KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Thursday, June 7, 2012

Tunang 1 : Hantaran Majlis Pertunangan Cik Wanny

    INI CERITA BASI... KALAU SUDI BACA LA...

OK.. Entry kali ni nak citer pasal hantaran masa majlis bertunang Cik Wanny ari tu... ok... Cik Wanny bagi 7 dulang hantaran dan Incik Dean balas 5 dulang... hampir ke semua hantaran ni, Cik Wanny yang gubah sendiri.. ok la.. kat setiap gambar hantaran ni, Cik Wanny akan citer ape benda dan serba sedikitnya...

mula-mula sekali hantaran daripada pihak Cik Wanny...yang pertama buah-buahan, Cik Wanny beli kat Econjaya Kok Lanas pada pagi hari kejadian.. hehe... TQ to pesa coz sudi datang umah pepagi buta untuk teman Cik Wanny dan ema pergi cari barang hantaran yang tak lengkap lagi.. dalam bakul ni ada buah anggur, epal, oren, dan buah naga. bakul tu Cik Wanny hias, susunan buah pulak ditolong oleh classmate Cik Wanny.. diorang sampai awal.. so tolong la apa yang patut.. haha...


yang kedua ni... hantaran sarang tebuan.. yang dibuat oleh saya sendiri.. gubahan jugak oleh classmate Cik Wanny... huhu



yang ketiga ni, dompet dan tali pinggang, dibeli di kedai mak pesa, hehe.. dapat diskaun ag... haha.. juga digubah oleh Cik Wanny sendiri..


yang ini pulak kain pelikat, di pow dalam koleksi abah Cik Wanny, yang baru la, bukan yang abah dah guna, kira dalam koleksi abah yang tak guna lagi la.. huhu.. dalam kotak ag.. hiasan dan gubahan daripada Cik Wanny.


yang ke lima ni, kek cokat yang dibuat dan digubah oleh keluarga angkat Cik Wanny dari Felda Tenang, kiranya disponsor la.. hehe.. tq mok..kak ja, ayoh...


yang ke 6 ni, adalah pulut. Yang macam lada warna merah dan hijau tu adalah pulut sebenarnya. dibentuk macam buah lada... hehe... kat atas tu ada bunga telur.. juga disponsor oleh keluarga angkat...


dan yang terakhir sekali daripada pihak Cik Wanny, ialah Sireh Junjung.. yang ni special.. sebabnya ma Cik Wanny sendiri gubah,, hehe,, pegi amik daun sireh yang tak cukup tengah malam buta, sampai kena pacat, tq ma... lurve u so muchh....


yang kat bawah ni plak gambar-gambar hantaran daripada pihak tunang Cik Wanny...hehe

yang pertama, pulut kuning, pulut ni bakal mak mertua yang wat, walaupun time tu ma penim kepala dan tak sihat, still gagahkan diri untuk buat ni semua, tq ma.. dua-dua ma saya baik hati belako.. haha... bunga telur tu Cik Wanny beli di Rantau Panjang, 


yang ini pulak adalah kain baju kurung, beli kat rantau panjang jugak, digubah oleh Cik Wanny sendiri, berkonsepkan sarang burung, masa tengah beli bunga, reben dan sebagainya untuk gubah hantaran ni, ternampak burung tu.. RM1 seekor, pastu dapat idea untuk wat gubahan macam ni... 


yang ketiga ni adalah kain sembahyang, gubahan oleh Cik Wanny jugak. hehe... yang ni dapat ilham daripada MR. Google. pastu beli bahan-bahan dan buat sendiri..


next, adalah sireh junjung yang juga dihasilkan oleh ma Cik Wanny juga, walaupun hantaran ni daripada pihak Incik Dean.. hehe...

 dan yang terakhir sekali daripada pihak Incik Dean ialah kek blueberry.. my feveret. kek ni Cik Wanny tempah kat Ketereh, pagi hari kejadian baru pegi amik. hehe...




 Last sekali ni la semua hantaran daripada pihak Incik Dean.. 


   Kesimpulan yang nak diberitahu, gubahan sendiri lebih memuaskan hati dan ternyata menjimatkan. hehe... kreativiti akan datang sendiri semasa kita menggubah hantaran. so gubah la sendiri... hehe... mungkin ada yang tertanya kenapa semua hantaran, Cik Wanny yang gubahkan. Sebenarnya, time tu Incik Dean kerja kat area KL tu, dia balik dapat cuti 4 hari je untuk bertunang, so dia tak sempat nak wat semuanya. Tu yang Cik Wanny tolong.. lagipun tu kan keje orang  pompuan. orang lelaki ni tau bagi duit je.. hehe... so next entry jugak masih pasal pertunangan Cik Wanny, yang mana akan ada dalam 10 episod lagi.. hehe.. babay

2 comments:

ezatieya said...

uih!! cantiknye. nnt tlg gubahkan hantaran aq jgk. tp lambat lg la. hihi

Cahaya Kewangianku said...

hehe.... ye la zati... ko nak wat berapa hantaran?? nnt semuanya aku gubahkan... haha... mggu dpn akak qeli kahwin, pergi tak???