KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, December 30, 2010

its ALL about ur EX

Kalau dah Incik Dean ni
bahagia ngan Cik Wanny
cukup-cukup la nak mention
nama dia bila kita berbual
kalau betul dah tak de hubungan ngan dia
tak payah la nak bandingkan
ape yang Cik Wanny wat ngan ape yang dia wat
Incik Dean kena ingat la
Cik Wanny ngan dia tu
orang yang berbeza dan hadir dalam
hidup Incik Dean jugak pada waktu yang berbeza

entah la Incik Dean
kalau dulu nak kata jeles tu
tak de la sangat sebab dulu dia yang punyer
tapi sekarang ni Incik Dean dah jadi hak
mutlak Cik Wanny tanpa kongsi ngan sape-sape
so Incik Dean, Cik Wanny layak untuk jelez kkkkk
dah nama pun sayangkan Incik Dean
mesti la jelez...
tapi kalau Incik Dean wat tak faham
up to u la Incik Dean

juz stop mention nama dia depan Cik Wanny
lepas tu Cik Wanny tak suka Incik Dean
bandingkan Cik Wanny ngan dia
kalau tak suka cara Cik Wanny
pastu Incik Dean lagi suka cara dia
balik la pada dia..
pergi pilih dia....kan senang
tak payah nak sakitkan hati Cik Wanny

Monday, December 27, 2010

Incik Dean cakap saya dah berubah

Dah 2 malam berturut-turut
Cik Wanny tulis post pasal Cik Wanny ngan Incik Dean
malam ni pon still sama
so dah jadi 3 malam berturut-turut
setiap kali Cik Wanny ajak dia online
mesti dia cakap nak main game
atau pun nak layan citer
malam ni pulak alasan paling BODOH
pernah Cik Wanny dengar
Incik Dean segan ngan rumate dia sebab
bila chatting kat facebook
romate dia tengok dan baca
so bagi Cik Wanny
"Incik Dean segan dengan member-member
Incik Dean sebab kapel ngan Cik Wanny"

so lagi sekali Cik Wanny bergaduh ngan Incik Dean
dan seperti biasa akan OK bila jumpa esok pagi
tapi kali ni memang berbeza
sampai kan Incik Dean badmud giler
ngan perangai Cik Wanny malam tadi
sampaikan berpuluh call Cik Wanny untuk
Incik Dean tak berjawab
mesej-mesej Cik Wanny pun tak balas
then ada sekali dia balas
"buat apa call kalau bercakap pun
untuk sakit hati je"
bagi Cik Wanny mesej dia tu bermaksud
"dia dah tak nak Cik Wanny contact dia lagi"
sampaikan esok pagi dia nak balik umah
Cik Wanny pulak dah fikir nak balik umah jugak
sebab Cik Wanny dah takde mood nak stay kat u ni
kat sini Cik Wanny dah nangis-nangis
sebab Cik Wanny ingat Incik Dean nak PUTUS/CLASH
sampaikan Cik Wanny merajuk dan nak bagi semua
barang-barang yang pernah dia bagi pada Cik Wanny

then Incik Dean tak balas pun mesej Cik Wanny
dengan sakit hatinya Cik Wanny terus off fon
tak lama lepas tu baru la Cik Wanny on balik
bila on tu ada 2 mesej daripada Incik Dean
Incik Dean pujuk Cik Wanny
Cik Wanny lak dah rasa cam loveless untuk dia
then he ask me whether i love him or not
my answer still YES and with BUT
"YES i do BUT u seem dont love me,
u seem like dont care about me,
and u are ashamed to ur friend becoz
of ur girlfriend is ME

bila Cik Wanny bagitahu 3 benda tu
Incik Dean cakap Cik Wanny ni "negative thinking" lak
betul ke??? ntah la.. ye kot!!!!
tapi tak kira la negatif ke positif
tu tetap fikiran Cik Wanny
dia kena terima, tak nak terima sudah!!!!
then boleh pulak Incik Dean mengungkit
setiap kali bergaduh, hanya dia je mengalah
abis tu yang mengalah 3 malam ni
bila tak boleh online tu sape???
Cik Wanny kkkkkkkk

entah la kenapa
Cik Wanny tak boleh nak berbaik ngan Incik Dean
kecuali dia belikan satu bear yang sama besar ngan Cik Wanny
hahahaha
bukan-bukan!!!!
Cik Wanny rasa susah je untuk melupakan semua salah dia
sebabnya bila Cik Wanny nak merajuk bila
dia wat Cik Wanny macam ni
dia boleh plak hukum Cik Wanny dulu
mmmmmmmm
banyak-banyak Incik Dean membebel tadi
Cik Wanny juz balas "em"
Cik Wanny tau Incik Dean paling tak suka balas cam tu
tapi.. suka ati la!!!!
lepas tu Cik Wanny cakap
"boleh tak jangan membebel"
Incik Dean balas
"ooo... b membebel tak boleh,
yunk membebel boleh plak"
tgk!!!!!
nak gadoh jerrrrrrrrr

last sekali Incik Dean cakap
Incik Dean perasan lately ni
Cik Wanny jadi degil dan lawan cakap Incik Dean
mmmm... betul jugak tu..
dulu before dapat Incik Dean
Cik Wanny sabar je
ape yang Incik Dean cakap Cik Wanny ikut je
sekarang ni bukan ikut je
langgar jer semua dia cakap
its make me speechless
so juz balas "em"
yang paling tersentuh hati brutal Cik Wanny ni
bila dia cakap "jadi la macam dulu,
BAIK, LEMBUT, dan DENGAR KATA
baik??? betul tu
dengar kata?? pun betul
lembut??? lagi la betul sangat-sangat!!
eh..eh.. salah-salah..
bila masanya Cik Wanny ni lembut????
errkkkkkkkkk

OOOOO........
Cik Wanny pikir-pikir balik tadi
mmm..... EGOnya Cik Wanny
nape nak wat cam ni
dia dah sabar giler ngan Cik Wanny
kalau dia tak sayang Cik Wanny
dah lama dia tinggal Cik Wanny kan???
even Incik Dean pesan suruh tidur awal pun
Cik Wanny boleh jawab "malas"
saje je jawab cam tu sebab nak bagi dia hangat sikit
huhuhu
before Incik Dean tidur
my Incik Dean pesan kat Cik Wanny
fikir semua ni baik-baik
kemudian amik yang positif
dan buang yang negatif

SO
disini ape yang Cik Wanny boleh bagitahu
Cik Wanny still nak bekukan diri
daripada mengalah ngan dia
TAK KIRA!!!!





p/s: Incik Dean tak baca blog ni







Sunday, December 26, 2010

you are the first

mmmmm....
penat giler ari ni
Cik Wanny and the geng pergi beli barang
we all pergi Machang, Tesco, Lundang
pergghhhh!!!!
dari pukul 11 pagi sampai 11 malam
azab giler rasa kaki ni
berjalan sana sini
malam ni Cik Wanny sure
kaki Cik Wanny kejang masa tidur
ooooohhhhh!!!
tak sukanye!!

lepas siap beli semua barang
Cik Wanny and the geng punggah barang
yang kitorang beli ke gerai jualan
saja wat awal supaya pagi esok
kitorang tak kelam kabut
lepas siap punggah barang
we all naik ke bilik
dan we all packing barang-barang jualan
semuanya kitorang wat awal
sebab sem lepas masa kitorang wat jualan,
kitorang tersangat kelam kabut
so sem ni kitorang dah ada iktibar
so kitorang jadikan pengajaran

lepas we all siapkan semua keje
we all buat keje masing-masing
ada yang layan citer kat laptop
ada yang layan facebook
ada jugak yang layan laptop jer
hahahahaha
dan yang paling penting ada yang layan hati
siapa erkkk???
cuba teka...
jeng
jeng...jeng...
jeng..jeng...jeng
yang melayan hati dan perasaan tu adalah
Cik Wanny
huhuhu

Cik Wanny melayan perasaan sebab
hari ni kan Cik Wanny bz sangat
sampaikan tak sempat pon
nak layan mesej ngan Incik Dean
juz mesej biasa-biasa je
so bila dah siap semua keje tadi
Cik Wanny pun on9 facebook
then Cik Wanny call Incik Dean
Cik Wanny suruh dia on9
sebab Cik Wanny nak lepaskan rindu ari ni
dan MUNGKIN Incik Dean jugak
nak lepaskan rindu dia pada Cik Wanny

TAPI
harapan cuma tinggal harapan
bila Cik Wanny cal Incik Dean
dan dia juz jawab dia nak layan citer je
dia tak nak on9
so...ok la FINE!!!!
lepas ni jangan cakap Cik Wanny
tak kisahkan Incik Dean
bila Cik Wanny dah luangkan masa untuk Incik Dean
tapi Incik Dean yang tak nak
sooooooooooooooooooooooooooooooo
Incik Dean tau tak???
dah 2 malam Incik Dean wat
Cik Wanny tidur dengan sakit hati pada Incik Dean
dan wat Cik Wanny rasa susah hati

takpe la Incik Dean
wat masa sekarang Cik Wanny rasa
agak susah untuk kita kapel
bila kita kerje dalam satu pasukan
Incik Dean, pesan Cik Wanny...
juz jangan terlalu menduga hati Cik Wanny
suatu hari mungkin Cik Wanny
akan hilang perasaan pada Incik Dean
itu yang paling Cik Wanny takut
satu lagi pesan Cik Wanny
prinsip Cik Wanny dalam bercinta ialah
kalau sebuah kapel tu make a trouble
its better for being alone
Cik Wanny tak nak wat macam tu
tapi hati dan perasaan kita tak boleh paksa
dah kira nasib baik untuk Incik Dean sebab
Cik Wanny tak merajuk lama lepas
Incik Dean wat cam tu semalam

sunguh Cik Wanny tak suka berada
dalam situasi macam ni
i hate it very much
but dear...
i dont even know what is "cinta"
ape yang Cik Wanny nak bagitau
you are the first
ialah
1.u are the first who are
propose me to be ur girlfriend
2.u are the first who are like me very much
3.u are the first who are the
closest's boyfriend Cik Wanny ever had
4. u are the first who are giving me everything
5. u are the first who are always standing by me for everytime
SO????
dont ever be the first who are will be deleted by
me in my LOVE

the END.......




