KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, June 7, 2012

Aku Tertipu..... Haiihhh.....

Entry ni ditulis sememangnye ada kena mengena dengan seseorang. Kalau dia baca pon dia tau yang entry ni di tujukan untuk dia. Sampai ati kan wat macam ni. hampir 1 tahun setengah Cik Wanny kena tipu. Selama tu jugak la kan Cik Wanny memperbodohkan diri sendiri. Kepada manusia itu, fikir-fikirkan lah sebab Cik Wanny dah tak larat nak fikir. Entry ni bukan nak menyalahkan sesiapa, cuma nak memberitahu ape yang Cik Wanny lalui selama tempoh 1 tahun setengah ni.



Dari dulu sampai sekarang, Cik Wanny try ikut rentak KAMU. Sebab Cik Wanny pikir, nanti lama-lama Cik Wanny akan biasa dengan diri KAMU. Kamu ke kanan, Cik Wanny ke kanan, begitu la jugak kalau kamu ke kiri. Tapi pernah sampai satu masa Cik Wanny fed up sebab Cik Wanny still tak faham apa sebenarnya kehendak KAMU. Cik Wanny masih tak mengenal diri KAMU yang sebenar. Tapi bila situasi seperti ini terjadi, Cik Wanny tidak pernah sesekali menyalahkan kamu. Cik Wanny pikir, diri aku ini yang sememangnya tak perfect untuk KAMU. Ok tak pe, Cik Wanny ubah ape yang kurang pada diri Cik Wanny.

Tapi sayangnye benda ni terjadi berulang-ulang kali, sampai kan Cik Wanny terus fed up. Cik Wanny mendiamkan diri sebagai jalan yang terakhir dan paling selamat. Tapi KAMU kena tahu, diam-diam Cik Wanny bukan Cik Wanny tak fikir. Cik Wanny fikir tau tak. Cik Wanny fikir, kenapa la diri Cik Wanny ni tak boleh nak memahami diri kamu. Hinggakan Cik Wanny rasa rendah diri sangat dengan KAMU. Cik Wanny rasakan betapa HINAnya Cik Wanny sebab selalu buat KAMU berasa susah hati dan mungkin sedih.

Dari dulu sampai sekarang, Cik Wanny asyik salah kan diri Cik Wanny ke atas semua yang terjadi. Betapa Cik Wanny menyesal kerana membuat KAMU tidak gembira. Tapi semalam, semuanya dah berakhir, baru Cik Wanny tahu apa punca semua ni berlaku. Apa punca yang menyebabkan Cik Wanny asyik menyalahkan diri sendiri, apa punca yang menyebabkan Cik Wanny menanggung semua beban masalah yang berlaku. Baru Cik Wanny tau yang semua benda ni berlaku bukan kerana Cik Wanny, bukan kerana diri Cik Wanny, bukan kerana sikap Cik Wanny. Rupa-rupanya, Cik Wanny dah berusaha sekeras-kerasnya untuk membuat KAMU gembira. Rupa-rupanya, Cik Wanny tak salah.

Semua benda ni terjadi sebab KAMU terlalu berahsia dengan Cik Wanny. Disebabkan sikap KAMU tu, Cik Wanny tak dapat nak fahami diri KAMU. Sikap kamu jugak yang membuatkan Cik Wanny  menyalahkan diri sendiri atas semua yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang, Cik Wanny pernah bertanya tentang semua benda tu, tapi KAMU tak pernah nak berceritakan. Cik Wanny pikirkan mungkin semua benda tu tak ada pape bagi KAMU, sebab tu KAMU tak nak becerita ngan Cik Wanny. Cik Wanny pikirkan tak ada rahsia antara kita. Pasal kes abang KAMU PUN, Cik Wanny pernah tanya. Tapi KAMU cakap dia tak ada pape.

KAMU, Cik Wanny dah cuba yang sebaik mungkin untuk KAMU. Tapi sikap KAMU yang mahukan semua benda itu RAHSIA sudah memudaratkan diri KAMU SENDIRI. Mungkin silap KAMU apabila mahukan benda-benda yang gembira sahaja yang boleh di kongsikan dengan Cik Wanny. Bagi Cik Wanny, KAMU ini mementingkan diri sendiri, KAMU tidak memikirkan kegembiraan untuk dua pihak. KAMU hanya mahukan Cik Wanny gembirakan KAMU. Padahal dalam masa yang sama, KAMU tidak mencuba untuk mendekatkan diri kamu kepada Cik Wanny. KAMU seakan-akan mahukan kegembiraan untuk diri sendiri, tapi dalam masa yang sama KAMU membina tembok yang tinggi supaya tiasa sesiapa tahu apa yang berada dalam diri KAMU.

Patut la dari dulu lagi, Cik Wanny pernah mendengar luahan kawan-kawan KAMU yang mengatakan mereka sendiri tidak memahami kehendak diri kamu. Tidak salah untuk KAMU mencari kebahagian untuk diri sendiri, tapi jangan la melarikan diri daripada masalah KAMU. Masalah tu pasti akan mengekori KAMU, dan yang paling teruk, kadang-kadang masalah tu boleh menghancurkan kegembiraan yang kamu kecapi sekarang. Entah la KAMU, Cik Wanny dah penat pikir selama ni, Cik Wanny dah pernah tanggung semua kesalahan yang bukan datang dari diri Cik Wanny.

Untuk kali ini, KAMU pikirlah yang sebaiknye untuk KAMU dan orang lain. Ingat yer KAMU, Cik Wanny dah pernah mengubah dan membaiki diri sendiri untuk KAMU. Tapi semua tu tak berguna pun kepada kita selagi SIKAP kamu masih sama seperti sekarang. UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAN YANG BERPANJANGAN, SELESAIKAN DULU MASALAH SEKARANG, JANGAN SAMPAI KAMU BAHAGIA TAPI DALAM MASA YANG SAMA KAMU DIBELENGU MASALAH YANG KAMU BAWA.
















No comments: