ker?
CK : (kurang asam tul mamat ni) hehehehe (gelak x kelakar) bukan tolong mangsa
banjir..ada xtvt JPAM...

ensem boy pon bg la ceramah ape kena wat be4 dan after operate...
bla..bla..bla...
t lps operate tu biasa la klu ada infection..
t dia akan bleeding sikit..
bla..bla..bla.. takut kan CK..
XTAKUT!!!
tp awk jgn rusim la.. xdok gaponyo..
PLOK DOH???
td iya2 nakutkan CK..
then..ensem boy bagi tarikh operate... 19 february 2011...
pastu kena datang 11hb januari lagi sekali...
ok...daaa......ensem boy yang banyak ckp..
bye macho man... see u again!!!!

then... berjalan la CK daripada hospital ke... pusat bandar KB...
jauh la jgk.. dah la hujan lg... emm... nasib ar...
masuk dlm Giant..
somebody make a call to my hp ...and ask me
"where are u??? with who"
honestly i said "at Giant with nobody, i'm alone"
then he said.." lets meet at kbmall"
i said OK...

daripada KB nak ke kbmall..
naik bas..bas xde.. nak jalan... hujan..
naik teksi... tau baper ringgit??? RM5
k bila dah sampai... CK tggu 2 jam manusia tu...
then... baru cal dia x jd dtg sebab bla3x...
WHAT THE FISH LA!!!
ko tau x tambang aku dr kb ke kbmal tu
bleh beli sizzling??? tau x???
dah la tggu 2 jam baru nk bgtau...
sebab x jd dtg plak.. simple gler...
it make me SERIK for hang out with U again!!!

dengan sebal nye perasaan...
dengan rasa bodoh nye..
g beli barang2 yang perlu..
makan.. then terus balik...
bila sampai umah nak on9...
tup2 my bro guna my beruk x abis2..
ANGIN JE AKU KAN!!
k sabar je... then dapat je beruk CK tu..
terus taip entries ni..

time ni jugak tengah msg ngan
sape ntah..camne nak bg title dia erk.. dia ni...
org tersyg aku anggap awek dia..
tp dia x anggap org ni pakwe dia..
ntah la sape..
don' find out who are she..
hehehe.....





Monday, November 15, 2010

10 PeRkArA tEnTaNg sTuDeNt dAn cUtI SeM

Waaaahhhhhh......... Cuti sem tiba lagi... pada budak2 uitm, cuti sem diorg stat nga cuti raya haji.... so diorg dapat beraya haji kat umah... ada sesetengah u tu plak cuti lps abis exam lepas raya hajikan??? so korang beraya kat u masing2... so korang punyer lecturer ada sediakan lembu utk korang x??? hahaha.... CK mesti lah seorang pelajar uitm... sebab tu CK sungguh girang didalam hati... lalalala.... ramai jgk la member2 CK yg study kat UNIMAS, UMS, MAKTAB dan bla3x xblh beraya kat kmpung... so... WELL DONE!!! hik33xx... jgn mare... t cpt tua.. wala3x... so x kira la bila anda cuti, kenapa anda cuti, berapa lama anda cuti and whatever the bla3x... yang penting kita ada cuti sem kan??? so sini CK nk citer ape gelagat student bila cuti sem.....

1. Sebelum cuti dah bising ngan member2 bl ko stat cuti????
Pasal cuti semua dah kecoh, selalunya kat fb la.. " ko cuti bila", "abis cuti bila". pastu bila member punye cuti lg awal dan lagi panjang mula ar kutuk tempat korang study sebab x puas hati cuti pendek dan lewat kan??? pas2, klu korang lak cuti lagi awal dan lagi panjang.... hahaha... gelakkan member sampai terguling2.. puji la institusi korag study tu sampai terlambung2... muahhahaha.... CK pon hepi jgk.. sebba UiTM selalunye cuti panjang dan agak awal gler... hihi.... pastu kadang tu plan nk balik skali even U berlainan kan?? sweet la korang ni.. mmg kawan sepanjang hayat la kn??? anyway CK nak wish selamat bercuti....

2.Bila dah dapat tahu bila cuti sem, semua serang kaunter tiket!!!

Part ni CK x pakar sangat... sebab CK dapat UiTM yang dekat gler... nak duduk kat umah xnk stay kolej pon ok jer... huhu... CK tgk member2 la kan... bila dah tau last paper brape hb... dn pukul baper..diorang akan g pekan atau bandar untuk beli tiket... huhu... semua pergi sekali sebab nk balik ngan bas yang sama... hahaha....xpe.. bab ni CK akan merasa bila wat degree nanti sebab CK dah x nak stay kat UiTM yang dekat2 ni... x rock beb!! hahaha. bila dah beli tiket plak... tanya semua orang ko balik bila, pukul baper... klu yang balik lewat sebab paper abis lewat, mmber2 siap perli lg.." ko duduk UiTM lama2 watper?? rindu nk tggl uitm ker??? wakaka.... azab la weh car ako layan mmber....

3. Ni saat bila dah diambang balik kampung..

Mesti kuar la ayat2 cam ni "lambat nyer nak balik" padahal lagi 10 minit nak masuk dewan exam paper last... dan x sedar2 jugak 2 jam lepas paper abis dia nak naik bas balik kampung.. memang dia xsedar kurang daripada 12jam lg dia akan ada kat depan mak ayah dia.. ayoyo...!!! sampai x sedar diri.. teruk betul ni... camne la ko jawab exam kan? psiko btul dapat u jauh ngan umah kan??? sabar.. dah tu nasib ko..!! adil la dulu CK sekolah menengah jauh ngan family.. Sekarang giliran CK la plak dapat U dekat kan....dah dekat2 nak balik tu korang pun mula ar... sedapnye nasi yang mak masak...(cam lain je kan nasi kat cn ngan nasi kat negeri ko) sedapnye air sirap mak aku... aduss.. air sirap pon korang rindu.. dah memang korang angau nak balik.. pergi la balik.... huhu.... t jgn lupa dtg sem dpn k.. dan bawak resipi nasi putih mak ko yg sedap gler...

4.Saat yang sayu gler sebab dah teringat kat mak bapak gler2 kan???
Part ni CK pun jd sedih jugak... huhu... ye lar korang dah rindu ngan parent... so korang pon balik la kan... esknya dalam fb "waaahhh... hepinye dpt jumpa mama & papa, ibu & ayah, mak & abah and so on la kn?? kalau mcm ni normal lg.. bila dh kuar cam ni "adik2 ku, bersiap la untuk berperang dengan aku..." wwwooooo....... ni mmg nak bergusti ngan adik2... adik2 plak mula ar cuak bila abg ngan kakak mereka yg "tersyg" tu balik... korang jgn la wat adik2 korang meratapi kepulangan korang sebab x tahan kena buli... hahaha... adik2.. sabar je la.. tu cara abg ngan kakak korang bermanja... korang kena faham.. hihi...

rest jap..panjang sangat entries ni... g mkan pisang goreng, ubi goreng ngan tapai goreng.. bez siot.. pekena plak air milo panas di waktu hujan begini... dah makan kenyang2... kita tido.. peerrghhhh... nikmat yang x terhingga tu... hihi...zzzzzzzzz...... eh2... xleh tido. kena siap kan entries ni dulu.. lalalalalalala.... sambungan ke-5... huhu

5.reunion ngan kawan-kawan skolah dulu kala...

Part ni yang paling bez kan?? dapat jumpa balik semua kawan2 time nakal2 dulu... muka masing2 dah makin cun... dah makin hensem,, dulu masing2 dengan wajah comotnyer... naik basikal ramai2 g skolah... dalam kelas main ejek2.. semua main la.. skrg???? sorg bawak fesyen yuna.. sorg bawak fesyen hujan.. lg ngan fesyen siti nur haliza... pakai tudung ala nampak jambul...huhu.. xkurang jgk yang fesyen rambut kena air karat.. hahahha... CK kutuk kengkawan... Biar la.. bnda betul kan??? tp tau somtim x?? berubah la macam mane pon fizikal korang kalau hati still sama so xde beza kan? CK still trima korang macam CK trima yg comot dulu2... cuma jangan terlalu jauh tergelincir daripada landasan yang btul sudaaaaaa........

6.What??? berat aku dah naik gler???
Haha... part ni selalunya dirisaui oleh kaum perempuan kan??? risau ler lau berat dah naik baju2 lawa yg baru beli x boleh pakai.. then... risau t ada orang tegur.. " eh, ko makin sihat lak kan?" dont woory la dear... biasa ar tu.. sebab bila korang dok kat umah ni, masa ni la korang nak makan semua benda kan? t dah masuk kolej, umah sewa, asrama semua konpom2 korang dah kena ikat perut kan? sebab air yang xder rasa tu pon kena bayar (air mineral). ada sorang member CK cakap " makan la selagi boleh makan, t dh sakit kena pantang tu kena pantang ni" tul x? bg CK la.. even jauh di sudut hati masih ada untuk meneruskan diet, tp CK juz grap peluang je la.. btulkan? masa kat umah ni jgn nak pantang itu ini la.. masakan ibu tu xkan dapat kat mane2 kecuali umah kita.. klu dh time balik ni ko nk pantang itu ini. bila lak ko boleh nak rasa makanan ibu korang? dah la balik pon sekali dua dalam satu sem.. cian mak koranng...dia penat2 masak ko nak pantang itu ini...

7. Bercuti dengan istilah sebenar.
Waktu ni la kita akan berjalan sekeliling dunia( bagi yang mampu), sekeliling malaysia (bagi yang x mampu) sekeliling umah sudaa klu ko xde duit sgt.. huhu... Kalau CK tu no 3 la... x berduit kan.. kuar pintu depan umah masuk pintu belakang.. haha... yg penting jalan2... xkisah la sebenarnya jalan2 kat mane2 pon.. yang penting kita dapat merehatkan badan dan fikiran kita setelah berpenat lelah selama 1 sem dan membuat persediaan untuk sem hadapan kan??? kalau ada benda yang boleh wat pada waktu lapang cm ni.. memang bez la... x boring.. tapi kalau xde.. memang azab la ko.. asyik mengadap fb jer.. tu pon klu kat umah ada wireless atau brooadband atau ape saje yang membolehkan ko on9.. tapi klu xde!!!! aku tau hidup ko merana. cepat2 la cari alternatif lain sebelum ko jadi x betul...

8. Result kuar... yeaaa......!!!!
Bagi CK la, memnag saat yang ternanti2 la bila result exam kuar.. bg kawan2 CK diorg x suka tgk result awal.. takut!! takut pe benda entah... huhu.. CK mmg nak tau setiap result CK sebab CK dah usaha gler2 (walaupun study malas) kn..mesti ar nak tau ape tahap pencapaian CK.. hehe... masa ni jugak la berlaku fenomena buka fb tp off9 chat.. hp ada tp krdt xde... hahaha... nak tau nape?? sbb xnk bg mmber2 tanye result exam dia.. wakaka... pastu boleh check result kolej plak.. klu dpt mmg bez gler ar.. bl x dpt mula ar cr geng bas skolah... eh2 clap.. geng umah sewa.. tu baru betul.... CK xnk duduk umah sewa.........!!!!!!!!!!! kos dia mahal sgt.. kena bayar tu ini.. baik la duit tu CK beli pape utk kesenangan hiudp CK.. hua3x...

9.Malas nak masuk sem baru....
Bila dah ada simptom2 malas nak masuk sem baru tu maknanya,cuti sem dah nak abis.. hahaha... CK suka.. sebab xsuka cuti lama2.. bowink sgt2.. diorang ni mesti ada rasa banyak benda x wat lagi.. nape cuti dah nak abis.. padahal cuti dah berabad.. badan dah kembang...kawan mane yg dia x jumpa lagi??? semua dh.. umah sedara mane dia x jejak? semua dia melawat.. tp still kata x cukup cuti.. CK cadangkan extend la satu sem.. pastu wat ape korang nak wat.. klu still x cukup blh la quit universiti terus... hahaha.. blh x??? yang penting.. korang nak ke x masuk sem baru, korang KENA pergi jugak.. so dont worry.. setiap sem yang bermula pasti berakhir dengan cuti kan??? tggu je la cuti sem dtg lg... huhuhu...

10.Selamat tinggal family, yg tersyg dan kawan2...
Dlm tempoh semnggu be4 sem baru start.. diorg mesti wat perjumpaan skali lagi dengan semua kawan utk perjumpaan sebelum semua masuk sem baru kan??? waktu ni la ada yang beli itu ini untuk wat kenangan dengan kawan2.. tu baru kawan2.. xmasuk lagi dengan yg tersyg.. nk berkepit 24 jam x nk lepas2 kn? yg girl mesti mintak bear sekor wat teman bila dah bukak sem nnt kan??? hehehe.... biasa ar tu.. sweet sgt... jelesnya CK.. ari tu ada peluang nk dptkan bear.. tp xjd.. waa..... sedih... xpe2.. blh beli sendiri.. hihi...yg terakhir sekali perangai menggedik dengan mak dah menular lg.. mula ar nk mkn tu nk mkn ni kan be4 masuk u balik.. mak pon dgn baik hatinye masak la semua mknan yg anak2 nk makan...

PADA SEMUA MEMBER2 CK, SELAMAT BERCUTI.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI. JAGA DIRI MASA BERCUTI NI K.. CK XNK TRIMA BERITA2 BURUK TENTANG KAWAN2 CK TAU... MUAAAAAHHHHHHHH............