KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Tuesday, November 5, 2013

Muhammad Aniq Naufal bin Mohamad Aminuddin

AWAS!!!!!! ENTRY YANG AKAN ANDA BACA INI SANGAT PANJANG..SILA FIKIR DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KALAU ANDA MAHU MEMBACANYA

Assalamualaikum....

Dear Aniq Naufal
     Sayang, waktu ni sayang berumur 91 hari.. Mama duk Dungun ngan Papa. Mama ngan Papa tengah sem last untuk Degree kami. Sem depan Mama ngan Papa akan wat latihan industri..Mama tinggal Aniq kat Tok Ma nge Tok Abah masa Aniq berumur 31 hari. Sehari selepas wat majlis cukur jambul dan akikah. Tok Abah sembelih 2 ekor kambing tau untuk Aniq. Mama tinggal Aniq sebab Mama nak habiskan sem 5 ni. Tapi Mama kan balik tiap-tiap minggu jumpa Aniq. Mana boleh Mama berpisah lama-lama ngan Aniq. Kali ni Mama nak tulis perjalanan Aniq bermula daripada dalam perut sampai la Aniq lahir ke dunia ni.
 
     Secara keseluruhannyer, Mama ngan Papa menikah pada 20hb Ogos 2012. Pada hari raya ke dua. Selepas 6 bulan lebih Mama dengan Papa bertunang. Alhamdulillah, kami kahwin dengan serba sederhana, kedua-dua keluarga belah Mama dengan Papa semuanya tak ada masalah. Tapi lebih kurang sebulan lebih lepas kami berkahwin, Tok Abah kemalangan, Tok Ma pon ada sekali. Masa ni Tok Abah kerja pemandu lori, Tok Abah hilang kawalan lepas terlanggar sebuah lori rosak yang parkir selepas selekoh. Masa ni mama baru je sambung ijazah, lebih kurang sebulan selepas daftar. Tok Abah teruk sangat, sampai tak dapat gerak seluruh badan, hanya dapat kelipkan mata dan dapat bercakap. Tok Ma pulak patah tulang bahu. Mama hanmpir mahu tangguhkan pembelajaran Mama. Tapi Alhamdulillah keadaan sedikit reda dan Mama dapat sambung belajar seperti biasa. Aniq, cerita ni nanti Mama sambung kemudian yer. Apa yang Mama nak beritahu, kejadian ni membuatkan Mama hampir merancang untuk mengandung. Disebabkan Tok Abah dah tak kerja, tak ada orang yang boleh tanggung belanja Mama kat Universiti apetah lagi nak tanggung Aniq nanti.

     Fikir punya fikir, Mama takut untuk merancang, bukan apa, Mama takut nanti Mama xde rezeki untuk mengandung kalau Mama merancang sebab takut tak dapat tanggung Aniq nanti. Mama percaya setiap anak ada rezekinyer. Jadi Mama ambil keputusan Mama takkan merancang, kalau ada rezeki Mama terima, kalau tak de, mungkin bukan masa Mama lagi. hehe... ceritanya macam ni, masa tu Mama dah lewat 2-3 hari datang haid. Mama pun beli Urine Pregnancy Test (UPT). Tapi test tu gagal. Mama sedikit kecewa. Lepas tu dalam hujung minggu tersebut Mama ada Convocation untuk diploma Mama, ramai yang cakap muka Mama berseri-seri, mengandung kot. Tapi Mama tak happy pon sebab Mama dah test dan gagalkan. Masa nak naik bas balik ke Dungun, Mama test lagi kat toilet di stesen bas, tetap gagal. 9 hari kemudianya, pada 13 hb Desember 2012, pada waktu malam, Mama test lagi, ALHAMDULILLAH UPT tu berjaya!!!! Mama tengok tak berkelip-kelip... sambil tengok sambil tertanya-tanya.. ye ker ni? hehe.

nampak tak timbul 2 garisan? garisan sebelah kanan tu la yang menandakan Mama positif mengandungkan Aniq



    Keluar je daripada toilet, terus Mama call Papa. Oooppss lupa Mama nak bagitau, waktu ni Mama dengan Papa tak duduk serumah lagi. hehe. Mama call bagitau Papa, Papa pun tak percaya!!! Tapi percayalah, tak dapat Mama dan Papa bagitau macam mane perasaannye bila dapat tau Aniq dah wujud dalam perut Mama. hehe. Hujung bulan tu Mama dengan Papa pergi bukak buku pink kat Klinik Desa Sura. So, mengikut perkiraan hari dan waktu subur Mama, 99% perkiraan tu menunjukkan pada tarikh 16 November 2012 Aniq diproses. hehehe.. Mama ingat date ni.. banyak sebabnya.. nanti Aniq dah besar baru Mama explain yer. Mama bagitau Tok Ma dengan Tok Abah lepas kehamilan mama disahkan oleh doktor. diorang pon happy jugak.

      Mula-mula Mama mengandungkan Aniq, Mama mengalami alahan jugak. tak boleh nak makan ape pon. Asyik nak muntah jer. Makanan yang tekak Mama sedap telan hanyalah buah mangga muda.. sedap sangat.






Pastu Mama tak boleh berdiri lama, mesti rasa pening. Tambah pulak makanan kat Dungun ni bukan selera Mama. So tak ada la nak beli makanan kat luar nak makan. Nak masak pulak Mama cepat pening. Papa sabar je ikut kerenah Mama nak makan ape sahaja, Papa akan belikan walaupun bila beli Mama makan sesuap je lepas tu Papa yang habiskan sebab Mama dah nak muntah. hehe.. Tiap-tiap bulan Mama mengandungkan Aniq sampai Aniq umur 5 bulan, Mama hilang 1 kg. Untuk 5 bulan pertama Mama hilang 5kg. sampai Aniq umur 7bulan tau barulah rasa nk muntah-muntah ni hilang. Disebabkan Mama tak ada kenaikan dalam berat badan Mama semasa mengandungkan Aniq, setiap bulan masa check up kat klinik desa, nurse mesti akan aturkan appointment dengan doktor kat klinik kesihatan Dungun. Ada sekali tu, Mama kena pergi jumpa Doktor waktu tu jugak. Mama risau sangat, kot-kot ada masalah yang serius. Masa sampai sana, doktor scan Aniq, semuanya OK.. cuma untuk pastikan semuanya OK, diorang amik darah Mama 1 botol kecil untuk buat ujian darah. Hampir tiap-tiap bulan Mama kena dermakan darah untuk  diorang buat Ujian. Kali ni agak serius sebab Doktor syak Aniq tak berkembang. Lagi seminggu Mama kena jumpa Doktor, lau Aniq tak berkembang, Aniq kena dikeluarkan. Mama balik umah bagitau Papa, sambil menangis. Tak dapat Mama bayangkan Aniq yang Mama bawa ke hulu ke hilir dah berbulan ni nk kena dikeluarkan. Masalah ni Mama bagitau Papa dengan Cik No Aniq jer. Tapi Alhamdulillah semuanya ok. hehe

    Kalau la Aniq ingat, hehehe... masa Aniq berada dalam perut Mama, Aniq selalu teman Mama masuk kelas dengar pensyarah mengajar. Aniq ingat tak? kadang-kadang ada test. hehe tak ramai yang tahu Mama pregnant sebab masa mengandungkan Aniq, perot Mama tak besar pon. Mahupun masa cukup bulan, tak nampak pon perut Mama dah 9 bulan. tak percaya tengok gambar ni.

Masa ni lebih kurang dalam 10 hari sebelum Aniq keluar daripada perut Mama. tengok!! nampak tak Aniq dalam perut Mama?? tak nampak pon kan? ni gambar 2 hari sebelum raya puasa tahun 2013. Mama dengan Papa tengah try baju raya.

     Masa Aniq dalam perut Mama, Aniq dah pernah pergi Oversea tau.. hehe kat Munok, Thailand,
Nampak Mama ngan Papa?? ni semua Uncle & Aunty Aniq ok. kenal diorang elok-elok. Ni member Mama dengan Papa. diorang rapat ngan Mama. Tapi tak cukup lagi ni. hehe..

     Tok Ma ngan Tok Abah selalu marah Mama sebab asyik main dengan kucing masa pregnant, katanya sebab takut kenan. Tapi tu semua Kuasa Allah, semua nya ok kan sayang. hehe Tok Ma ngan Papa selalu memenuhi kehendak selera makan Mama. Kalau duduk umah kat Kadok tu, pantang Mama sebut nak makan apa-apa benda, mesti Tok Ma carikan. hehe. Masa ni Mama tak ada kereta lagi tau. So jarang-jarang balik umah Tok Ma kat Pasir Mas. Tapi bila balik, Tok Ma kat sana pon selalu carikan buah mangga muda untuk Mama. hehe. Ada sekali tu 12 Feb 2012, Mama g klinik, tapi macam biasa la mesti doktor scan sebab Mama x naik berat, time tu Mama excited tuh!! ingat tak Aniq lambai tangan ke Mama masa doktor tengah scan, Mama nampak jantung Aniq denyut-denyut gitu. hehe. Rasa nak tepuk tangan Aniq masa lambai ke Mama. Give me 5 gitu!!! hehe.. Aniq ingat x ada sekali tu Papa merajuk ngan Mama, tapi gosok-gosok perut Mama sebab nak mengadu ngan Aniq, gelak sakan Mama tengok Papa. Kisahnye macam ni, masa tu Mama tengah tengok drama kat tv, pastu Papa suruh buat air, Mama cakap la kejap tunggu sampai citer ni abih, Papa pun merajuk mengadu kat Aniq, cakap Mama malas buat air.. hehe..

    Masa pregnant ni Mama banyak berpantang, untuk pengetahuan Aniq, Mama ni suka make up. hehe.. sokmo Papa puji comel. kih3x.. Tapi, Mama ada baca, orang mengandung tak boleh bermake up sebab nanti kalau ada bahan kimia yang diserap, nanti bahan kimia tu akan diserap masuk dalam kandungan. Mama tak nak tumbesaran Aniq dalam perut ni terganggu sebab tu la Mama tak bermake up. hehe. Pastu Mama banyak berpantang makanan-makanan tak sihat macam fast food, air gas, makanan daripada kedai.. semua benda Mama berpantang, hanya untuk Aniq. Pastu Mama ada baca kalau minum Air kelapa muda, kulit Aniq akan licin, nanti ta mengalami kuning. Dan hasilnyer superbbb, Mama amal minum lebih kurang sebulan sebelum Aniq keluar, hari-hari Mama minum. Nurse yang sambut Aniq masa dilahirkan bagitau uri Aniq tak kotor, Aniq pon keluar bersih jer, tak der darah-darah dan lendir. Malah, dalam 2 minggu pertama,  Nurse ada bagitau, dalam banyak-banyak baby yang lahir time tu, Aniq seorang je x kena Kuning. Orang lain pon cakap cam tu, susah la nak jumpa baby yang x kena kuning zaman sekarang. hihi..

    Mama ada muntah 2kali.. yang muntah banyak giler. Dua-dua kali ni muntah lepas makan. Yang pertama Mama buat nasi goreng seafood. Lepas makan, Mama minum air milo, lepas tu baring atas sofa, Mama ingat Mama nak sendawa, rupa-rupanya terus muntah, abis sofa dengan lantai, Papa Aniq la yang cuci semua kat sofa, basuh toto, mop lantai, sebelum Papa mop dan basuh tu semua, Papa mandikan Mama, sebab muntah tu kena badan Mama, lepas tu pulak Mama tetiba jadi tak ada tenaga langsung, Papa yang papah Mama masuk toilet dan mandikan Mama. Sweet kan Papa Aniq ni. Yang kedua time lepas makan nasi ayam. Lepas makan, Mama masuk dapur nak basuh tangan, Masa tu lalu kat tepi toilet, terus singgah situ dan muntah, abis satu toilet kotor, tak de orang lain jugak sayang, Papa la yang cucikan semuanya. So, sesusah-susah Mama mengandungkan Aniq, Papa pun susah jugak jaga Mama. Pastu masa Aniq umur 4-5 bulan dalam perut Mama, Mama ada join berkelah kat air terjun Gunung chemerong kat Bukit Besi. hehehe. Kali ni Mama mintak maaf sebab dah buat Aniq penat kan?? sebab Mama dengan beraninyer telah memanjat air terjun yang tinggi tu dengan Papa. Hehehe... siap main kejar-kejar dengan ular dalam air. hik3x. balil jer daripada Air terjun tu, abis satu badan Mama sakit urat, Malam tu Mama demam, sakit-sakit badan. Mama tak boleh tidur sampai nangis-nangis, Papa la yang urut dan jaga Mama malam tu sampaikan esoknyer Mama amik MC, tapi Papa pun penat jugak jaga Mama sampai Papa ponteng kelas. hehe.

Masa ni lebih kurang 5 bulan.
                                 

    Masa umur Aniq lebih kurang tu jugak, Mama dengan Papa pergi Cameron dengan Uncle Pesa, Uncle Amin Z, Uncle Iz, Uncle Dani, Aunty Ema, dan Aunty Aida, Aniq ingat x Mama pernah tidur tempat yang sejuk? Untuk pengetahuan Aniq, Mama tak sempat berhoneymoon pon. So kesempatan kali ni la Mama dengan Papa berhoneymoon siap bawak Aniq lagi. hahahaha.  Aniq tengok la gambar-gambar Mama dengan Papa bersama-sama Aniq dalam perut. hehehe









Dari pondok kecik tengah gambar ni.. Mama panjat tau sampai ke tempat Mama berdiri amik gambar ni. Papa la yang tolak Mama daripada belakang .. tolak Mama naik atas. hehehe.






     Start waktu ni la, Mama jadi susah nak tidor malam. Asyik sakit pinggang jer.. Dalam perut ni rasa sooh. hehe. sooh tu bermaksud perut ni rasa penuh jer. Masa ni Mama dah boleh rasa Aniq menendang. dalam 7 bulan ke atas baru Masa boleh rasa Aniq bergerak pusing-pusing gitu, siap boleh nampak perut Mama ni bergerak bila Aniq berpusing. hehehe..Pada 19 May 2012, masa scan tu, doktor bagitau jantina anak Mama ni lelaki. hehe.. Hujung bulan May ni la baru Tok Abah belikan kereta kancil untuk Mama, mudah la sikit Mama nak pergi sana sini nak bandingkan Mama naik motor. kawan-kawan Mama selalu risau sebab tengok Mama yang pregnant ni naik motor. hehehe. Masa ni jugak la Mama beli Sugar glider. Nanti Aniq dah besar sikit, Mama bagi Aniq jaga OK. hehehe. Umur Aniq masa ni lebih kurang 28 minggu, Mama tengah usha-usha nak scan 3D/4D untuk tengok Aniq real sikit. tapi asyik bertangguh, yang akhirnya tak jadi sampai kesudah. hehehe.


Hujng bulan 6 sampai pertengahan bulan 7 Mama ada final exam. ni masa tunggu nak masuk dewan. hehe 

   2 Julai 2012, Mama dapat pilihan nama untu Aniq. Mohamad Aniq Naufal. Aniq maksudnya "yang kacak lagi menawan hati" dan Naufal maksudnya "dermawan". Mama berharap maksud nama-nama ni sesuai dengan Aniq dan semoga Aniq menjadi seperti yang dimaksudkan, sebab tu Mama tak suka orang panggil nama Aniq yang bukan-bukan, kalau boleh biar la betul sebutannya. hehehe.. Pernah sekali tu Mama pergi check up Aniq pada sebelah pagi, dan pada sebelah petangnye Mama ada exam. Mama pergi klinik sambil bawa nota. hehe. Hebat tak Mama Aniq ni?? Masa tu Mama pon risau jugak, kot-kot Mama terberanak time tu. Habis la Mama, kalau terberanak time tu, Mama kena repeat paper-paper yang Mama tak sempat ambil. Pastu Mama xnak bersalin kat sini sebab Mama tak yakin dengan fasiliti Hospital Dungun. Lagipon walaupun time tu Mama tengah Sarat, tapi sebenarnya Mama tak sempat beli barang-barang Aniq lagi. hehehe.. Nanti Tok Ma dengan Tok Abah nak datang pun susah. hehe.

   Masa tu exam tu dah start bulan Ramadhan tau. hehe. Mama dapat puasa 3 hari jer, selebihnya Mama x puasa sebab Mama takut Mama puasa nanti akan effect yang tak baik pada Aniq dengan Mama. Nanti Mama kena ganti semua puasa tu tau. Mama pernah sekali mimpi Mama keguguran, takut sangat-sangat. Mama tak nak kehilangan Aniq walau apa cara sekali pun. hehe. Masa tengah sarat dalam puasa ni Mama pernah bawak Aniq pergi Kuala Krai umah Aunty Eima, saje jalan-jalan. sambil-sambil tu jugak, Mama pergi melawat Baby Madam Zila. hehe. Jauh tau, kat Dabong nuh. Untuk pengetahuan Aniq jugak, waktu ni Papa tak pandai drive tau, so bila balik dari Dungun pun Mama la yang drive, pergi balik Kuala Krai pon Mama drive. Papa dah pandai drive sejak Aniq berumur  33 hari. Lepas tu, walaupun Papa tak ada lesen, Papa la yang drive. hihi. Masa Mama nak pergi hospital untuk lahirkan Aniq pon, Mama jugak drive okey.. hehehe... Pada 16hb Julai 2012, Mama, Papa, Tok Ma pergi ke Kota Bharu pergi beli barang-barang untuk Aniq tau. Hampir 90% melengkapi semuanya.

Ni la beg barang-barang Aniq. Cik Nor beli dari Bnadung sana. hehe Ada baju, kain lampin, pampers, tisu basah, sarung kaki, sarung tangan, tuala, minyak yuyi dan sebagainya. Dah siap packing lepas beli barang-barang ari tu.

Masa ni sepatutnya Aniq dah keluar, Due date, iaitu Hari Raya Puasa Ke-2. Waktu ni nak balik Pasir Mas umah Tok Ma ngan Tok Abah belah papa. hehe... chubby tak Mama. tapi sekarang Mama dah kurus. hehe.

     Pada 14hb Ogos 2012, lahir la permata hati Mama dengan Papa, Mohamad Aniq Naufal bin Mohamad Aminuddin dengan berat 2.7kg pada jam 2008. Inilah gambar pertama Aniq. Gambar ni Mama upload kat fb. hehe..

MAMA AMIK MASA 4 JAM UNTUK MENAIP ENTRY NI. SAMBIL-SAMBIL TAIP, MAMA REVIEW WALL FB MAMA SEBAB KAT SITU LA MAMA UPDATE SEMUANYA TENTANG ANIQ. ENTRY SETERUSNYA MAMA AKAN CERITA MACAM MANA MAMA MASUK HOSPITAL MELAHIRKAN ANIQ. MAMA DENGAN PAPA SAYANG ANIQ!!!







No comments: