KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Saturday, February 5, 2011

Kota Bharu AGAIN!!!!

hari sabtu, 5hb Februari 2011. sekali lagi Cik Wanny pergi ke Kota Bharu untuk bayar broadband. so dalam pukul 9 Cik Wanny dah bersiap-siap. lepas mandi pergi makan nasi pagi dulu. hahaha. then kuar umah pergi tunggu teksi. agak azab la nak lintas jalan sebab kereta puyer la banyak tak putus-putus. dah dapat menyeberang jalan teksi la plak takde!!! huh..

setelah sekian lama menunggu teksi baru la Cik Wanny dapat naik teksi dan menuju ke Kota Bharu. otw pergi sana, pak cik teksi tu amik penumpang kat mulong which is she is my ex roomate time form 4!!! nama dia atiqah. hehehe.. dia nak pergi KBMall. wat pe tak tau la kan. hehehe.. juz bual sikit-sikit jer. then sampai Kbmall dia pun turun dan Cik Wanny turun kat kota bharu.

lepas turun daripada teksi, Cik Wanny menuju ke Bank Islam untuk drawing duit sikit. lepas kuarkan duit baru la Cik Wanny pergi ke Maxis Center. kat sana pun agak banyak urusan sebab nak kena check dua baki akaun broadband iaitu broadband dulu dan yang kini. lepas bayar semua baru la Cik Wanny menuju ke pusat bandar balik by walking okkkkkkk....

Cik Wanny beli apam balik 2 biji, putu dua plastik. pastu terus Cik Wanny pergi tunggu teksi. tapi takde penumpang lain untuk cukupkan sebuah kereta. lepas lama Cik Wanny tunggu, Cik Wanny pun blah pergi stesen bas tapi kat sana pun sama bas takder!!! so berdiri la Cik Wanny kat situ sambil tunggu mak cik jual etok buka gerai.

bila dia dah buka gerai, Cik Wanny pun terus pergi beli etok rm2 dan kacang rm1. tapi ada ke patut dia bungkus kacang tu 2 ringgit jugak.. BENGOM!!! dah tak cukup duit kecik aku. nak bayar tambang rm 3 nak bayar etok ngan kacang patut rm 3 je dah jadi rm4. pastu bila aku bagi rm10 boleh jer dengan selambanyer dia nak duit kecik. bengom!!!!! aku tekad tak nak beli pape lagi kat gerai mak cik ni. agak biadap bukan takat ngan aku tapi ngan customer lain jugak. baru jual etok. kalau jual kereta aku tak tahu la berlagak camner lak kan???

aku pun pergi tunggu teksi lagi dan dapat balik umah tapi jalan jam teruk giler. daripada kota bharu sampai umah aku kat kadok dan dari kadok tu jam lagi sebab ada traffic light kat ketereh. perhhh azabbb giler.. tak bergerak pun kereta-kereta ni beratur tunggu lampu hijau. kesian... nasib baik umah aku dekat jer before traffic light kan... ni semua cuti raya cina punyer pasal. sebab nyer cuti ni bertembung ngan cuti sekolah dan cuti midsem pelajar universiti.

THE END








No comments: