KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Saturday, November 20, 2010

TeRiMa KaSiH AllAH

***CERPEN NI AKU NUKILKAN PADA MASA AKU SEM 3.. UTK SERTAI SATU PERTANDINGAN MENULIS CERPEN.. AKU DAPAT NO 1..


Tatkala aku asyik memerhatikan ketenangan air tasik yang beralun lembut di tiup angin petang yang mendamaikan, aku terpesona dengan kelincahan 2 ekor angsa yang berenang-renang saling berkejaran. Terdetik perasaan cemburu aku kepada angsa-angsa ini kerana tiada sesiapa pun tahu betapa bergolaknya hati dan perasaan aku di saat ini. Betapa indahnya kemesraan pasangan itik ini, dapat berenang bersama di dalam tasik pada waktu yang mendamaikan begini. Namun, keindahan panorama petang ini hanya dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai kehidupan yang sempurna sahaja. Pernahkah aku terfikirkan kehidupan yang sempurna itu seperti siapa? Sedangkan seluruh alam tahu tiada yang sempurna melainkan Allah yang satu. Terus aku beristigfar kerana telah terlupa kesempurnaan itu hanyalah milik Dia.


Petang yang beransur pergi memberikan ruang pada sang malam melabuhkan tirai dan seterusnya membenarkan matahari berlalu untuk memberikan sinaran cahayanya di tempat yang lain. Aku terus pulang ke rumah aku yang berhadapan dengan tasik itu. Aku menuju ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Hari ni juadah berbuka aku biasa sahaja. Semasa di Bazar Ramadhan tadi aku terliur dengan ayam percik yang dibakar, terus aku beli sebungkus ayam percik itu untuk berbuka dan bersahur nanti. Aku hanya perlu memasak nasi sahaja memandangkan ulam-ulaman juga telah aku beli dari bazar. Tepat pada waktu berbuka aku terus membaca doa makan dan menjamu perut aku yang sememangnya lapar setelah berpuasa sehari suntuk. Usai berbuka aku terus membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab aku pada yang Esa. Sebaik sahaja aku selesai berdoa, aku terdengar lagu “the choosen one” nyanyian dari seorang penyanyi nasyid moden tetapi islamik nyaring berbunyi daripada telefon aku. Kagum sungguh aku dengan kemerduan suara penyanyi yang mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya. Tanpa berlengah lagi aku terus mencapai telefon. Tertera nama Iqram yang membuat panggilan masuk. Iqram seorang insan yang dulunya aku pernah memberikan kasih sayang yang tiada bandingannya. Namun bukan lagi pada waktu ini selepas apa yang dia lakukan pada aku. Hati aku tertanya apa yang dia mahukan sehingga berani menelefon aku lagi. Tanpa membuang masa aku menjawab panggilan Iqram.“Assalamualaikum.” Aku memberikan salam terlebih dahulu. Dia agak gagap menjawab panggilan aku. Mungkin dia terkejut kerana aku menjawab panggilan dia. Iqram, aku bukan seorang pendendam yang akan membencimu untuk selamanya.

“Waalaikummussalam, awak sihat ke? Kenapa sekarang ni awak manjauhkan diri awak daripada saya? Awak tahukan saya menyayangi awak lebih daripada segala-galanya? Sampai hati awak layan saya macam ni.”kata Iqram bersungguh-sungguh dengan nada yang agak kecewa.

“Iqram, dulu saya pernah menyayangi awak, tapi tidak lagi pada waktu ini dan saya akan pastikan saya juga tidak akan pernah menyanyangi awak lagi.” Ucap aku lembut agar tidak terguris hati dan perasaannya. Tapi selembut mana pun aku ucapkan ayat itu, tak mungkin tidak akan mengguriskan hatinya.


“Wana, awak dengar dulu penjelasan saya. Saya memang bersalah kerana berlaku curang di belakang awak. Tapi maafkanlah saya Wana. Saya menyesal sangat dan saya janji tak akan mempermainkan awak lagi. Saya tahu awak masih sayangkan saya. Berilah peluang kepada saya untuk menebus kesalahan saya.” Pujuk Iqram dengan nada yang merayu. Hati aku beku untuk menerima dia buat kali kedua.


“Awak tahu saya masih sayangkan awak, tapi awak tak tahu yang saya sudah melupakan awak.” Habis sahaja ayat itu aku tuturkan pada Iqram, aku terus tamatkan perbualan dengan mematikan telefon aku. Aku tahu dia akan menelefon aku lagi untuk merayu supaya aku kembali bersama dengannya. Hati aku dah tertutup rapat untuk menerima kau kembali Iqram. Kembali bersama kau akan menjadikan kesilapan paling besar dalam hidup aku.


Terimbau kembali saat aku keluar bersama rakan sepejabat aku untuk makan tengahari pada bulan lepas. Sewaktu aku asyik menikmati nasi ayam kegemaran aku, mata aku tertumpu pada seorang wanita yang asyik berbual mesra dengan seorang lelaki yang aku cukup kenali. Lebih terkejut apabila lelaki tu memaut pinggang perempuan di sebelahnya dan tiada tanda tolakan yang menandakan ketidakselesaan daripada perempuan yang dipeluknya. Aku beritahu kawan aku untuk ke tandas. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke tempat dimana Iqram sedang bermesra dengan teman istimewanya. Ternyata dia terkejut dengan kehadiran aku, aku tersenyum di hadapan dia dan menunjukkan betapa kecewanya aku pada dia. Sebelum dia sempat berkata-kata aku terus memutuskan hubungan aku dengan dia dan mengucapkan selamat berbahagia. Terus aku menuju ke meja makan dan mengajak kawan-kawan aku pulang ke pejabat. Kawan-kawan aku yang agak terkejut terus mengikut sahaja melihatkan aku yang sudah menangis. Apabila mereka terlihat Iqram dan perempuan disebelahnya, mereka faham apa yang terjadi pada aku. Walaupun Iqran laju mengejar aku, namun kawan-kawan aku lebih laju menyekat dia daripada mendekati aku. Sejak daripada itu, aku nekad melepaskan Iqram tanpa ada sedikit pun penyesalan dan aku tidak akan menoleh lagi.


Pada akhir-akhir ini, aku terlalu mengikutkan perasaan sehinggakan aku terlalu mempersoalkan kenapa hubungan aku dengan lelaki sebelum-sebelum ini tidak pernah kekal lama. Kenapa aku selalu dipermainkan oleh insan yang bergelar lelaki. Aku pun tidak tahu apa salah aku hinggakan aku dihukum begini oleh Allah. Di dalam setiap perhubungan aku, aku meletakkan setia dan kepercayaan aku pada mereka. Namun akhirnya aku ditinggalkan dan dipermainkan. Sehinggakan sampai suatu tahap aku meletakkan lelaki sebagai musuh aku. Namun perasaan itu tidak lama. Apabila aku dibuai rasa indah di alam percintaan, aku akan melupakan perasaan itu, tapi perasaan itu akan menguasai aku lagi apabila aku gagal mengawal perasaan akibat ditanggalkan oleh mereka.


Hari ni merupakan 5 Ramadhan, selepas aku menunaikan solat terawih di surau yang berdekatan dengan rumah aku, aku terus menuju ke bilik aku untuk melelapkan mata kerana pagi esoknya aku perlu bangun bersahur. Tapi susah betul mata aku nak lelap. Aku mencapai sebiji novel yang tersusun di atas meja tepi katil aku. Tanpa aku sedar, aku terlena dengan mendakap novel di dada. Apabila aku terjaga, aku dapati seorang lelaki berjubah putih berdiri di hujung katil aku sambil memegang sebuah Al-Quran. Dia merenung aku dengan muka yang agak garang kemudian menyuruh aku mengambil wudhuk. Aku seperti seorang yang bodoh mengikut arahan lelaki itu. Aku menuju ke bilik air dan membasahkan anggota-anggota badan aku bagi meratakan air pada anggota badan untuk berwudhuk. Apabila keluar daripada bilik air, terhampar dua sejadah didepan katil aku dan sejadah yang agak terkebelakang itu terdapat telekung solat aku. Aku menyarung telekung solat aku dan berdiri di belakang lelaki itu untuk menjadi makmumnya. dia memberitahu aku dia akan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat. Selesai aku mengaminkan doa yang dibaca oleh lelaki itu, dia terus ghaib daripada pandangan aku. Apa yang ada hanyalah sejadah yang digunakan oleh lelaki itu. Sayup-sayup kedengaran bunyi jam loceng aku menandakan sudah pukul 5 pagi. Aku tersedar daripada mimpi aku yang pelik itu. Kemudian aku menyedapkan hati aku dengan mengatakan mimpi itu mainan tidur. Aku terus ke dapur untuk bersahur kemudian membersihkan diri sambil menunggu azan subuh. Selesai solat subuh aku terus bersiap untuk ke pejabat aku di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.


Tanpa aku sedar mimpi ni berlarutan sehingga hari ke 8 Ramadhan. Aku tertanya-tanya apakkah maksud mimpi ini sehingga mengekori aku selama 3 hari berturut dengan mimpi yang sama dan perlakuan yang sama. Aku bertekad malam ni, aku akan bangun pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat taubat. Malam itu, aku bangun pukul 3 pagi dan terus menunaikan solat-solat sunat hajat itu dan menyambung tidur aku kembali. Apabila aku bangun bersahur pada pukul 5 pagi, aku tidak lagi didatangi mimpi itu lagi. Sejak daripada itu, aku terus mengamalkan solat sunat di tengah malam itu dengan seikhlas hati aku. Selepas itu juga aku merasakan hati aku sungguh tenang, perasaan aku tidak lagi menyoalkan kenapa takdir melayan aku begini. Pada 27 Ramadhan, sekali lagi aku didatangi lelaki berjubah putih tapi dalam keadaan berbeza. Mukanya dimaniskan dan dia menyebut satu ayat yang membuatkan aku terkejut kerana dia seperti memahami aku. “cinta yang satu hanya untukNYA, cintailah Dia dengan sepenuh hatimu semoga dia menemukan jodoh yang terbaik untuk mu. ” habis sahaja dia mengucapkan ayat itu untuk aku, aku terus terkejut dan tanpa aku sedari aku telah menangis tanda penyesalan aku kerana kau terlalu mengejar cinta dunia sedangkan cinta yang agung itu aku aku tak pernah tefikir untuk mendapatkannya.


Sebaik sahaja perasaan aku redha, aku bangkit daripada katil aku dan menunaikan rutin-rutin aku di tengah malam. Namum ruitn aku pada hari ini agak berlainan kerana selepas subuh aku akan menuju ke kampung halaman aku kerana lagi 3 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari raya aidilfiri. Aku akan pulang untuk bertemu dengan ibu dan ayah tercinta. Aku juga gembira kerana Ramadhan pada kali ini memberi makna yang sepenuhnya kepada aku dalam pengertian yang sebenar. Pada hari sebelum lebaran rumah aku agak meriah dengan bermacam persediaan. Aku juga gembira dengan kemeriahan keluarga aku yang agak besar. Di dalam adik beradik aku seramai 8 orang, hanya kau yang masih bujang walaupun aku anak yang ke 5.


Pada hari raya pertama keluarga kami dikejutkan dengan kedatangan saudara kami yang agak jauh dan sudah lama tidak berhubung. Namun tidaklah kami terkejut jika niat meraka sekadar datang berziarah, yang kami panik ialah tujuannya datang membawa hajat melamar aku untuk anak meraka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di timur tengah. Aku sungguh terkejut dengan niat mereka, nasib baiklah emak meminta tempoh agar aku dapat berfikir dengan semasak-masaknya. Malam itu selepas aku solat sunat tahajud dan solat sunat taubat, aku melanjutkan ibadat aku dengan menunaikan solat sunat istikarah. Selepas solat, aku terus tidur dan kali ini tidur aku didatangi mimpi itu lagi. Bezanya kali ini lelaki berjubah putih itu datang kepada aku sambil tangannya dihulurkan pada aku tanda mengajak aku pergi bersamanya. Tetapi apabila aku menggapai tangan lelaki itu, dia hilang dan au terjaga daripada mimpi. Selepas seminggu aku didatangi mimpi pelik itu, keluarga saudara aku datang lagi untuk bertanyakan keputusan aku. Emak menasihati aku agar menerima sahaja lamaran ini kerana lelaki itu mempunyai ilmu agama yang baik kemudian hubungan yang dulunya terpisah bolrh dirapatkan.


Memandangkan tiada satu pun halangan dari keluarga aku, maka aku pun menerima sahaja lamaran ini kerana aku sendiri pun tidak terikat dengan sesiapa. Malam itu mimpi lelaki berjubah putih datang lagi. Kali ini aku dapat menggapai tangan lelaki tersebut, dan dia membawa aku ke subuah tempat yang sangat indah tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata. Apabila aku tersedar daripada mimpi itu, aku terfikirkan adakan lelaki ini ada kaitan dengan hidup aku dan keputusan aku menerima lamaran tersebut. Semakin aku fikirkan hal ini makin aku menemui jalan buntu lantas aku biarkan sahaja persoalan itu menjadi satu tanda Tanya dalam hidup aku. 2 minggu selepas itu berlangsung la hari pertunangan aku dengan seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah jumpa. Selepas ibunya menyarungkan cincin pertunangan pada aku, seorang lelaki yang merupakan tuning aku masuk menemui aku. Sebaik sahaja aku mengangkat muka untuk melihat tunang aku, terus sahaja aku menyebut subhanallah. Dalam hati aku terdetik rupanya sama dengan lelaki berjubah putih yang selalu mendampingi aku didalam mimpi.


Seminggu sebelum majlis kahwin kami, dia telah mengajak aku untuk keluar membeli barang-barang hantaran kami. Semasa kami keluar bersama, aku telah menceritakan pasal mimpi-mimpi ini kepada dia. Dia juga terkejut kerana selepas emaknya memberitahu yang keluarganya akan melamar aku untuk dia. Dia telah menunaikan solat istikarah untuk meminta kepastian jodohnya pada 1 Ramadhan. Selepas itu dia selalu didatangi mimpi melihat seorang perempuan yang bersujud. Kami terfikir adakah mimpi kami berkait dengan hubungan kami yang akan disatukan tidak lama lagi. Wallahuallam, kami sendiri tidak dapat menghuraikan setiap yang berlaku kerana itu adalah rahsia yang hanya di ketahui oleh Dia yang Maha Mengetahui. Akhirnya kami selamat diijab kabulkan.


Keberkatan bulan Ramadhan memerdekakan aku daripada cinta manusia yang bermuka-muka kepada cinta Allah yang satu. Alhamdulillah.



No comments: