KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, February 3, 2011

First time jumpa bakal mak mertua

hari isnin lepas pergi umah ema, Cik Wanny tak balik umah tapi Cik Wanny pergi berjalan kat tempat lain lagi. dalam meneruskan misi mengisi cuti midsem tanpa faedah ni, Cik Wanny telah menuju ke pasir mas iaitu di bunut susu. lepas balik daripada umah ema, Incik Dean naik bas dari umah dia menuju ke kota bharu dan dari kota bharu Incik Dean menuju ke kuala krai dengan menaiki bas no 5. Incik Dean ke sana sebabnya nak amik Cik Wanny daripada kuala krai dan menuju ke umah dia.

hohoho...berdebarnya perasaan nak jumpa future mother in law yang dah memang excited nak jumpa future daughter in law. hak3x... agak berdebar rasanya sebab Puan Mertua ni asyik tanya Incik Dean bila Cik Wanny nak datang umah. Cik Wanny ni pulak punya la berdebar nak jumpa Puan Mertua sampaikan tak rasa dan fikir perasaan pasal benda lain. lupa jap masalah-masalah Cik Wanny. daripada kuala krai kitorang pon sampai kat kota bharu.

bila sampai kat kota bharu, Cik Wanny dan Incik Dean menuju ke parkson untuk beli somtim. lepas beli somtim cam biasa we all menuju ke tampat makan feveret iaitu kat kedai 854 atas pasar siti khadijah. lepas makan nasi sup kat situ, Cik Wanny ajak Incik Dean untuk beli baju kurung ngan tudung sebab Cik Wanny nak pergi kenduri umah kawan yang nak kawen. Incik Dean belanja Cik Wanny satu pasang baju kurung, satu selendang dan satu inner awning warna pink gitu!!!

lepas tu Cik Wanny nak belikan satu kain sarung untuk Puan Mertua, so Cik Wanny ajak Incik Dean pergi kedai lain plak. bila dah siap membeli semua barang barulah Cik Wanny ngan Incik Dean menuju ke stesen bas untuk naik bas pergi umah Incik Dean. agak azab la kan bila bas yang menuju ke sana tu bukan takat penuh tapi padat. dah la Cik Wanny duduk bahagian tengah bas dan Incik Dean duduk depan sekali. bukan duduk yer.. kitorang berdiri cuma Incik Dean dapat duduk kat tangga bas tepi driver. Cik Wanny lak dengan ayunya dapat BERDIRI kat belakang tu. tapi takpe, tu dugaan untuk sampai umah Puan Mertua. lebih kurang sejam naik bas maka sampai la Cik Wanny kat umah Incik Dean.

pastu bila dah turun bas, we all tunggu Puan Mertua datang ngan adik Incik Dean untuk amik kitorang sebabnya umah Incik Dean agak masuk ke dalam satu lorong. so Puan Mertua ngan adik Incik Dean datang ngan motor. Cik Wanny naik motor ngan Puan Mertua dan Incik Dean naik motor ngan adik dia, maka secara rasminya, sampai la Cik Wanny kat umah Puan Mertua. yang lawaknye, bila sampai je Cik Wanny kat umah Incik Dean, semua adik-adik Incik Dean lari masuk bilik. pemalu nyer bakal adik-adik ipar Cik Wanny ni. hehehehe Incik Dean ni anak kedua daripada 6 adik beradik yang merupakan semuanya lelaki. abang sulong Incik Dean nama RIDUAN, yang kedua INCIK DEAN, yang ketiga SAFAR, yang keempat IMRAN, yang kelima ZAINI dan yang bongsu nama LOKMAN.

perut dah lapar.. nak pi makan dulu.. t lepas makan baru sambung balik stroy ni k.. ma (ma ni ma kandung Cik Wanny bukan Puan Mertua) masak sup lidah ngan solok lada. bezzzzzzzz.... huhu....

peeerrhhhhh kenyang dapat makan nasi. tambah lak ada pucuk tere nge budu. sodaaaaaapp faham!!!! okkkk..... jom kita sambung citer pasal Cik Wanny pergi umah Puan Mertua.

