KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Tuesday, December 13, 2011

Berdebar dengan Engagement!!!!!

Assalamualaikum......
entry kali ni nak citer pasal pertunangan
Cik Wanny ngan Incik Dean
plannya dalam bulan 2..
hujung bulan 2..kalau hujung bulan 2
dan bukan ari kelas, samada ari jumaat atau sabtu
maknanya 25hb la..ari sabtu..
bila bagitau my bez fren Nadia...
dia cakap time tu dia dah bukak sem baru utk degree sem akhir
eemmmm...pikir-pikir... tak boleh time tu..
nak wat a week before la...
maknanya 18 Februari 2012
kalau tarikh baru ni... makanya ada 66hari je lagi
and for ur information
satu benda pun tak buat lagi ok....



sebabnya nak wat simple mimple jer...
mula-mula nak amik pakej RM550 kat 1 butik ni
ada sepasang baju, pelamin kecil, make up dan
barang-barang lain macam par dan alas par....
semalam lak jumpa la one of my lecturer tu
dia pun nak bertunang dalam tarikh tu jugak lebih kurang
dan dia tengah cari tukang jahit untuk jahit baju dia
pikir-pikir balik...
tak nak ar amik pakej kat butik pengantin tu...
nak beli baju kat butik jer... then sewa pelamin kecil je la
tak amik pelamin kecil pun maybe amik yang hias dalam bilik
hehehehe....

pasal cincin..tu adalah urusan antara Incik Dean dan Cik Wanny jer...
bila dan masuk bulan Februari baru pergi cari
then pasal hantaran... nak wat sikit jer... 5 balas 7 atau 7 balas 9...
dalam hantaran Cik Wanny akan ada jam untuk dia
sebab minggu lepas masa pergi Gambang Water Park,
Cik Wanny dah hilangkan jam dia...
jam Incik Dean tu adalah jam kapel ngan jam Cik Wanny
dah hilang kena la ganti kan
pastu nak letak wallet 1... sebab wallet Incik Dean dah lebuk..
hehehehe
so daripada Cik Wanny, kalau 5 par sahaja, terdiri daripada
cincin, sireh, buah, jam, dan wallet dan kalau 7 par
Cik Wanny akan tambah sejadah dan kek... ok....
yang sebelah dia Cik Wanny update later-later ok...
hehehehe

untuk jamuan pada tetamu lak
dah bincang ngan ma Cik Wanny
nak wat laksa penang dan laksa lemak
ok tak??? hehehe
untuk photographer....
hehehe.... nak amik abang angkat Cik Wanny jer
Abe lan....
huhu...ok...semua kos Cik Wanny anggar dalam RM1000 lebih
dan Cik Wanny prepare dalam RM2000...
tu semua duit Cik Wanny ok....
kalau My Abah nak support................
ALHAMDULILLAH.... HEHEHE
tapi tak support pon tak pe...
sebab untuk kahwin nanti nak abah support
maklum la Anak Bongsu kan....
Bongsu pompuan lak tu.. hehehe
dah langkah bendul abang no 3 dan kakak yang memang ada sorang je

Ya Allah Ya Tuhanku...
Ampuni la segala dosa-dosa aku dan kedua ibubapaku
semoga perjalanan rancangan aku dan keluarga aku
untuk memhalalkan hubungan kami ni berjalan dengan lancar
AMIN...

YANG BERDEBARNYA bila....
time jumpa lecturer tu cakap pasal kahwin
dia pun ada cakap nak kahwin ni
tanggungjawab bukannye kecik
kahwin ni bukan perkara main-main...
eemmm...time tu jugak la tetiba rasa berdebar-debar
bila balik bilik lak.....
rumate pun tengah cakap pasal tu
lagi la stresssssssssssssssssss
aarrgghhhhhhhhhhh.......
lec Cik Wanny nak bertunang time raya cina
dan kahwin bulan 6...
 Cik Wanny lak kena kahwin time raya
sebabnya time tu je akak Cik Wanny yang study kat indon balik malaysia
so tak dapat la nak buat before raya ke
before puasa ke
nak amik tarikh 12/12/12 ker..
semuanya tak boleh
huhu
lau tak jadi raya tahun ni...
postpone raya tahun depan je lan... huhu...
so sekarang ni takat ni je la dulu..
sebarang pandapat dialu-alukan la untuk bagi idea kat Cik Wanny ni
hehehehe...
bubye.....

No comments: