KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Friday, January 28, 2011

khidmat masyarakat kat Rantau Panjang

Hari ni lebih kurang 30 orang komander SISPA UiTM Kelantan ada khidmat masyarakat kat rantau panjang. so pada pukul 8 pagi we all kumpul kat medan ilmu. tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan maka part of we all sampai lewat.. hua3x.. dah hujan kan.. tapi sebenarnya kitorang dah ribut kencang giler kat kolej DO... wink..wink.. tapi takpe diorang still tunggu putri DO ni sampai baru bertolak. then, kat medan ilmu ada 2 trak JPAM Kuala Krai menanti. so lepas semuanya naik, aku, ema ngan farahi, menuju ke BJS... iaitu kereta Tuan Azmi. hehe.. 3 orang part of we all pergi rantau panjang ngan BJS.

lebih kurang pukul 9.30 kitorang sampai pastu terus pergi bekpes dan lepas bekpes barulah menuju ke Pejabat JPAM Rantau Panjang. bila sampai sini, we all dibahagikan kepada 3 group. iaitu group yang bersihkan masjid, group yang cuci sekolah dan last sekali group yang cuci klinik.
so semua naik dalam satu trak dan terus menuju ke tempat kejadian. hahaha. bila sampai kat sekolah dan klinik diorang semua pun turun je la. then, last sekali juz tinggal group aku yang cuci kat masjid.

bila sampai masjid kami pun turun dan menjalankan tugas. we all kena sapu sampah dan cuci toilet. kami pun cuci la toilet dan sapu sampah sampai pukul 12 lebih. then ada orang kampung jamu kuih dan air sikit untuk kitorang. lepas menjamu selera, trak jpa sekali lagi amik kitorang kat situ. lepas amik kitorang, trak tu menuju ke sekolah untuk amik semua orang kat sana. masa tunggu nak amik diorang tu aku pi naik trak nama ape ntah yang fungsi dia untuk melawan kebakaran ngan sorang cik ni. hahaha.. so funny tak tahu nama. aku balik pejabat ngan trak tu. siap dia belanja make colek buah lagi.. nyam..nyam...

waktu rehat ni budak lelaki pergi solat kat masjid, then budak pompuan juz solat kat surau di Pejabat JPAM tu je dan sambil tunggu budak lelaki balik daripada masjid, we all rehat-rehat je la. dalam pukul 2.45, kitorang semua berkumpul untuk pergi balik ke tempat-tempat kejadian tadi. kitorang cuci kat dalam masjid lak kali ni. yang selebihnya seperti biasa membersihkan kawasan sekolah. dalam pukul 4 kitorang dah siap bersihkan masjid barulah kitorang bergerak ke sekolah jugak.

lebih kurang pukul 5, kitorang semua siap melakukan pembersihan kat sekolah. sebelum balik kitorang ada sesi bergambar bersama-sama semua jurulatih.then, before balik we all shopping kat rantau panjang. lepas shopping baru balik ke pejabat semula dan solat asar. lepas solat asar, kitorang bergerak pulang dan otw balik we all stop kat masjid untuk solat magrib. last sekali dalam pukul 9 baru la we all sampai kat uitm machang. sakit kepala aku naik trak tu...


p/s : gambar khidmat masyarakt ni akan di update selepas ni

No comments: