KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Wednesday, November 6, 2013

Pizza lagi!!!

CUBAAN PERTAMA MENAIP BLOG GUNA APPLIKASI KAT ANDROID

    Assalamualaikum... ari ni Puan Wanny dapat order pizza daripada kawan2 kat kelas. Hehe.. balik kelas g bandar jap sebab nak topup bahan2 pizza yang dah nak abis. Pastu balik umah terus masak pizza. Masak dua biji..lagi satu untuk husband tercinta. Hehehe..yang dia punya..kecik sikit. Yang dalam 1 gambar 1 pizza tu husband punyer  yang lagi satu Aimi dengan Ida punya   diorang makan dengan Zam dan FIkri. Hehe

My pizza with my husband... bukan nak puji.. tapi sedap!!1 hahaha


    Sebenarnya Puan Wanny xsuka makan benda-bensa berasaskan roti. So Puan Wanny masak jer.. yang makan orang lain. Disebabkan Puan Wanny suka masak.. so x kisah la masak untuk sape pon asalkan dapat masak.. hehe.. makin banyak kali masak..makin sempurna la pizza Puan Wanny macam orang putih cakap.. practise make perfect kan.
Ni pizza diorang. hehehe...

  Hehe.. sambil2 tunggu doh pizza naik.. sambil tunggu pizza masak.. Cik Wanny prepare untuk masak lunch walaupun dah lewat petang. Hihi.. labu air masak tumis dengan ayam goreng.. petai cicah budu dan tempoyak bersama Teh O. Sedappp sehhh.. hehe.. dah siap semua keje dapur.. sekarang tengah rest sebab jap lagi nak start buat Research Proposal dengan kawan2 dan study untuk test Techno.

    Pagi tadi Ma ada call tanya balik ke tak esok.. Puan Wanny tak balik disebabkan baru je datang.. lagi pun bajet dah kurang. Hehehe.. sebabnya Ma..Abah..Abang no 3 dengan Aniq nak pergi jalan2 kat Tasik Bandir, Grik, Perak. Pergi la sayang ngan Tok Ma, Tok Abah, dan Ayah Nik. Sorry Mama xdapat nak balik. Peluk cium Mama untuk Aniq.. muuuaahhh....


No comments: