KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, March 3, 2011

Jom pergi the mines....

Assalamualaikum semua... waaahhhhh dah berape hari tak buat entri..tak update entry... hahaha... buat entri ngan update entry tak sama ker...harus ker taip dua-dua... hehe... sebenarnya Cik Wanny memang rindu giler nak menaip...tapi sayangnyer memang busy giler... pastu broadband pulak laju giler. hahaha... broadband laju... maksud tersirat la kan.. kalau bb laju takper.. ni slow giler... then lau dok umah pun boleh la nak update setiap minit sebab ada wife yang terbaik gitu...


tapi tak pe la kan... dapat update jarang-jarang pun ok la daripada tak update langsung. so jooommmmmmmmmmmm kita update this new entry. sekarang Cik Wanny on the way nak pergi The Mines. FIRST TIME pergi sana... hahaha.... malunyer la kan... biasa ar budak kampung je kan. sekarang ni Cik Wanny dengan semua classmate ada trip untuk subjek Banking Operation. trip ni kitorang wat untuk lebih memahami sistem-sitem bank la kan. so hari ni we all akan pergi Bank Negara Malaysia dengan Ministry of Finance.

pagi tadi awal giler bangun...kul 6.30pagi.pastu siap lawa-lawa ngan tema purple terus berkumpul depan rafflesia 5. kitorang datang trip ni dapat penginapan kat UiTM Puncak Alam
iaitu di ANGSANA dan Rafflesia. lepas kumpul semua kitorang bertolak ke BNM. Bertolak dalam pukul 7.45 then sampai di BNM pukul 9.45. 2 jam perjalanan kitorang untuk sampai sana. so Cik Wanny amik kesempatan untuk TIDUR... hahaha... sebab semalam tidur tak lena sangat.

masa kat BNM tu memang bez ar.. layanan diorang pun tahap VIP kat kitorang ni. BNM sediakan seorang penceramah yang memang bez ar.. sampai terbantut niat nak sambung tidur dalam auditorium yang selesa tu. hehehe... nama dia Ghaz. You Are The Best. hehehe. dia bez tu sebab dengan cara dia, kitorang dapat beri perhatian dengan sepenuhnya dan menerima ape yang diberitahu secara maximum.

dia suka tanya macam-macam soalan. we all lak boleh tanya macam-macam pasal duit dan bank negara. bezz la..boleh kenal siri-siri duit yang terdahulu. dapat tau naper duit 1000 ngan 500 dah dilupuskan, dapat kenal cara nak tau duit tu palsu atau tak, boleh tengok satu video yang Cik Wanny percaya takde dalam you tube, iaitu video buat duit RM 5 kat Australia rasanya.
banyak sangat info-info yang orang-orang biasa tak tau tapio kitorang dapat tahu. pastu ada cara untuk kita tukar duit yang sudah rosak.

yang ni la bez, duit yang sudah terpotong, terkoyak, dan seumpamanya kita boleh tukar kat BNM. tapi dengan syarat la. kalau duit tu terkoyak sikit, kita dapat penuh nilai duit tu bila tukar. contohnya, kalau duit RM10 tu terkoya sedikit jer, BNM akan bagi RM10 la jugak. tpai kalau terkoyak lebih pada separuh tapi kurang daripada 2 per 3, kita akan dapat half je. pastu kalau tinggal sikit je part yang terkoyak, kita tak dapat pape. faham??? hehehe

sambungan daripada tu pulak, pasal menconteng duit. kalau duit diconteng banyak atau sikit rasa nya dapat full, sowi tak ingat. tapi andai duit tu diconteng even sedikit pada gambar Agong, duit tu jadi takde nilai 1 sen pun. Then En. Ghaz tanya, macam mane duit yang terconteng hanya pada muka Agong tapi kita akan dapat nilai penuh masa tukar kat BNM??? Cik Wanny pun dengan bangganya menjawab "potong je part muka Agong tu then pergi la tukar"... nak tahu nape kita dapat nilai duit tu dengan penuh??? duit yang dah dipotong pada muka Agong tu kan juzz ada lubang kecik part muka Agong. pastu bila pergi tukar, BNM akan basedkan pertukaran tu pada ratio yang terkoyak la. kan tadi Cik Wanny ada bagitahu, part yang terkoyak sedikit jer tu dapat nilai penuh. hahaha.... tapi andai muka Agong terconteng, maka duit tu takde nilai kan?? sekarang duit yang kita potong muka Aging tu kan juzz terkoyak pada part yang sikit je.

so CIk Wanny pun dapat la satu hadiah yang tertulis "limited edition" hahaha... muka bangga kan..... siap diorang amik lagi nama ngan ic yang dapat benda tu. daripada 2 grup yang pergi BNM tu, juzz 2 orang jer dapat. grup Cik Wanny, Cik Wanny la dapat. grup satu lagi najwa yang dapat. yang lucunya, bilik kitorang kat uitm Mache tu depan-depan jer. hehehe... gambar benda limited edtion tu Cik Wanny akan update kemudian.

lepas dengar ceramah, kitorang pun ada la sedi bergambar. lepas tu diorang ada sediakan minum pagi lagi kat dalam cafe yang bertaraf berbintang-berbintang... hehe... bezzzzzz.... pastu kitorang pun blah dan pergi makan. lepas makan baru la kitorang bertolak pergi The mines.. sekarang ni otw ke The mines la. Cik Wanny amik kesempatan update entri sikit. dah nak sampai.. k la.. nak blah dah ni. ape-ape hal nanti Cik Wanny update semua gambar kkk.......
babay...








No comments: