KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Tuesday, November 5, 2013

Belajar buat pizza!!!

        
      SALAM... so idea nak wat pizza ni datangnyer daripada Papa.. masa makan pizza tepi pantai tu.. Papa suruh Mama belajar wat pizza. so minggu lepas dok usha-usha nak beli oven.. tertiba teringat kat pemanggang ajaib.. nama pon pemanggang ajaib kan.. so boleh la bakar pizza.. hehe.. beli on9 murah sikit.. semalam dah sampai... ni haaa....
 jenama chynthia.. yang saiz besar gedabak tu. haha
so far ok.. superbb laaa

     Pemanggang ni sampai dalam pukul 3.. so I rushing pergi bandar cari barang2 wat pizza... 

 Ni la hasilnyer!!!! ok menjadi.. cuma sosnye yang x rasa.. hehe

I amik resipi daripada google jer.. jumpa kat blogger2 jugak... overall resipi ni sama jer semua...


Part A : Doh

Bahan-bahan:

2 cawan setengah tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
Setengah cawan air suam
2 camca kecil gula
Secubit garam
Sedikit margerin

Kaedah :
1. Mula-mula gaul yis dengan gula dan air suam tu and biarkan seketika sampai yis tu berbuih-buih..(teknik ni untuk test samada yis tu hidup ke x..kalo berbuih-buih tu maksudnya yis tu okla..)
2. Lepas tu masukkan yis yang dah berbuih-buih tadi tu ke dalam besen and gaul dengan tepung dan juga sedikit garam..
3. Tambahkan sedikit air dan juga margerin kalo rasa doh tu x membentuk dengan baik..
4. Uli-uli dan uli doh tu sampai permukaan besen tu licin..(ini tandanya doh kita dah sempurna la..kalo ada kesan lekat-lekat lagi tu maksudnya ada la bahan x cukup lagi tu..sama ada tepung kurang atau air terlebih..)
5. Then biarkan doh tadi dalam besen and tutup dengan kain lembap..pastu letakkan bekas doh tu dekat tempat panas dan biarkan doh tadi naik sekali ganda..(saya biarkan doh tadi bersebelahan dengan oven panas selama 15 minit..)
6. Doh yang naik tadi diuli-uli sedikit dan bentukkan ikut saiz pembakar anda.. :)
Part B : Sos @ Inti Pizza

Bahan-bahan :
Minyak untuk menumis
Bawang Holland)
Bawang putih
Sos Pasta 
Sosej
Tomato
Ketam stick
Cendawan butang
Nenas
tuna
Mozzarella cheese
Daging kisar

Kaedah :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau, masukkan daging kisar.
2. Masukkan sos pasta, dan garam secukup rasa..agak-agak dah masak, boleh angkat..
3. Doh tadi saya leperkan di atas pemanggang ajaib..(haaa..sbb tu la nama pizza saya ni pizza ajaib..sbb saya x guna oven..hehe.. )
4. Letakkan sos yang kita masak tadi dan ratakan ke semua permukaan..
5. Tabur nenas,sosej, stick ketam, tomato yang dicincang dan cendawan butang, di atas pizza tadi..
6. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese...
7. Tutup pemanggang ajaib tu dan biarkan pizza masak selama 15 minit dengan api yang paling perlahan..
8. Lepas 10 mnit tu, buka la tengok..kalo cheese dah melting and crust pun dah nampak masak, tutup api..
9. Taddaaaa...pizza ajaib siap untuk dihidangkan... ^_^
bawang besar dan bawang putih
tomato, nenas, cendawan butang (nenas xder dlm gmbar, tomato potong cube)
sosej dengan stick ketam..( patut potong bulat2. bukan memanjang cam ni)
guna sos pasta ni
tuna

dah sapu sos pasta yang tumis tadi, semua topping dan cheese
ni la hasilnyer.. lupa nak amik gmbar before potong... huhu


gambar tu semua pizza yang I buat semalam.. first try.. so hari ni wat lagi.. I dan ubah suai sikit..tambah nenas... tambah daging.. sosej dengan stick ketam dah potong comel2.. cheese dah potong kecik2. hehe.. ni hasilnyer.. 
cubaan kali ke dua!!!

macam ni pulak gayanye bila masak pakai pemanggang ajaib.


                                                  
esok kena try lagi.. selagi tak puas hati.. selagi tu la saya akan cuba!!!!

No comments: