KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Tuesday, November 23, 2010

Berakhirnya Kisah Nina Sayam Farid....

Dah berbulu aku tengok daging-daging korban ni... huhuhu... dari bekpes sampai la supper tengah malam tu asyik makan makanan yang berasaskan daging... uweeekkk!!!! eemmm... kalau bukan daging pon somtim yang berasaskan lembu macam hati, perut, limpa, tulang, lidah, dan gigi. Eh!! tak..tak.. kita x makan gigi lembu kan??? hihi... (cam dah biasa makan jer) maner ader.. jahat korang ni... bila aku bangun tidur pagi tadi dah tersiap hidangan nasi impit kuah kacang bersama sate (mesti korang tertanya-tanya aku bangun pukul baper sampai semua hidangan dah siap kan...xpayah tanya!!!) haha... lepas siap apa yang patut aku pun melantak la kan... makan.. makan..makan... makan... makan... ok STOP!!! dah siap makan... aku pun start la mencoret kisah ini... kisah cinta ini aku coretkan untuk bacaan korang semua.. baca je k.. nak feeling pun suka ati lar... juz jangan tanya.. siapakah watak-watk cerita dalam ni... kisah nye diberi tajuk" Berakhirnya Kisah Saya Sayam Awak"...so disinilah aku akan citer bermulanya kisah tersebut.

Kisahnya bermula di sebuah IPTA di sebuah negeri yang berada di pantai timur. Ada seorang perempuan yang aku bagi nama Nina. Nina ni student tahun kedua dalam fakulti business. Dia dah tahun kedua kat ipta tu, so.. bagi aku Nina ni seorang yang periang.. suka gelak ketawa ngan kawan-kawan dia yang sama kepala ngan dia. yup! aku suka tengok hidup dia.. happy giler bila ngan kawan-kawan... tapi hanya seorang kawan dia merangkap rumate dia yang faham segalanya tentang dia.. aku nama kan kawan dia Liza. Liza tau Nina ni hanya hepi bila ngan kawan-kawan dia, cuba kalau dia tinggal sorang-sorang, Nina akan sedih ingatkan ex dia yang tinggalkan dia sebab parent ex Nina tak suka Nina. Sampai kesudahnye la Nina ni gila bayang ngan ex dia.. Aku tabik ar ngan Liza ni sebab memahami Nina. Kalau dia tengok Nina nangis malam-malam, dia wat tak tau je.. dia faham la tu Nina nak lepaskan perasaan dia.

Startnya study week, Nina mula rapat ngan sorang lelaki yang aku bagi nama Farid. Farid ni sama umo ngan dia tapi lain-lain fakulti. Nina rapat ngan dia sebab Nina mesej Farid untuk mintak tolong Farid pergi pekan. So, mesej mintak tolong tu berlarutan sampai la diorang jadi rapat giler. Si Farid ni plak nak anggap Nina sebabagai kawan yang rapat. Bukan kawan yang biasa tapi bukan jugak kawan yang istimewa. So, Nina pun OK la sebab Nina pernah tanya dia ada awek ke tak dan Farid cakap dia tak ada awek. Sejak hari tu Liza perasan Nina dah tak sedih-sedih lagi dan dia suka andai Farid dapat membahagiakan Nina. Nina dan Farid ni pun berkawan la hinggakan pergi mana-mana pun selalu bersama. Makan, study, pergi bandar, jalan-jalan keliling universiti dan kadang-kadang Farid belikan makanan untuk Nina dan hantar ke tempat tinggal Nina. Semua kawan-kawan Nina pun dah sok sek sok sek cakap Nina mesti ada apa-apa ngan si Farid ni, kalau tak, takkan la berkepit je 24jam kn. Si Nina pun bila ada orang tanya dia senyum jer. Bahagia la tu ada orang jaga dia kat IPTA.

Nina ni plak sejak dah rapat ngan Farid, dia dah tak rapat ngan Liza. Mana taknya, dulu selalu pergi mana-mana ngan Liza. Makan pun ngan Liza. tapi sekarang semua aktiviti outdoor Nina ngan Farid cuma aktiviti indoor je Nina wat ngan Liza. Sampailah suatu hari, Nina dapat tau pasal sorang minah yang rapat ngan Farid yang aku nama kan Zai. Zai ni sama fakulti ngan Farid. dulu masa mula-mula kenal, Nina tanya Farid ape hubungan Farid ngan Zai, tapi Farid kata dia tak ada apa-apa ngan Zai cuma problemnya Zai ni nak kat Farid tapi Farid tak boleh nak sayang dia. Nina kesian kat Zai sebenarnya. Lama-lama Farid bagitau Nina yang Zai tu sebenarnya awek dia. dia sayangkan Zai. Hari tu berubah terus mood si Nina ni. Masa tu dia rasa macam diperbodhkan si Farid ni pun ada. tapi farid tu still cakap dia sayangkan Nina. Disinilah bermula silapnya bila Nina still terima Farid yang sayangkan Zai. Liza pulak dah tak sukakan si Farid lepas Nina citerkan semuanya pasal Farid dengan Zai. Liza tak sukakan farid sebab dia dah main-mainkan perasaan Nina yang sedia terluka sebab ex dia. form thats moment, Liza dah tak boleh bertembung ngan Farid lagi.

Makin lama makin teruk bila Zai dapat tahu pasal Nina. Dia marahkan Farid sebab rapat nagn Nina. Tapi Farid still sayangkan Nina. Farid tak kisahkan kemarahan Zai. Suatu hari, Zai bagi perintah berkurung pada Farid. Zai bagi pilihan antara Nina dan Zai, sape yang dia pilih. Disebabkan Farid terlebih sayangkan si Zai, dia pun memilih Zai. Seterusnya Zai dah tak bagi Farid jumpa Nina lagi kalau Farid sayang kan Zai. Farid pun macam lembu kena cucuk hidung, ikut je cakap Zai. Dia dah tak jumpa Nina lagi. Si Nina ni pulak dah macam orang gila sebab setiap mesej dan call dia untuk Farid tak de satu respon pun. tapi tak lama pun Farid dapat bertahan, sebab lepas tu dia kontak jugak si Nina. Tapi malangnya Zai dapat tahu jugak tindakan si Farid even Farid dah x kuar bersama ngan Nina. Macam mana Zai dapat tahu Farid hanya bermesej ngan Nina tu tak dapat la aku pastikan.

Tindakan Farid melanggar arahan (arahan??? hahaha.. lawak je) Zai telah membuatkan Zai meninggalkan dia. Masa Zai nak tinggalkan Farid, dia cakap kat Farid yang dia tak nak kenal lagi insan bernama Farid ni, dia tak nak jumpa farid lagi, dan dia takkan kontak Farid lagi. Dengan sedihnya Farid masa tu, pada Nina la dia luahkan perasaan terluka sebab Zai wat cam tu. Tapi Farid, kalau kau tak rapat ngan Nina, semua benda ni takkan terjadi. Farid sendiri yang degil nak kawan ngan Nina so terima je la ape yang sepatutnya kau dapat Farid. Pada waktu ni Farid ngan Nina berkawan lagi rapat, walaupun Farid sedih sebab Zai tinggalkan dia, tapi dia still hepi sebab dia ada kawan yang bernama Nina. Waktu ni pulak, Nina hepi sangat sebab dia macam ada peluang untuk dapatkan Farid, tambah pulak si Farid ni makin sayang kat dia. layan pun baik giler.. first kelas orang kata. waktu tu ada la 2-3kali Farid ajak dia kapel tapi Nina agak ragu-ragu nak terima maklum la Farid baru kena tinggal.Sure-sure la dia masih sayangkan Zai.

Tak sampai seminggu tempoh "bermadu kasih" Farid ngan Nina, Zai kontak Farid lagi. Waktu tu, Farid hepi giler. Macam bini mati hidup kembali. Nina pulak, macam bini mati laki (pandai wat perumpamaan, padahal tu la perasaan sebetulnya). Waktu ni Nina macam dah menyesal sangat sebab dia biar kan perasaan yang tak patut wujud dalam diri dia tu menular dan semakin membuak-buak. Tapi nasi dah jadi bubur, sayang tetap sayang. So Nina amik keputusan untuk tinggalkan Farid dan biar dia bahagia ngan Zai. Nina anta mesej kat Farid dan bagitau semua perasaan dia serta tujuan dia anta mesej untuk lupakan dia ( pergghh... berlagaknya Nina.. haha.. confident ker? kita tgk!). Namun, Farid still memujuk Nina supaya Nina tak tinggalkan dia (tamakkan Farid ni). Farid cakap kita kawan la even x kapel, kita boleh jadi kawan rapat. Kawan rapat ko cakap? Kalau kawan ko takkan sound Nina jangan gedik ngan jantan lain bila Nina kuar sorang-sorang dan ko takkan jelez bila Nina tu kawan rapat ngan jantan lain. (ooppss.. emo la plak..ada pape ke? takde pape la).

Menangis la Nina sebab frust tak dapat orang yang dia sayang. Liza plak lagi la nak marahkan Farid. Liza cakap yang Farid ni macam nak gunakan Nina je sebab masa Zai takde, punya la rapat ngan Nina. Yer betul cakap Liza, tapi Nina tak nampak semua tu, yang dia tau dia sayangkan Farid. Tu la perempuan, kalau dah sayang, tak nampak kekurangan orang tu kan? Tapi tak lama pun Nina bertahan (hahaha.. sebab tu aku kata "kita tgk!!"). Beberapa jam selepas tu Nina mesej Farid cakap sowi sebab nak tinggalkan dia. (ko bodoh la Nina, nape nak hambakan diri ko untuk jantan tu) Farid pulak dengan bangganya cakap, takpe Nina saya faham. (memahami la sangat ko ni). Nina pun ok la lepas tu sebab baik balik dengan "Kawan rapat" dia tu. Setiap kali Nina gadoh ngan Farid, Nina mesti balik umah. Time-time Nina nak balik umah ni la selalunya Farid akan buat-buat sedih dan tak bagi Nina balik umah. Tapi Nina balik jugak.

Farid ni bila Nina balik umah mula la dia jadi PAKWE yang paling CARING. Ayat dia dalam mesej mesti cam ni "Bila awak nak balik sini balik", saya rindu kat awak sangat2", "awak cepat-cepat la datang sini, saya nak jumpa awak" dan sebagainya menunjukkan dia tu tak boleh hidup la tanpa Nina kan. Nina pon bahagia la sangat ada orang rindukan dia. So Nina balik la cepat-cepat kat universiti untuk jumpa Farid yang beriya-iya nak jumpa dia. Tapi, bila dah jumpa, Farid akan wat-wat tak kisah. Kecik hati si Nina ni bila Farid wat dia macam tu. Macam tak berharga pulak pengorbanan Nina balik universiti awal-awal. Tapi Nina still terima tu dengan HATI YANG TERBUKA. Ko jangan jadi bodoh la Nina terima je ape jantan tu buat. Pada waktu ni serangan daripada Zai dah kurang even Nina selalu terserempak dia kat mana-mana.

Tapi makin lama makin kurang perasaan Nina pada Farid hinggakan tak kontak Farid dalam sehari pun Nina dah biasa. Hinggalah pada suatu saat, Zai bagi mesej kat Nina untuk jaga Farid baik-baik. Nina dengan redha nye membalas mesej tu " awak la yang patut jaga dia sebab awak awek dia". Zai balas lagi "dia bahagia ngan awak, dia x bahagia ngan saya". Ok2..dipendekkan cerita, selepas berbalas mesej untuk mengalah mendapatkan Farid, Zai mengajak Nina berjumpa. Mula-mula Nina agak keberatan untuk berjumpa, masa tu Nina nak tanya pendapat Liza tapi Liza tak ada. Then Nina pun pergi la jumpa Zai, sampai-sampai jer, Zai dah berterus terang bahawa dia dengan Farid tak ada apa-apa sebenarnya. So nape nak bagitau Nina benda tu? dipendekkan citer lagi, Zai nak Nina jaga Farid elok-elok sebab dia tak dapat membahagiakan Farid atas sebab-sebab tertentu. Tapi Nina tak perasaan pun Zai tak ada bagitahu pun Zai tak sayang Farid. Entah kuasa apa yang membuatkan Nina diam jer mendengar penjelasan Zai. Tapi Nina still memujuk Zai untuk tidak memutuskan hubungan dengan Farid sebab Nina tau Farid sayangkan Zai sangat-sangat dan Farid akan sedih tanpa Zai di sisi.

Nina nak Zai teruskan hubungan dengan Farid, Zai pulak nak Nina dapatkan Farid dan jaga Farid elok. (baik nye awek dua orang ni, sanggup mengalah demi orang yang tersayang. tapi Farid??? so selfish. Dua-dua dia nak). Lepas tu Farid tahu pasal pertemuan Nina ngan Zai, sebab Nina yang bagitau, tapi Zai dah sound Farid jangan tanya ape yang Nina dan Zai bincangkan, dan dia sekali lagi ikut je cakap si Zai dengan rela hatinya. Ok la, tu menunjukkan Farid patuh pada Zai. Lepas ari tu, bermula la hidup 3 orang ni secara aman tapi penuh dengan maklsud-maksud tersirat. Cara cakap masing-masing pun macam ada je nak perli apa-apa. Si Nina ni plak dah malas nak pikir ape-ape, dia juz tunggu cuti sem yang bakal tiba. Dia nak tinggalkan semua kenangan dan masalah mereka bertiga kat sana dan tak nak bawak balik kat umah. tapi Nina ni kan tak kuat, problem tu still ikut dia sampai dia balik umah.

Masa kat umah, bila Nina dah sakit hati sangat ngan Farid atas cara dia yang tak menghargai Nina, Nina mesti akan mesej Zai. Nina akan citer semuanya, then Zai pun akan betulkan mane-mane tindakan Nina yang salah yang telah membuatkan si Farid tu tak menghargai Nina. Nina pun sejuk hati lepas dapat nasihat daripada Zai. Sejak daripada waktu tu, Nina dengan Zai dah jadi kawan baik. Tapi Farid tak tahu pun pasal tu. Dan sejak daripada tu la jugak, Farid dah tak terima satu mesej atau call pun daripada Zai. Zai buat macam tu sebab dia nak Farid lupakan dia dan terima Nina sepenuhnya. Suatu hari, Nina merajuk hati lagi dengan Farid sebab Farid mengadu dia sedih sangat sebab dah lama Zai tak kontak dia, Nina pun diam je sebab Nina tau ape sebabnya. Nina pun mesej Zai lagi. Tapi kali ni Nina mesej Zai untuk pujuk Zai terima Farid sebab dia dah tak sanggup tengok Farid asyik bersedih jer. Zai tetap berdegil dan tak nak kontak Farid, lama-lama, Nina pulak terpujuk dengan Zai untuk bersabar dengan Farid dan amik hati dia betul-betul. oohh Nina, ko memang la selemah manusia.

Nina pun teruskan lagi hubungan dia dengan Farid. Nina menganggap farid sebagai orang yang dia paling sayang, tapi Farid juz anggap dia macam kawan jerrrrrrr. Nina sayangkan Farid lebih-lebih sebab Farid layan dia macam layan seorang awek. Even Nina tau semua benda ni, tapi dia still sayangkan Farid. Hinggalah suatu hari, tahap kesabaran Nina ni dah mencapai tahap maksimum untuk dia bersabar ngan semua perangai Farid. Dia tak mesej Zai, tapi dia terus melepaskan semua kemarahan dia kat Farid, Pada waktu tu jugak, Farid menyalahkan Nina sebab menyebabkan semua ni berlaku. Farid cakap tindakan Nina memujuk Zai tu sebenarnya membuatkan Nina lebih sayangkan Farid sebab bila Zai cakap dia dah tak sayangkan Farid, maka Nina pun akan rasa lebih confident dengan kasih sayang dia, sebab tu la Nina makin sayngkan Farid. Apa yang diluahkan oleh Farid pada Nina membuatkan perasaan sayang dan hormat Nina pada Farid terkubur macam tu saja. Then, Farid nak Nina cakap kat Zai yang Nina tak sukakan Farid lagi, Nina dah bencikan Farid. Farid nak Nina cakap cam tu supaya Zai akan menghubungi dia lagi. Malam tu, lepas Nina bergaduh ngan Farid pasal ni, Nina terus tidur sambil menangis. Tapi dalam hati Nina, dia dah bertekad untuk menamatkan semua ni dengan cara tidak menghubungi Farid lagi.

Esoknya, Nina berjaya meninggalkan Farid sepenuhnya, Nina dah tak kontak Nina lagi (tahniah Nina sebab dah jadi perempuan yang tabah). Yang paling memeranjatkan Nina, Farid yang mesej dan mintak maaf ngan Nina sebab buat Nina macam tu. Nina tak terima maaf dia. Nina cakap kalau Farid tak boleh terima kasih sayang dia, takpe, tapi jangan kontak dia lagi. terus Farid diam. Tapi, selepas 3-4 jam lepas tu, Farid mesej lagi. Kali ni, Nina sedikit cair, tapi dia tak terima Farid semudah tu, banyak yang dia ungkitkan pasal apa yang dah terjadi. Semua yang diungkit oleh Nina membuatkan Farid mengaku kesalahan dia. Tapi Farid meminta maaf pada Nina dan meminta Nina menerimanya sebagai kawan sahaja. Ok Nina terima. Dan Nina telah melupuskan beberapa hal semasa bermesej sebab hal-hal itu tak sesuai diungkapkan oleh seorang kawan. Contohnya pasal kasih sayang, Farid dah tak boleh tanya Nina sayang dia atau x, Farid dah tak boleh panggil Nina "yunk'. Farid dah tak boleh sayang Nina lagi dan banyak lagi perkara sewaktu dengannya.

Itulah kisah berbaiknya Nina ngan Farid as a frenz. Selepas tu, Nina terus mesej Zai dan bagitahu Zai yang Nina dan Farid dah gaduh besar. Nina dah tak nak kontak Farid lagi. Nina dah benci Farid dan semua yang seangkatan dengannya yang boleh buat Zai kontak Farid balik macam Farid mahukan Nina bagitau Zai. Yerr Nina dah buatkan untuk Farid. Waktu tu jugak Zai ada bagitahu yang Farid tak sihat sangat waktu tu, tapi dia tak de pun nak bagitau Nina, sebab dia tak sayangkan Nina, dia bagitau Zai sebab dia sayangkan Zai. Zai jugak bagitahu yang Farid tu sedih sangat-sangat ari ni. Bagi Nina, lantak la dia nak rasa sedih sebab Nina dah tak nak kontak dia atau ape je sebab masa Nina sayang dia, dia tak sayangkan Nina. Biar dia rasa bila dua-dua perempuan ni tak kontak dia. Nina tipu perasaan dia sendiri, Nina tipu Zai semata-mata nak Farid bahagia. Zai, Nina mintak maaf sebab tipu Zai tentang perasaan Nina even Zai tak percaya yang Nina dah tak sayang dia lagi. Zai betul, tapi apakan daya Nina, Farid terima Nina sebagai kawan je, so sebagai kawan, Nina nak Farid bahagia, Nina tak nak dia sedih-sedih lagi. Tapi, buat masa ni bagi aku, Farid seperti orang yang rugi sebab, ape yang dikejar tak dapat, ape yang dikendong berciciran. Lantak ko la Farid, Nina dah sayang ko giler tapi kau still nak kejar Zai. Sekarang ni Nina dah tawar hati ngan kau even sebagai seorang kawan, dia juz terima ko sebagai kawan sebab dia tak nak ko merayu-rayu kat dia untuk terima dan maafkan ko. Pada Farid, sowi la Nina nak layan ko macam dulu. dia dah give up. Dia akan layan ko macam kawan yang tak berharga pun. Ko rasa la balik ape yang dia rasa bila ko layan dia macam tu.So, berdamainya Nina ngan Farid sebagai kawan, maka Berakhirlah Kisah Nina Sayam Farid.

No comments: