KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Saturday, June 9, 2012

Study...Kerjaya...Kawin... Bila yer???

Assalamualaikum... 
diwaktu petang yang indah...
redup je kat Pasir Gudang ni 
sebabnya nak hujan.. hehe... tak pon dah hujan kot
atau masih gerimis..
Cik Wanny tak sure..

Entry ni nak citer pasal 3 benda kat atas tu..
STUDY
KERJAYA
KAHWIN



STUDY
Pada 31 Mac ari tu Cik Wanny tamat last paper di tahun last diploma..hehe...dan ALHAMDULILAH... hujung bulan 4 Cik Wanny dapat result semester akhir.. semuanya LULUS dan dah boleh grad dengan jayanya..hehe.. Perancangan Cik Wanny pada mulanya nak cari kerja yang elok... sebab Cik Wanny plan nak kahwin nanti raya puasa ni. Tapi disebabkan banyak halangan yang melanda dari semua sudut dan aspek... maka Cik Wanny tangguh dahulu kepada date yang tidak dapat dipastikan pada waktu sekarang.

Time tu Cik Wanny pikir, nak kerja sebab tahun depan nak bawak ma abah pergi bandung tengok kakak Grad kat sana.. tapi tau-tau.. untuk kesana dah ada bajet. Cik Wanny pikir, lau boleh dapat kerja yang bagus, Cik Wanny nak kerja je dan nak buat pengajian jarak jauh. tapi sekarang dah masuk 2 bulan lebih, tak de hasil pon pasal kerja ni. dipikir-pikir, Cik Wanny akan sambung sahaja DEGREE pada bulan 9 nanti. So kawan-kawan, Cik Wanny akan sambung degree sama-sama ngan korang. 


KERJAYA
Pasal kerjaya lak.. Cik Wanny akan tangguhkan untuk mencari kerja atau bekerja. Bulan puasa pun dah tak lama lagi. Baik Cik Wanny balik kelantan dan berpuasa ngan family. Boleh teman ma sekali, sebab bila abah keje, ma je ada kat umah. ada abang sorang, tapi dia praktikal kat Pasir Mas. hehe. Cik Wanny pun dah fed up sebenarnya nak cari kerja dan bekerja. hehe... 


KAHWIN
Haaaaaa.... ni part yang paling bezz kan.. setiap hari ada orang tanya pasal ni. Kat sini Cik Wanny akan perjelaskan satu persatu ok. Plan asal nak berkahwin sama ada sebelum, semasa, atau selepas puasa. Tapi semuanya tak jadi sebab utamanya Incik Dean tengah belajar lagi, dan dia mengalami bermacam rintangan untuk meneruskan planning ini. Daripada pihak Cik Wanny pun ada masalahnya. Tahun ni, adik beradik Cik Wanny tak dapat berkumpul untuk mane-mane tarikh sekali pon. So, ape makna kahwin lau family tak cukupkan. Cukup la time bertunang ari tu, sorang je adik beradik Cik Wanny ada. sedih oooo..... nangis kejap before majlis sarung cincin time bertunang ari tu.

KESIMPULANNYA...
Cik Wanny akan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Cik Wanny akan belajar sampai degree..
atau lau ada rezeki sampai master..
lepas tu baru kerja..
senangkan hidup ma abah
dan kahwin tu akan datang bila-bila masa.. hehe..

So Cik Wanny harap dengan penjelasan ni
semua kawan Cik Wanny faham situasi Cik Wanny
dan harapnye dah tak de salah faham pasal 3 benda tu. ok???

***2 gambar ihsan daripada goole

No comments: