Dah lama menyepi kat dunia blogging ni. Paling last dulu before balik ke kelate dari pasir gudang kan. Sebab, time tu bila dah balik umah, terus buat persiapan kahwin. Sebab tu la Cik Wanny ni dah tak sempat nak update blog. Sekarang????? Sekarang ada masa free, so boleh la update. Huhu
Di kesempatan ni, ada masa sebabnya Pesta Konvokesyen UiTM sedang berlangsung. rata-rata student yang akan konvokesyen akan dapat cuti dalam 5 hari setiap seorang. Itu bagi yang konvo kat Shah Alam la. Bagi yang konvo kat UiTM setempat, contohnya sekarang Cik Wanny belajar kat UiTM Dungun, bagi kawan-kawan yang konvo kat sini, diorang tak dapat cuti lama la. Tapi Disebabkan majoriti yang konvo kat UiTM Shah Alam, maka diorang pon tak de kelas jugak. huhuhuhu
Tapi entry ni tak ada gambar konvo Cik Wanny lagi tau. Sebabnya Cik Wanny belum konvo. Lusa, 4hb Dec, Cik Wanny akan konvo kat UiTM Shah Alam. Esok ari Isnin, pukul 10.45 malam, Cik Wanny akan naik bas menuju ke Shah Alam. Sampai je pagi tu, terus Cik Wanny konvo, kemudian malam tu jugak Cik Wanny akan balik ke Dungun.
Cik Wanny start cuti pada hari khamis, 29hb Nov, sebabnya time tu kena pergi amik jubah kat Shah Alam, tapi Cik Wanny mintak tolong kawan Cik Wanny, Cik Iema yang ambilkan. So, Cik Wanny tinggal pergi Shah Alam untuk Konvo je la... hehehe.. tak sabar!!!!
Entah ada entah tidak yang beli bunga untuk Cik Wanny, sebab Cik Wanny akan pergi ke sana dengan Husband Cik Wanny jer. Ma dengan Abah kat hospital. Then dah tak ada sesape yang boleh teman Cik Wanny pergi ke sana. Masing-masing busy dengan life masing-masing.. i dont mind!!!
So untuk kali ni, ini je la yang Cik Wanny dapat update. Cik Wanny akan update citer-citer yang lepas dalam entry yang seterusnya.. bye2....
No comments:
Post a Comment