punyala sporting mak si Incik Dean ni sampai kan selama 4 hari 3 malam kat umah Incik Dean, Cik Wanny bahasakan Puan Mertua as MA. iaitu panggilan anak-anak Puan Mertua kepadanya. huhuhu... dan Puan mertua pun bahasakan dirinya kepada Cik Wanny as ma too... wahhh.. cam dah tak payah interview pape. cam dah lulus jer jadi menantu ni. masa malam second ma (mak Incik Dean) bercerita pasal abang Incik Dean iaitu Riduan pasal pertunangannya ngan kak farah dan pasal perkahwinanya hujung tahun ni. then boleh plak bila cakap pasal tu, ma cakap "wani ngan din samo2 abih diploma dih? pah gak boleh wat ijazah sekali plok. nanti lepas abih ijazah pakat kijo molek-molek, masing-masing ado kijer boleh la nak ikat pon" hik3x.. berbunga-bunga hati Cik Wanny dengar ma cakap cam tu. ooopppsss sowi... meh Cik Wanny tolong translate kan dalam bahasa standard "wani ngan din ni sama2 abis degree kan??? nanti boleh sama-sama sambung ijazah, nanti dah abis study boleh sama-sama kerja. bila dah ada duit nanti boleh la ikat yer" cam tu la lebih kurang traslatenye dalam bahasa malaysia. hehehe

ma ni sebenarnya kerja kat sekolah. siang ma kerja, malam ma buat kuih. ma buat kuih tepung bungkus. ma anta kat kedai kopi pagi-pagi lagi. setiap hari ma wat dalam 100 biji. merasa la jugak Cik Wanny tolong ma wat kuih tepung bungkus. wani juzz bantu ma uli inti jer, sebabnya yang itu sesi malam. yang sesi dinihari masa nak bungkus kuih tu Cik Wanny tak bantu sebab yang tu sesi dinihari pukul 4 pagi. hihihi... ngantuk... selama kat sana Cik Wanny tidur ngan ma dan lokman. siang hari tu Cik Wanny tolong masak ngan kemas dapur yang ma tinggal lepas wat kuih sebabnya lepas ma anta kuih kat kedai ma direct pergi kerja, dah tak sempat nak kemas dapur.

agak malunye bila Incik Dean lagi pandai masak daripada Cik Wanny. bila ma bawak balik ayam, Incik Dean yang tolong siangkan dan potong. pastu masak tomyam pun Incik Dean yang wat. hari kedua singgang ikan Cik Wanny yang wat. dan malam tu masak sardin ngan telur Cik Wanny yang wat. hari second last, ma suruh wani masak lemak ikan selar. cuba agak boleh ke Cik Wanny masak???' jawapanya tentu sekali tak boleh. hahaha... Incik Dean yang masakkan. boleh caya tak?? Cik Wanny agak terror di dapur bila memasak sesuatu yang tidak menggunakan santan. tapi bila dah masak guna santan, di situlah kegagalan Cik Wanny kat dapur. hahahaha... malunyeeeeeeerrr... Incik Dean pun takde segan silu tolong ma wat kuih. malah takde rasa kekok pun. i'm proud of you Incik Dean!!! dan Cik Wanny bersyukur sangat dapat Incik Dean sebab Incik Dean pandai masak, tak kekok kat dapur, tak segan tolong mak, rajin, yang paling penting Incik Dean mesti buat ape yang ma suruh even kejutkan dia pukul 5 pagi untuk wat kuih.

paling menyerlah sikap Incik Dean bila jaga Cik Wanny daripada nyamuk. memandangkan kawansan umah Incik Dean baru pulih dari hujan yang lebat, maka nyamuk dengan jayanya telah bermaharajalela kat umah dia. boleh bayangkan ke tak betapa ramainya nyamuk tu bila setiap ekor nyamuk tu kita boleh tengok??? dan untuk perlindungan 100% pulak kena pakai selimut yang tebal seluruh badan baru la selamat. tapi takde la risau sangat sebab umah Incik Dean ada kelambu. so dapat tidur dengan lenanya. pastu masa tengok tv, Incik Dean akan jaga Cik Wanny daripada setiap ekor nyamuk. katanya nyamuk tak boleh sentuh Cik Wanny sebab Cik Wanny ni dia yang punyer nyamuk pun tak boleh sentuh. so dengan selambernye Cik Wanny cakap " ngan nyamuk pun nak gadoh ker???" hahaha so sweet la u ni Incik Dean. pastu bila Cik Wanny dah tergaru-garu gatal sebab kena gigit ngan nyamuk kat kaki ngan tangan, Incik Dean akan sapu ubat. malam second Cik Wanny tertidur kat depan tv sebab nak tunggu ma masuk tidur lepas siap uli kuih. masa tu sampai pagi Incik Dean tak tidur sebab jaga Cik Wanny daripada nyamuk. sambil-sambil berjaga tu dia buka blog Cik Wanny dan baca semua post Cik Wanny pasal Incik Dean. pagi-pagi esoknye masa bangun subuh, Incik Dean cakap Incik Dean suka apa yang Cik Wanny tulis pasal dia dan dia tak marah malah dia tak kisah. yang paling penting dia cakap dia sayangkan Cik Wanny lagi banyak lepas baca post-post pasal dia. hehehehehe.. bahagianya rasa.....

eemmm..pasal ma dah siap tulis.. gaya dia dah memang anggap Cik Wanny cam menantu dia sebabnya hari-hari dia plan nak masak kuih ape untuk Cik Wanny selama duduk kat sana. setiap masa bercerita itu ini ngan Cik Wanny pasal semua benda. tu maknanya ma mesra ngan Cik Wanny. tu yang buat Cik Wanny pon tak segan nak berbual ngan ma. bila tengok wani kemas dapur jer ma membebel tak nak bagi. sebab tu Cik Wanny kemas dapur ma time ma pergi keje. bila dia balik jer dia dah tak boleh cakap pape sebab semuanya dah kemas. hehehehe. Incik Dean pun dah wat macam-macam yang memang menunjukkan Incik Dean tak main-main ngan wani malah dia bersungguh-sungguh sayang kat Cik Wanny. pasal adik-adik dia pulak... eeemmmm semuanya kelakar. hari first semua malu. kalau Cik Wanny kat dalam bilik diorang kuar la. tapi bila Cik Wanny kuar pergi dapur diorang duduk ruang tamu. bila Cik Wanny duduk kat ruang tamu diorang akan masuk bilik. semuanya akan melarikan diri. tapi bila dah masuk hari second, semuanya dah ok. dah tak malu sangat. boleh je ada kat mane-mane even Cik Wanny ada sekali. perangai diorang masing-masing semua kelakar. tak abis Cik Wanny gelak. yang paling bez.. diorang semua tak nakal. semua perangai baik cam abang dia. hehehehe.

masa kat sana, Cik Wanny wat kerepek pisang. laju jer adik Incik Dean abiskan. hahaha... Cik Wanny memang suka wat kerepek. bila diorang suka makan, lagi la Cik Wanny suka wat. hari last sekali, masa nak balik, huhuhu... Cik Wanny agak sedih sebab dah nak balik umah. sebabnya Cik Wanny hepi duduk kat umah Incik Dean. Cik Wanny senang ngan setiap perbuatan Incik Dean, perangai adik-adik dia, dan paling penting Cik Wanny tak rasa kekok ngan ma Incik Dean. bila nak balik pun ma asyik tanya bila boleh datang lagi lepas balik kali ni. hehehe.. cuti lama lagi la ma. t ada cuti Cik Wanny pergi lagi. jangan rindu-rindu yer.. hehehe. pastu ma nak bagi kuih untuk Cik Wanny bawak balik umah tapi sayangnye daun pisang ngan kelapa dah abis. pastu nak bagi pisang tapi Cik Wanny tak larat nak bawak balik sbbnya Cik Wanny kan balik naik bas. pastu ma siap nak bagi duit tambang bas lagi. tapi Cik Wanny tolak. Cik Wanny tak nak menyusahkan ma. ma jagan risau, setiap cuti Cik Wanny akan pergi umah ma.

masa tunggu bas lagi la lawak. Incik Dean yang temankan. tunggu daripada pukul 10 pagi, pukul 1 tengahari baru dapat naik bas. bila dah tunggu 2 jam setengah ada bas lalu, tapi Cik Wanny tak sempat nak tahan bas tu, masa tu Incik Dean lak pergi belikan ABC untuk Cik Wanny. then, Incik Dean marah sikit la sebab bas tu terlepas. pastu tunggu lagi setengah jam baru la bas tu sampai. huhu.. bubye Incik Dean, jumpa kat uitm nanti yer... muuuaaaaaahhhh.... hahhahaha

THE END

sape tak hepi bila dah jumpa bakal mertua dan bakal mertua pun dah bagi restu. hehehe... tentulah saya BAHAGIA!!!

5 comments:

ziela faza said...

anyway congrate wanie coz da jupe bakal mak mentua..
mesti best kn...
so,okey da 2 hbgn korg family da restu..
hope korg bhagia selalu...
:)

Cahaya Kewangianku said...

welcome ziela.... mmg bez ar.... tiap kali cuti umah din akan jd umah kedua wani. dh syg ma dia skali...hihihi...alhamdulillah family dia dh restu... tgll family wani plak.... thanks for wish.. hope u so... will find ur mr.right

ziela faza said...

hak2...
insya allah..
doa2 kn la tok ziela...
kira skrg da ade 2 family n umah la skrg nie..
bestnye..
org ckp kene ambik hati mak dye dulu baru leh anak dye kn..huhuhu

Cahaya Kewangianku said...

i got the whole of his family.. from his mom till his siblings... huhu

ziela faza said...

wowowowo..
bgs la...
n msti dok igt suasana umah din kn..hak2..