Pada 20 Julai 2012, 10.45 malam, Atuk Cik Wanny pergi buat selama-lamanya. Kami menyambut kedatangan Ramadhan 2012 dengan penuh kesedihan. Kiranya Atuk Cik Wanny meninggal pada 1 Ramadhan la kan... Jenazah di kebumikan pada 21hb Julai 2012. Arwah di kebumikan dekat dengan kubur arwah nenek Cik Wanny. Atuk dan Nenek ni adalah atuk nenek sebelah ma Cik Wanny. Atuk dan nenek sebelah Abah dah lama meninggal, time abah kecik lagi.
Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman...
~Al-Fatihah
KaTa- kAtA CK
Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!
pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...
No comments:
Post a Comment