Pada pertengahan June 2012, time tu baru balik daripada Johor, balik-balik umah ma suruh pergi buat lesen motor dan kereta, punya la happy kan. Ibarat orang yang mengantok disorongkan bantal, haa macam tu la. hahahaha, dah lama giler mengidam nak wat lesen kereta ngan motor, tapi disebabkan tak de bajet, hold je la, sampai abis diploma pun tak dapat-dapat buat jugak, Kali ni Abah yang nak sponsor, so ape lagi, aku pun dengan senang hati google no fon cikgu wat lesen kat Melor.
Alhamdulillah la, dapat gak sorang cikgu nama dia Cikgu Din, bila call tu, dia kata minggu depan dia mai amik kat umah, bawa duit RM150. Pendafaran katanya, sampai-sampai sana, terus bayar dan masuk kelas KURSUS PENDIDIKAN PEMANDU (KPP). 5-6 jam jugak kelas tu, daripada pagi sampai petang, Ada break time pergi sembahyang jumaat. Lepas kelas tu dah boleh amik Ujian Komputer. Mula-mula amik dah lulus, macam mane ni?? hahahaha.. So Cik Wanny dapat lesen L. lepas tu kena abiskan 3 jam motor dan 3 jam kereta baru dapat Lesen P. hehe.. Lesen P tu kena matang dalam tempoh sebulan rasanya baru boleh amik Test JPJ. Tapi dalam tempoh tu kena abiskan 8 jam motor dan 8 jam kereta.
Sebulan lebih jugak la baru Cik Wanny dapat abiskan 8jam motor dengan 8 jam kereta tu, sebab time tu kan puasa, lagi pun time tu jugak sibuk nak buat preparation kawen. Ada satu tempoh tu Cik Wanny tak buat apa-apa, sebab busy nak kawen, lepas kawen baru start balik. hehehe.. Agak kelam kabut sikit sebabnya tarikh Test JPJ tu sama ngan date daftar kat UiTM Dungun untuk kemasukan Degree. hehe.. nasib baik la Cik Wanny dapat no giliran untuk motor dan kereta awal.
Time buat test motor tu berdebar giler, sebabnya dala puluh-puluh yang nak amik test tu, Cik Wanny dapat no 3. Berpeluh-peluh, hahaha Alhamdulillah la lulus semua Jalan Raya dan 5 Element iaitu meniti titi, kon, brek kecemasan, bulatan 8 dan selekoh tajam. bila dah lulus, Cik Wanny pergi kat giliran test kereta plak, Jalan raya--->> lulus, bukit --->>>lulus, parking mengudur--->>> lulus, parking 3 penjuru --->>>GAGAL. k fine!!! hahaha.. terus amik kertas tak lulus dengan pegawai JPJ, kemudian jumpa Cikgu Din dan terus blahhhh....
Bila balik umah lak, husband pegi sewa kereta dengan Abe Lan kat mache. Kereta ni disewa untuk hantar Cik Wanny dan husband ke UiTM Dungun. time tu jugak ajak Pijo untuk teman Abe Lan driver. Siap bagi upah ag, minyak kereta, makan, sewa kereta semua kami bayar, dioarang drive jer. Time diorang pergi sewa kereta, Cik Wanny kemas kain baju, periuk belanga, pinggan mangkuk, bantal, buku dan semua-semua yang nak bawak datang Dungun la kan.
Otw ke Dungun, jumpa abah. Abah dengan lori balik ke Kelatan, kami lak Otw ke Dungun. Tu la last sekali tengok Abah bawak lori. Time tu jugak la last tengok abah jawab fon, last tengok abah bawak lori, last tengok abah berdiri. time tu semua last la.. Nak tau kenapa last??? kena baca story yang next punyer k.
Pada 10hb Sept 2012, bermula la perjalanan hidup sebagai seorang pelajar ijazah sepenuh masa dan isteri separuh masa.. hehe
KaTa- kAtA CK
Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!
pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...
No comments:
Post a Comment