KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Friday, November 8, 2013

Kehebatan Set Berpantang+Menyusu+kurus Shaklee

Assalamualaikum...

     Kali ni nak bagitau testimoni pasal Set berpantang,menyusu, kurus Shaklee yang terdiri daripada Ostematrik, Vitalea, Zinc, B-Complex, Alfafa, Vita C dan Susu ESP. Set ni mampu menyembuhkan luka dalam masa yang singkat. Selepas bersalin pon anda seperti mendapat tenaga seperti sebelum bersalin sebab ia dapat memberikan tenaga dan mengembalikan kesihatan anda kepada yang normal. Yang ni sangat bahaya sebab kena marah dengan ma. hahaha.. ye la, orang dah sehat, xde nye nak duduk diam terkepit jer.. boring arr.. siap jalan-jalan atas umah. ma plak marah sebab dia takut Wanny bentan kalau tengah2 jalan tetiba tersepak ape2 kan.

Pengedar Shaklee yang SAH!!!

[NTRY INI TERDAPAT KANDUNGAN YANG SESUAI UNTUK ORANG KAWEN SAHAJA]
Assalamualaikum....

   Alhamdulillah... di petang Jumaat yang damai berada di Dungun.. hehe.. kali ni nak bercerita tentang Shaklee. Shaklee ni merupakan satu produk untuk kesihatan dan kecantikan. Saya baru je join jadi ahli. Mula-mula kena Shaklee ni masa mengandung dulu. Ada like 1 page pasal ibu mengandung. Kat situ dia selalu iklan kan produk Shaklee bersama-sama testimoni sekali. time tu dah muat ngan vitamin klinik yang baunyer semerbak"HARUM" sebiji rumah. Pastu baru la terfikir nak beli Shaklee. Masa ni duduk kat Dungun jugak, masa sem 4. Google la penjual Shakelee sekitar Dungun. Jumpa seorang akak yang tinggal kat Paka. Terus whatsapp dia dan beli set kehamilan.
  
    Set kehamilan yang Wanny beli iaitu Ostematrik, B-Complex, dan Vitalea ni sangat superbbbb.. Wanny start makan masa kandungan umur 5 bulan rasanya. yang paling bez, ada sekali hb turun, so Wanny doublekan tablet Vitalea, so lepas tu check ag, hb dah naik balik, dah normal. Bahaya tau hb turun, nanti effect baby. Ostematrik dapat ganti susu yang Wanny x boleh minum. hehe. Tapi yang pasti, 3 penggunaan vitamin ni dapat mengeratkan keintiman sebab ia dapat mengembalikan keintiman malam pertama. Tu je yang Wanny boleh cerita. Bagi sesiapa yang dah kawen dan nak tau lebih lanjut, boleh pm kat fb. Nanti Wanny cerita dengan lebih lanjut. Set ni jugak dapat memberikan tenaga sewaktu hamil.

Ada lagi yang Wanny tak amik macam Vita-C dengan Omega Guard. hehe..
lagi banyak amik, maka lagi sihat dan bertenaga la tubuh anda semasa hamil.

Wednesday, November 6, 2013

Pizza lagi!!!

CUBAAN PERTAMA MENAIP BLOG GUNA APPLIKASI KAT ANDROID

    Assalamualaikum... ari ni Puan Wanny dapat order pizza daripada kawan2 kat kelas. Hehe.. balik kelas g bandar jap sebab nak topup bahan2 pizza yang dah nak abis. Pastu balik umah terus masak pizza. Masak dua biji..lagi satu untuk husband tercinta. Hehehe..yang dia punya..kecik sikit. Yang dalam 1 gambar 1 pizza tu husband punyer  yang lagi satu Aimi dengan Ida punya   diorang makan dengan Zam dan FIkri. Hehe

My pizza with my husband... bukan nak puji.. tapi sedap!!1 hahaha


    Sebenarnya Puan Wanny xsuka makan benda-bensa berasaskan roti. So Puan Wanny masak jer.. yang makan orang lain. Disebabkan Puan Wanny suka masak.. so x kisah la masak untuk sape pon asalkan dapat masak.. hehe.. makin banyak kali masak..makin sempurna la pizza Puan Wanny macam orang putih cakap.. practise make perfect kan.
Ni pizza diorang. hehehe...

  Hehe.. sambil2 tunggu doh pizza naik.. sambil tunggu pizza masak.. Cik Wanny prepare untuk masak lunch walaupun dah lewat petang. Hihi.. labu air masak tumis dengan ayam goreng.. petai cicah budu dan tempoyak bersama Teh O. Sedappp sehhh.. hehe.. dah siap semua keje dapur.. sekarang tengah rest sebab jap lagi nak start buat Research Proposal dengan kawan2 dan study untuk test Techno.

    Pagi tadi Ma ada call tanya balik ke tak esok.. Puan Wanny tak balik disebabkan baru je datang.. lagi pun bajet dah kurang. Hehehe.. sebabnya Ma..Abah..Abang no 3 dengan Aniq nak pergi jalan2 kat Tasik Bandir, Grik, Perak. Pergi la sayang ngan Tok Ma, Tok Abah, dan Ayah Nik. Sorry Mama xdapat nak balik. Peluk cium Mama untuk Aniq.. muuuaahhh....


Tuesday, November 5, 2013

Muhammad Aniq Naufal bin Mohamad Aminuddin

AWAS!!!!!! ENTRY YANG AKAN ANDA BACA INI SANGAT PANJANG..SILA FIKIR DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KALAU ANDA MAHU MEMBACANYA

Assalamualaikum....

Dear Aniq Naufal
     Sayang, waktu ni sayang berumur 91 hari.. Mama duk Dungun ngan Papa. Mama ngan Papa tengah sem last untuk Degree kami. Sem depan Mama ngan Papa akan wat latihan industri..Mama tinggal Aniq kat Tok Ma nge Tok Abah masa Aniq berumur 31 hari. Sehari selepas wat majlis cukur jambul dan akikah. Tok Abah sembelih 2 ekor kambing tau untuk Aniq. Mama tinggal Aniq sebab Mama nak habiskan sem 5 ni. Tapi Mama kan balik tiap-tiap minggu jumpa Aniq. Mana boleh Mama berpisah lama-lama ngan Aniq. Kali ni Mama nak tulis perjalanan Aniq bermula daripada dalam perut sampai la Aniq lahir ke dunia ni.
 
     Secara keseluruhannyer, Mama ngan Papa menikah pada 20hb Ogos 2012. Pada hari raya ke dua. Selepas 6 bulan lebih Mama dengan Papa bertunang. Alhamdulillah, kami kahwin dengan serba sederhana, kedua-dua keluarga belah Mama dengan Papa semuanya tak ada masalah. Tapi lebih kurang sebulan lebih lepas kami berkahwin, Tok Abah kemalangan, Tok Ma pon ada sekali. Masa ni Tok Abah kerja pemandu lori, Tok Abah hilang kawalan lepas terlanggar sebuah lori rosak yang parkir selepas selekoh. Masa ni mama baru je sambung ijazah, lebih kurang sebulan selepas daftar. Tok Abah teruk sangat, sampai tak dapat gerak seluruh badan, hanya dapat kelipkan mata dan dapat bercakap. Tok Ma pulak patah tulang bahu. Mama hanmpir mahu tangguhkan pembelajaran Mama. Tapi Alhamdulillah keadaan sedikit reda dan Mama dapat sambung belajar seperti biasa. Aniq, cerita ni nanti Mama sambung kemudian yer. Apa yang Mama nak beritahu, kejadian ni membuatkan Mama hampir merancang untuk mengandung. Disebabkan Tok Abah dah tak kerja, tak ada orang yang boleh tanggung belanja Mama kat Universiti apetah lagi nak tanggung Aniq nanti.

     Fikir punya fikir, Mama takut untuk merancang, bukan apa, Mama takut nanti Mama xde rezeki untuk mengandung kalau Mama merancang sebab takut tak dapat tanggung Aniq nanti. Mama percaya setiap anak ada rezekinyer. Jadi Mama ambil keputusan Mama takkan merancang, kalau ada rezeki Mama terima, kalau tak de, mungkin bukan masa Mama lagi. hehe... ceritanya macam ni, masa tu Mama dah lewat 2-3 hari datang haid. Mama pun beli Urine Pregnancy Test (UPT). Tapi test tu gagal. Mama sedikit kecewa. Lepas tu dalam hujung minggu tersebut Mama ada Convocation untuk diploma Mama, ramai yang cakap muka Mama berseri-seri, mengandung kot. Tapi Mama tak happy pon sebab Mama dah test dan gagalkan. Masa nak naik bas balik ke Dungun, Mama test lagi kat toilet di stesen bas, tetap gagal. 9 hari kemudianya, pada 13 hb Desember 2012, pada waktu malam, Mama test lagi, ALHAMDULILLAH UPT tu berjaya!!!! Mama tengok tak berkelip-kelip... sambil tengok sambil tertanya-tanya.. ye ker ni? hehe.

nampak tak timbul 2 garisan? garisan sebelah kanan tu la yang menandakan Mama positif mengandungkan Aniq

Belajar buat pizza!!!

        
      SALAM... so idea nak wat pizza ni datangnyer daripada Papa.. masa makan pizza tepi pantai tu.. Papa suruh Mama belajar wat pizza. so minggu lepas dok usha-usha nak beli oven.. tertiba teringat kat pemanggang ajaib.. nama pon pemanggang ajaib kan.. so boleh la bakar pizza.. hehe.. beli on9 murah sikit.. semalam dah sampai... ni haaa....
 jenama chynthia.. yang saiz besar gedabak tu. haha
so far ok.. superbb laaa

     Pemanggang ni sampai dalam pukul 3.. so I rushing pergi bandar cari barang2 wat pizza... 

 Ni la hasilnyer!!!! ok menjadi.. cuma sosnye yang x rasa.. hehe

I amik resipi daripada google jer.. jumpa kat blogger2 jugak... overall resipi ni sama jer semua...

Pen Merah Pen Biru.. you marah I Love U

    Assalamualaikum... Okey tajuk entry ni xde kaitan dengan kandungan entry kali ini.. hehe.. saje letak sebab masa nak taip entry kali ni.. Papa nyanyi-nyanyi lagu ni.. hehe.. setelah 6 bulan entah berapa hari dan entah berapa jam blog ni tak berupdate, hari ini dalam sejarah, Puan Wanny start berblog lagi.. cheewaaaahhhh... daripada CIK WANNY dah jadi PUAN WANNY.. hehe.. sekarang ada jugak dapat gelaran baru.. iaitu Ibu Muda.. So starting entry ni nak citer pasal makan pizza...hehe

   2 minggu lepas saya rasa.. tiba-tiba bangun pagi.. Papa request nak makan pizza.. jum order pizza.. delivery la kan.. terkezuttttt!!! naper eh tetiba dia nak makan pizza.. sebab I know la Papa punya habit..maner dia nak makan fast food yang mahal2 ni.. membazir katanya.. hehe so pukul 10lebih I order kat website PHD tu.. it suppose to get the pizza at 11 something, rights? tapi disebabkan staff dia yang tukang anta pizza tu tak masuk keje lagi.. dia call I untuk hantar pizza pukul 12 lebih.. tapi I ada kelas pukul 12.. so I cakap anta jer pukul 5ptg.. tp dah nak dekat pukul 6 baru I dapat... haha.. x kisah la..