Saturday, December 25, 2010

___air mata percintaan____

Incik Dean
malam ni wat pertama kalinya
Incik Dea wat Cik Wanny nangis
dah la semalam Incik Dean cakap kasar ngan Cik Wanny
lepas hal semalam
Cik Wanny jadi tawar hati sangat2 ngan Incik Dean
hari ni kita mesej pun
Cik Wanny nak tak nak je mesej ngan Incik Dean
entah ar cam mane
Cik Wanny pun dah buntu nak pujuk hati sendiri

tadi masa kita makan ramai-ramai pon
Cik Wanny jadi bisu ngan Incik Dean
tapi Incik Dean still try nak bercakap
Cik Wanny betul-betul keliru
Cik Wanny sendiri tak tahu nak
cakap camne tentang perasaan Cik Wanny sekarang
Cik Wanny tak berani nak luahkan
takut nanti makan diri Cik Wanny

lepas kita makan
kita chatting kat facebook
Cik Wanny yang ajak Incik Dean chatting
tapi Cik Wanny yang wat hal kan???
Cik Wanny yang merajuk kuat sangat ngan Incik Dean kan???
tapi siyesly Cik Wanny tak reti nak berpura-pura
untuk wat-wat hepi dan berbual ngan Incik Dean
bila Incik Dean tanya Cik Wanny sayang Incik Dean ke tak
Cik Wanny boleh jawab "sayang kot"
ada kot kan???
Cik Wanny tau Incik Dean terasa hati
tapi nak wat camne
Cik Wanny dah serabut sangat-sangat
Incik Dean plizz la faham
plizz jangan tanya soalan pasal hati
wat masa sekarang ni
sebab Cik Wanny sekarang merajuk sangat-sangat
ngan Incik Dean

dulu before Cik Wanny terima Incik Dean
salah satu persoalan yang Cik Wani terfikir ialah
macam mane kita nak bekerja dalam 1 pasukan
bila kita dah kapel
Cik Wanny macam dah nampak masalahnya sekarang
bila kita macam ni
Cik Wanny susah nak kawal perasaan peribadi
bila kita sedang bekerja secara profesional
semua benda Cik Wanny buat
dah tak betul dimata Incik Dean
hurrrmmmmmm
:'(

Thursday, December 23, 2010

my feveret snackkkkkkkkk

ni merupakan feveret makanan Cik Wanny
suka makan bila-bila masa sahaja
dan boleh dimakan bila-bila masa yang anda suka
ramuan nye pun takde la susah macam nak wat kari ayam
juz keropok yang telah di goreng ngan milo ais
yang dalam gelas hijau tu sah-sah la milo ais
yang dalam bekas biru ni plak
merupakan keropok yang telah digoreng
dan telah dijadikan cebisan-cebisan yang kecil

cara makannya mudah sahaja
amik sesudu keropok
pastu masuk kan kedalam gelas milo ais
kacau dan makan keropok tu dengan air milo sekali
pastikan keropok tu tak terendam lama sangat
sebab kalau terendam lama
keropok tu akan jadi lembik
dan tak rangup lagi

part yang sedapnye bila makan tu
kita dapat rasa ikan dalam keropok
rasa sejuk sebab milo ais
dan dapat rasa milo tu sekali
caranya lebih kurang makan coco crunch ngan susu
(betul ke tak ejaan coco crunch ni?)

huhuhu
makanan ni boleh mengenyangkan kita
sebab sambil makan kita
dapat rasa air milo sekali
so its very easy laaaaaa
selamat mencuba
adiossss!!!!

Tuesday, December 21, 2010

Bergadoh kan asam garam bercinta


22 December 2010
hari ni la ari first Incik Dean marah Cik Wanny
dah penat Cik Wanny pujuk
tapi Incik Dean still marah Cik Wanny
kisahnya start sebelum-sebelum ni lagi
cuma pagi tadi baru sampai kemuncak

Incik Dean ni suka call Cik Wanny
start daripada bangun tido sampai la tido balik
bila Incik Dean call Cik Wanny
Cik Wanny ni pulak akan leka ngan blog dan facebook
so kadang-kadang bila bergayut
Incik Dean ni macam cakap sorang-sorang
then dia pun marah-marah Cik Wanny
cakap Cik Wanny lagi pentingkan online daripada Incik Dean
semalam sebelum tidur Cik Wanny tengok citer industan
tapi tak sempat nak abiskan sebab Cik Wanny nak tidur
pagi tadi bila Cik Wanny bangun tidur
terus Incik Dean call Cik Wanny
dan Cik Wanny pon terus sambung tengok citer sambil bergayut
lama-lama Incik Dean rasa Cik Wanny lagi leka tengok citer
daripada nak layan call Incik Dean
terusIncik Dean putuskan call
Cik Wanny pulak ingat terputus
so Cik Wanny dengan selamba badaknya layan citer sampai abis
Incik Dean lak terus tak call

Lepas tengok citer
Cik Wanny pergi makan pulak
lepas makan baru la Cik Wanny mesej Incik Dean
tapi Incik Dean tak balas
Cik Wanny call Incik Dean tak jawab
Incik dean pun tak call balik
pelik sungguh Cik Wanny rasa
lama-lama Incik Dean anta mesej suruh Cik Wanny
juz layan citer jangan layan dia lagi

oooooooppppppppssssssss!!!!!
Incik Dean majuk rupanyaaaa
lama-lama Incik Dean ngan Cik Wanny juz bermesej
lepas tu Incik Dean marah Cik Wanny sebab menipu Incik Dean
bila Incik Dean tanya Cik Wanny wat pe
Cik Wanny jawab tak wat pape
padahal Cik Wanny buka fb ngan blog
sebab tu la Incik Dean marah gilerrrrrrrrr
ngan Cik Wanny

lepas tu Cik Wanny pun pujuk Incik Dean
macam-macam la yang Incik Dean cakap kat Cik Wanny
Incik Dean cakap yang Cik Wanny ni tak sayang Incik Dean lagi
sebab tu dah pandai menipu Incik Dean
pastu semalam Cik Wanny janji tak nak tipu lagi
tapi ari ni Cik Wanny tipu lagi
Cik Wanny sebenarnya tak nak bagitahu sebab
nanti Incik Dean akan majuk dan cakap
Cik Wanny tak sayang Incik dean lagi

lepas lama-lama pujuk
Cik Wanny pun anta mesej simbol crying
tanda Cik Wanny sedih giler sebab
Incik Dean layan Cik Wanny cam tu
baru la Incik Dean call Cik Wanny
tapi Cik Wanny tak nangis pun
tup..tup.. bila Incik Dean call
Cik Wanny dengar yang Incik Dean sok sek sok sek
INCIK DEAN MENANGIS!!!!!
sebab Cik Wanny tipu dia
Incik Dean ingat Cik Wanny tak sayang Incik Dean lagi

Incik Dean........
betapa Cik Wanny rasa terharu
sebab Incik Dean menangis sampai macam tu sekali
menangis pulak sebab benda kecik cam tu
tu menunjukkan Incik Dean memang sayangkan
Cik Wanny sangat-sangat
sampaikan takut untuk kehilangan Cik Wanny
i love u too my Incik Dean

dan Cik Wanny juga rasa terharu
bila Incik Dean dah bagitau Puan Ma Incik Dean
yang Incik Dean dah ada kekasih hati
iaitu CIK WANNY
Cik Wanny bangga sangat ngan Incik Dean
huhuhu
Incik Dean berani bagitahu Puan Ma pasal kita
dan paling terharu Puan Ma suruh
Incik Dean jaga Cik Wanny elok-elok
sekali lagi ia membuktikan
Incik Dean tak main-main untuk menyayangi Cik Wanny

for Incik Dean yang online 12 kali setahun
hahahahaha
Cik Wanny menyayangi Incik Dean sampai mati
Cik Wanny juga mempercayai Incik Dean sepenuh hati
Cik Wanny dah tak ada apa-apa keraguan terhadap Incik Dean lagi
mmmmmuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhh


_____hari ni kita berjanji_____

dalam entrie ni juz nak share perasaan hari ni je
so hari ni dengan rasminya
Cik Wanny menyiapkan post
yang bertajuk
sebenarnya post tu dah 2-3 hari Cik Wanny plan
kalau buleehh nak wat yang terbaik
antara yang paling baik
sebab tu la makan masa
huhuhuhu

Cik Wanny rasa nak jadikan blog Cik wanny ni
sebagai pencoret setiap kisah antara Cik Wanny ngan Incik Dean
so jap lagi Cik Wanny akan tukar nama blog ni kkkk!!
hari ni Cik Wanny hepi sangat
Incik Dean mintak Cik Wanny berjanji
jangan tinggalkan dia
huhuhu
Cik Wanny boleh janji sangat-sangat la tak kan tinggalkan Incik Dean
sebabnya Cik Wanny ni kalau bukan Incik Dean yang nak
dah tak de orang nak tau tak??
Incik Dean lain la segak bergaya, dah la tinggi macam zirafah
hak3x

pastu Cik Wanny pun mintak Incik Dean berjanji
ngan Cik Wanny supaya jangan tinggalkan Cik Wanny
so hari ni
21 December 2010
Incik Dean ngan Cik Wanny berjanji
tak akan meninggalkan salah seorang
daripada kami melainkan
sudah ketentuan Ilahi kami tidak dijodohkan bersama

so Cik Wanny dah tak sabar sangat nak jumpa
Incik Dean ari sabtu ni
yes!!!
we all dah merindui satu sama lain
daaaaaaaaaaaaa

Sunday, December 19, 2010

__________My LoVe sToRy__________

tajuknye MY LOVE STORY yang akan mencerita semua persoalan korang
tentang kisah Cik Wanny dengan dia sebelum ni
post Cik Wanny yang sebelum ni merupakan kisah Cik Wanny sendiri
rentetan daripada post tu ada 2 lagi post
yang Cik Wanny tulis lepas tu sebenarnya berkait dengan
hubungan Cik Wanny kali ni yang agak special
alhamdulillah sekarang ni Cik Wanny dah declare dengan Incik Dean
selepas semua dugaan yang Cik Wanny lalui dengan sabar
selepas semua penantian
selepas semuanya
Cik Wanny sekarang ni cukup bahagia dengan kehadiran Incik Dean
MAKA bermulalah kisah
Mohamad Aminuddin bin Mohd Bayaki
dengan
Nurul Syazwani bt Mohamed

Cik Wanny sebenarnya tak tahu tarikh sebenar Cik Wanny kenal Incik Dean
sebetulnya Cik Wanny satu kokurikulum dengan Incik Dean
start daripada sem satu lagi iaitu
penghujung tahun 2009
pastu Cik Wanny start tahu kehadiran Incik Dean dalam kokurikulum(KO)
sama ngan Cik Wanny pada waktu Cik Wanny sem 3
sebabnya Incik Dean join untuk menolong kitorang buat keje
pada waktu tu Cik Wanny cakap
"ooo.. ni Amin Din nye"
sebabnya dalam KO Cik Wanny ni ada 3 orang amin
dan salah seorang daripadanya ialah Incik Dean
masa sambut bufday Cik Wanny kat restoran di Tanah Merah
member-member Cik Wanny ada ajak Incik Dean untuk join
at that time Cik Wanny juz takde pape perasaan
still juz seorang kawan dalam kerja Cik Wanny as a komander
lepas daripada tu pun Incik Dean ada join kitorang masa lepak-lepak kat fodkod
masa sambut bufday tiqah kat fodkod pun Incik Dean join jugak

so kesimpulanya Cik Wanny hanyalah kenal Incik Dean sebab
Cik Wanny sama KO ngan Incik Dean
kalau tak, sampai grad pon Cik Wanny tak tahu sape Incik Dean
perangai Incik Dean yang agak pendiam wat kan kami
sukar untuk berkomunikasi ngan Incik Dean
termasuk Cik Wanny yang memang giler-giler
tapi agak kaku untuk bergurau senda ngan Incik Dean

tanggal 16hb Oktober 2010
buat pertama kalinya Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong
Cik Wanny mintak Incik Dean pergi Mache untuk buatkan somtim
sebelum-sebelum ni tak pernah mesej kan???
tiba-tiba je Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong
nasib baik la Incik Dean ni baik dan nak tolong Cik Wanny
at the same time Cik Wanny mintak Incik Dean belikan KFC sekali
kat KFC pon ada kes yang lucu jugak
sebagai balasannya Cik Wanny belanja
Incik Dean makan kat fodkod malam tu
masa makan kat fodkod Cik Wanny duduk tepi Incik Dean
dan
yang paling buat Cik Wanny rasa dihargai bila Incik Dean sudi
bagi sapu tangan Incik Dean untuk sapu tangan Cik Wanny sebab tisu takde
ooohhh Incik Dean...so sweet
hehehehe
Incik Dean ni nampak je diam kan
yang penting Cik Wanny dah tau sedikit sebanyak perangai Incik Dean
yang orang lain tak nampak
memang Cik Wanny ni spesel la sebab dapat kenal perangai Incik Dean kan??
Incik Dean pon sama
disebalik ketidaksopanan Cik Wanny ni
Incik Dean dapat rasa perangai dalam diri Cik Wanny
yang orang lain tak dapat kenal dan rasa
betul tak Incik Dean???
yang penting Cik Wanny spesel untuk Incik Dean
dan Incik Dean spesel untuk Cik Wanny
start daripada Cik Wanny mesej Incik Dean untuk mintak tolong tu maka
berlanjutan la mesej-mesej antara kami

3 hari selepas tu bertarikh 19 Oktober 2010
our first outing to KBMall
diingatkan yer bukan DATING tapi outing bersama
hahaha
Cik Wanny ajak Incik Dean pegi KB untuk teman Cik Wanny
hantar hp Cik Wanny yang rosak kat kedai dalam KBMall
dan dengan berbesar hatinya Incik Dean SUDI
yabedabeduuuuuuuuuu!!!
huhuhu
hepi memang hepi tapi malam before pergi tu
there is somtim happen yang buat Cik Wanny kaku ngan Incik Dean
tapi nak wat macam mane
Cik Wanny dah janji nak kuar ngan Incik Dean
so kami still kuar
masa otw pergi tu Cik Wanny dengan Incik Dean diam je
hahaha malu atau pun Cik Wanny nak marah Incik Dean
sebab tu sama-sama diam
sampai kat KBMall je Incik Dean terus tanya Cik Wanny
"wani, marah aku ker?"
dan dengan tak ikhlasnye Cik Wanny jawab
"tak dok eh, tok maroh pom"
memang Cik Wanny sebetulnya tak suka
ape yang Incik Dean bagitahu Cik Wanny
malam before nak kuar tu
but, its still okay
lepas hantar telefon tu kat kedai tepon tu
Cik Wanny terus ajak Incik Dean pergi makan kat chicken rice shop
all the bill Cik Wanny yang bayar kkkkkkkk!!!!
ye la kan Cik Wanny yang ajak Incik Dean kuar
so takpe la kan
lepas makan2 Cik Wanny pusing-pusing ngan Incik Dean dalam KBMall
macam orang yang takde hala tuju
masing-masing still malu-malu kucim nak bercakap
lepas tu Cik Wanny ngan Incik Dean singgah kat kedai Parkway
Cik Wanny belikan Incik Dean satu penggantung enset
penggantung enset yang boleh susun huruf
Cik Wanny bagi word "fwenz" kat Incik Dean
yang bermaksud kawan
ada maksud disebalik fwenz tu
untuk Cik Wanny, Cik Wanny belikan sebentuk cincin
permatanya berbentuk hati warna pink
semua cakap cincin tu kiut tapi cincin tu dah hilang
nak tak nak lepas ni Cik Wanny kena cari jugak cincin tu
tu je la kenangan first outing Cik Wanny ngan Incik Dean
tapi sekarang Cik Wanny tak tahu mana pergi cincin tu
masa tu jugak Cik Wanny belikan 2 ekor bear yang kecik untuk ema dan tiqah
juz untuk tutup mulut diorang daripada mengata Cik Wanny
sebab kuar ngan Incik Dean ari tu
hahahahahahahaha
menarik tak plan Cik Wanny
huhuhu

bila dah boring kat dalam tu
Cik Wanny pun ajak Incik Dean balik UiTM kat Mache
so dengan sabar nya kami menunggu bas tengah panas
depan stesen minyak tepi Courts Mammoth
2 kali terlepas bas sebab kami leka berbual
(bertentang mata sebenarnya)
ye la Incik Dean asyik tengok Cik Wanny bercerita itu ini
mulut becok kan ada je benda nak cerita
at last kitorang berjalan daripada KBMall sampai dalam bandar
agak jauh dan panas sebenarnya
tapi sebabkan Cik Wanny jalan berdua ngan Incik Dean
yang panas pun rasa cam saljikan???
ada pulak salji kat qlate ni yer?
sampai je stesen bas kitorang naik bas no 5 balik ke Mache
seingat Cik Wanny malam tu pulak Cik Wanny still lepak
ngan Incik Dean kat fodkod
malam tu banyak citer perihal diri Incik Dean yang Cik Wanny tau

bermula la proses perkenalan kami sehinggakan
terjadi beberapa konflik yang tidak diingini
pernah sekali Incik Dean datang umah Cik Wanny
huhuhu
buat aper???
saje jalan-jalan kenal umah Cik Wanny
semua konflik tu Cik Wanny tak kan citer kat sini sebab
ia melibatkan banyak pihak
so let me keep it as my secret kkkkk.....
pernah sekali kami gadoh besar
sampaikan Cik Wanny hilang seluruh kepercayaan dan
kasih sayang Cik Wanny untuk Incik Dean
waktu tu hari raya haji malam
sampai hati Incik Dean marah-marah Cik Wanny
sampaikan tak nak Cik Wanny kontak Incik Dean lagi kan
esoknya Cik Wanny tak mesej Incik Dean
Cik Wanny wat ape yang Incik Dean mintak
tapi last-last Incik Dean jugak pujuk Cik Wanny
hahahaha
bahagia tul!!!!

pernah sekali Cik Wanny bagitahu Incik Dean
yang Cik Wanny nak terima balik ex Cik Wanny
Incik Dean bagi je Cik Wanny terima dia balik
tak sayang Cik Wanny ker????
ok la fine!!!
dengan sedihnya Cik Wanny terima dia balik
tapi tak lama sebab dia ada niat lain kat Cik Wanny
lepas tu Cik Wanny kontak Incik Dean balik
Incik Dean pun hepi kan???
2hari lepas, Incik Dean citer yang Incik Dean sebenarnya sedih
bila Cik Wanny bagitahu Cik Wanny nak terima ex Cik Wanny
dah tau diri tu sedih pastu tak nak bagi Cik Wanny wat cam tu
bagitahu je la kat Cik Wanny
Cik Wanny pun tak nak sebenarnya
huhuhu
tak pe la benda dah lepas kan
so biar je la

buat kali keduanya kami kuar lagi
pada tarikh 8hb December
masa tu Cik Wanny nak pergi amik kamera Cik Wanny
kat sony center Kota bharu
so kali kedua kami outing lagi
hehehehe
kali ni kami dah agak mesra
tak macam first outing kita kan???
kali nie kita dah balance
ada benda yang Cik Wanny bayarkan
dan ada benda Incik Dean bayarkan
Incik Dean belikan 2 benda ni untuk Cik Wanny

boleh la Cik Wanny guna masa pergi UiTM Shah Alam
wat lapik kepala masa atas bas
dan peluk time sejuk
pastu wat berebut ngan Incik Dean masa atas bas kan???
hishhh kalau tahu berebut Cik Wanny bawak dua-dua

10hb December
otw kita pergi Shah Alam
kita duduk sekali atas bas
hampir ke pukul 12 tengah malam
Incik Dean lamar Cik Wanny untuk jadi kekasih Incik Dean
macam biasa disebabkan konflik-konflik kita sebelum ni
Cik Wanny tak excited pon Incik Dean mintak macam tu
lagipun disebabkan semua tu
Cik Wanny tak yakin pon Incik Dean sayang Cik Wanny betuk-betul
Cik Wanny juz mintak Incik Dean settlekan semua masalah Incik Dean
kemudian baru fikirkan pasal Cik Wanny
lepas tu kita pon juz bual-bual macam biasa
dekat R&R Benta Incik Dean belanjaCik Wanny makan
huhuhu
suka tul ada orang belanja ni
hahahaha

masa kat Shah Alam pulak
Incik Dean ngan Cik Wanny dah macam belangkas
kat mane-mane mesti duduk sama
buat pape pun mesti sekali
time dapat jumpa kita berkepit
time tak dapat jumpa lak kita bergayut
hahahaha
Incik Dean wat Cik Wanny rasa hepi sangat-sangat
Cik Wanny suka sangat ngan layanan Incik Dean kat Cik Wanny
bahagia!!!!
waktu tu pulak Cik Wanny tak berape sihat
tak lalu makan sebab sakit gigi
tapi bila Incik Dean dah paksa-paksa
Cik Wanny pon makan je la
hari perasmian jumbori SISPA
Cik Wanny hampir pengsan sebab Cik Wanny penim
Incik Dean dengan selamber badaknya
juz pergi makan lepas tu tanpa tanya Cik Wanny ni ok ke tak
dengan tawar hatinya Cik Wanny terus balik bilik
tanpa makan dan minum tengahari tu
bila dah lama baru Incik Dean anta mesej tanya Cik Wanny kat mane
kalau nak mati tu kan dah lama kot Cik Wanny mati
Incik Dean lak masa tu baru nak mesej kan????
sebabkan masa tu Cik Wanny sakit hati ngan Incik Dean
Cik Wanny suruh Incik Dean settlekan semua
masalah Incik Dean waktu tu jugak
lepas tu Incik Dean settlekan masalah Incik Dean
so dengan rasminya Incik Dean dah SINGLE
dan Cik Wanny pun dah lembut hati boleh terima Incik Dean

masa OTW balik kat SOGO pun
Incik Dean jaga Cik Wanny dengan baik sekali
hehehehehe
ye la Cik Wanny kan jakun sebab tak pernah sampai
tempat-tempat macam ni
masa balik pun kita still duduk sama-sama atas bas
Cik Wanny suka la moment ni
masa kat SOGO pun kita survey jam kapel
lepas tu Incik Dean cakap kat Cik Wanny
kita pegi cari jam kat KBMall sebab sekarang ni kan
ada YES (year end sales)
hooreeeyyy!!!
tq Incik Dean sebab sudi bagi jam kapel untuk Cik Wanny

bahagia sangat
tenkiu Incik Dean
pada hari jumaat bertarikh 17 December 2010
secara rasminya kita declare as a couple
tenkiu Incik Dean
Cik Wanny terharu sangat sebab Incik Dean selalu cakap
Cik Wanny membahagiakan
hidup Incik Dean
Incik Dean pon sama sebab membahagiakan hidup Cik Wanny
yes!!! kita pelengkap hidup masing-masing
19 December 2010 merupakan tarikh yang paling sweet untuk kita
its our first date
kita kuar kali ni sebabnya nak cari jam kapel
banyak kali kita pusim kedai-kedai jam kan???
Cik Wanny pulak dah ada yang berkenan tapi takut Incik Dean plak tak suka
last-last kita decide untuk beli jam ni

lawa tak???? hehehehe
RM somtim

yang atas tu jam untuk Incik Dean
yang bawah lak untuk Cik Wanny
SWEET tak????

tangan Incik Dean pakai jam
baru prasan tangan dia ada tahi lalat

tangan Incik Dean ngan tangan Cik Wanny
yang cerah sikit tu sure-sure la tangan Cik Wanny
yang gelap sikit tu tangan Incik Dean
comeyyynyerrrrrrrrr

candid time Incik Dean skodeng henpon Cik Wanny

ni jugak Cik Wanny dapat 1 MP3 dari Incik Dean
sebab Incik Dean tahu Cik Wanny suka dengar lagu
tapi kadang-kadang Incik Dean rimas
sebabnya time gayut ngan Incik Dean pon Cik Wanny boleh
pasang lagu kat laptop
nanti Incik Dean pot pet pot pet cakap lagu tu bising
so kena la tutup lagu tu
tapi kalau Cik Wanny yang nyanyi suka lak Incik Dean dengar
padahal suara macam teeettttttttt!!!
hahahahahaha
kali ni pulak Incik Dean yang bayarkan semua
adil tak???
hahaha
tambang pergi dan balik je yang Cik Wanny bayar sendiri
biasalah kalau pompuan yang bayarkan
orang akan cakap lelaki tu dayus
tapi kalau lelaki yang bayarkan orang akan cakap
memang patut pun dah nak bawak kuar anak dara orang
huhuhu
tu baru orang kata pergi date kan???

ini SAHAJA setakat ni
hope kami kekal hingga akhir hayat
doakan kami k
for somebody i juz want to say SORRY

HOPE EVERYONE ENJOY K!!!!











Friday, December 17, 2010

Anak Sedara Baru




Bertanggal 10hb December 2010
tercatat lagi satu sejarah kelahiran dalam keluarga aku
anak sedara ketiga yang bernama MOHD KHAIRIL DARWISH
merupakan perkongsian hidup abang sulong aku
ngan wife dia
dia lahir pada 10hb december pada waktu malam
ALHAMDULILLAH dia sihat
esoknya baby dan si ibu dah boleh balik umah
aku lak lepas seminggu baru boleh pergi melawat
sebabnya tarikh dia dilahirkan aku dah otw ke uitm shah alam untuk jumbori
so ni ada sedikit sebanyak gambar yang aku amik masa tengok dia


ni la baby yang nama
MOHD KHAIRIL DARWISH

NUR KHAIRINA DANISHA pun sibuk nak riba adik dia

my mom riba cucu ketiga
hepi yerr...
mengasuh la tak lama lagi
hahahaha

muka cha tak nak bagi aku amik adik dia
hahahaha





Jumbori SISPA di UiTM Shah Alam



jumbori SISPA kat UiTM Shah Alam ni diadakan
pada 12hb hingga 16hb December
antara ipta atau ipts yang join adalah
UMK, USIM, UMS, UKM, USM, UNIKL dan bla..bla..bla..
diorang tu datang bertanding, kami ni datang sebagai pemerhati jer..
huhu.. kami bertolak daripada uitm kelate pada hari sabtu.
pagi esoknya kami jalan-jalan kat JJ Bukit Raja.
Pastu dalam pukul 3 kitorang pegi uitm shah alam
untuk daftar dan semua peserta menginap kat kolej mawar.
hari pertama takde pape, malam tu pon takde pape
juz briefing dari ketua sikit then boleh la tidur.
dapat kucim gatal
hahaha
masa waktu pagi time nak g bekpes

sambil2 tunggu jejaka SISPA bersiap
kami berposing di pagi hari
sebagai kenangan masa menginap kat puncak perdana

sempat juga berposing ngan tugu puncak perdana ni

ada tak nampak muka kenyang nasi kandar???
hahaha
baru lepas bekpes ngan nasi kandar

masa kat cinema sebelum tengok NGANGKUNG


hari kedua lak kitorang ada raptai pembukaan pada waktu pagi,
kol 10 lak terus perasmian yang betul-betul.
daaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn
masa perasmian tu aku hampir PENGSAN.
tapi nasib baik la aku sempat duduk lau tak
aku jatuh bedebuk pastu takde orang larat nak angkat.
hahahaha. duduk la aku kat belakang tu kat bahagian medik.
terus aku rasa lemah je badan. makan pun aku tak nak.
minum pun aku tak nak.
terus balik bilik dan tidur sampai pukul 5 lebih.
padahal kol 2 lebih tu ada sukan tapi aku skip la sebab dah tak sihat.
malam pulak still tak de wat pape.
free je masa kitorang.
ni la kontijen UiTM Kelantan
tapi pada masa ni aku dah out sebab nak pengsan

gambar kenangan depan stage hari perasmian
still sama aku duduk tepi jer
takde mood nak bergambar

tengok yang tunduk tu!!!!
aku la tu
rasa penat jer
masa tu masa maka
tapi aku tak nak makan
tq to pesa ngan amin sebab sudi amik kan aku air

masa ni maybe lepas dah join sukan kot..
tapi korang join ker??
wahahaha
dah la turun lambat!!!
semua terlepas kan??
tengok aku
terus tidur jee
hahahaha

ni pasukan sorak
oyeaaa!!!!

hari ketiga, ada program derma darah
dan semua aktiviti kemahiran wat pertandingan masatu jugak.
aku lak hampir je nak pengsan semalam ari ni lak aku derma darah.
huhuhu. kesimpulannya, tekanan darah aku rendah
tapi still boleh derma darah.
aku pun derma je la. lepas tu kitorang pergi jalan-jalan
kat pameran SISPA sambil tengok-tengok pertandingan yang ada.
amik gambar kat dalam stadium shah alam dan sekitarnya.
lepas tu apa lagi kitorang pergi makan tengahari.
waktu petang tu kitorang ingatkan free
rupa-rupanya ada raptai untuk penutup.
masa tu tak lama pon berdiri, tapi aku still rasa penim nak pengsan.
mmm... ape la nasib badan aku nih. lepas raptai terus balik bilik
nd get ready untuk g dewan seri budiman untuk forum.
lepas forum pulak baru la bolehh tidur lagi.
nampak tak tanda biru kat kertas tu?
tu menandakan kami semua berdarah O
kami semua memang pemurah yer
hehehe

aku dah derma darah

this is Melly
dia kawan saya
saya sayang dia....

amik gamabr kenangan ngan bas JPAM
dalam tu ada pameran
siap dapat lencana 1 malaysia lagi
huhu

ni masa dalam bas
sempit jer
tapi cukup la untuk amik gambar

motor2 berkuasa tinggi daripada JPAM

Still dalam bas JPAM
atas padang dalam stadium Shah Alam

hehehehe
kiut tak yang tengah minum air

mmmmmm........

tengah tunggu John nak panggil masuk untuk raptai

aku jadi model tiang ngan my biey

fahmi pon jadi model tiang jugak ker???
kurus je
hahaha

ni model tiang versi pompuan

komander-komander SISPA yang ayu bila pakai baju kurung
hahahaha
selalu ngan berseluar dan tshirt je


hari keempat kitorang ada raptai lagi untuk penutup. pada masa yang sama
ada yang join explorace so sape yang tinggal je la yang kena HADAP segala raptai tu. huhu.. memang azaaabbbb la dengan mengadap matahari yang baru naik tu. dapat blusher free kat muka sebab terbakar masa berdiri untuk raptai. lagi bertambah azaaaabbbnye bila pukul 2.30 petang matahari tengah meliplap kat atas kepala tu kami still berdiri untuk raptai tu!!!! eee... geram giler. muka dah la terbakar, pastu malamnye ada dinner lak. so macam mane nak make up??? make up la jugak walaupun kelabu asap dah muka ni. lagi azaaaabbbbnyeeeeee datang lawa-lawa urusetia suruh duduk LUAR dewan!!! ok fine! huh!! dengan sakit hatinya kami semua makan kenyang2 pastu terus pergi melepak kat fodkod.
ni antara wakil yang masuk explorace

muka bajer berdisplin dalam baris
padahal
mmmmm
hahaha
aku tak nak cakap pape

senyum lagi dalam baris!!!
turun 10
kejuuuuuuuuuu!!!
hahaha

ni pon sama
tau ar kiut
tak payah tunjuk kiut dalam baris la
hahaha
yang amik gambar ni nape bergerak2 dalam baris???

yak boktam!!!
tidur lak
biasa la dah penat kat padang kawad
dapat pulak masuk dlaam dewan ada ekon
layannnnnnnnnn
zzzzzzzzzzzzz

masa dinner
pewiiiiiiiiitttttttttttt
hahahaha

muka-muka ayu nak skip dinner
nak lari pegi lepak kat fodkod

masa tengah lepak kat fodkod


hari kelima dan hari terakhir, pagi-pagi lagi dah berbaris untuk penutup jumbori. eeemm dah la kami ni berdiri, tunggu lak sorang-sorang dato datang... dasar VIP kalau tak lewat x sah keVIPnya. huh!!! nasib baik aku tak pengsan. dah siap acara kat padang kawad masuk lak acara kat dalam dewan seri budiman. acara dalam dewan bagi kami ialah TIDUR setelah penat berdiri hahaha... rosak majlis. bila dah abis kat dewan kami semua pon bergegas balik kolej untuk makan dan mengemas barang untuk pulang ke UITM KELANTAN.
HUHU
masa tengah tunggu VIP untuk pentauliahan PKS
lama giler so kitorang berposing la dulu

kenangan ngan dewan sri budiman lepas majlis kat dewan
ahak!!!
cun x???

ni antara semua komander yang terlibat dalam jumbori ni
masa ni tengah tunggu bas2 datang amik kitorang untuk balik ke kolej mawar