KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Monday, June 21, 2010

Begedil Ayam CK


Masa CK sem 2 kat UiTM Machang, CK selalu beli makanan tengahari kat dewan makan.... suatu hari CK tengok ada benda bulat...leper...50sen satu (mahalnyer!!) mula-mula tengok cam x suka tau...sebab x pernah makan....suatu hari try lar amik sikit yang romate punyer...eh sedap plak benda alah ni.... CK pon tanya la nama ape makanan ni...member cakap nama nyer begedil.... ooooooooo........CK pon tanam la niat rasa nak buat kat umah bila ada masa....pas tu petang tadi CK tengok rancangan memasak Chef Wan...dia tunjuk cara masak pasta...sos pasta tu dia guna daging ayam yang kisar produk dari Ayamas...Chef Wan pon bagitau la kegunaan daging ayam kisar ni..antaranya ialah begedil....CK terus amik laptop dan surf pasal begedil...CK jumpa banyak resipi... banyak2 resipi tu CK pon gabung semua tu dengan sedikit tambahan resipi dari CK dan menjadi lah resipi hak mutlak CK.....hehehe....so namanya "Begedil Ayam CK"

antara bahan-bahan untuk wat begedil ayam ni....
  1. Daging ayam yang telah dikisar satu plastik dari paket Ayamas
  2. 1kg ubi kentang yang telah direbus dan dilenyek
  3. 20g jintan manis
  4. 20g jintan putih
  5. 20g lada sulah
  6. 1 biji bawang besar diracik halus
  7. 3biji bawang putih diracik halus
  8. 2 tangkai cili merah dan hijau diracik halus
  9. 4 batang daun bawang di potong halus
  10. 1cm halia dipotong halus
  11. 100g tepung kentang atau gandum
  12. 3 biji telur si pukul kembang
*dan bahan lain yang dirasa menarik atau boleh menambah rasa sedap

cara-cara untuk membuat begedil
mula-mula panaskan minyak...dan tumiskan bawang besar, bawang merah dan halia yang dihiris bersama... kemudian masukkan sekali jintan putih, jintan manis dengan lada sulah...kemudian masukkan daging ayam dari Ayamas dan gaul sehingga sebati... ayam sudah masak, boleh la gaulkan ayam yang telah masak dengan ubi kentang yang telah dilenyek tadi. sambil itu juga masukkan hirisan lada dan daun bawang. Gaulkan semua adunan tu sehingga sebati baru lah masukkan tepung gandum atau tepung kentang dan gaul sekali lagi sehingga sebati... Kemudian bolehlah bulatkan begedil dari adunan tu mengikut saiz yang anda mahukan... apabila sudah siap, panas kan minyak didalam kuali...minyak masak yang digunakan hendak la melitupi begedil yang digoreng. Apabila minyak sudah panas, masuk kan begedil ke dalam telur yang telah dipukul kembang. Kemudian, begedil yang telah dicelup ke dalam telur td dimasukkan ke dalam minyak yang panas....kemudian gorengkan semua begedil yang di adun... apabila siap boleh la dihidangkan dengan soto, nasi, dan bervariasi makanan lagi...SELAMAT MENCUBA!!!

No comments: