KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Tuesday, November 30, 2010

.....about me in this week.....



sukanya hujan.. hihi... time2 ni tokey2 payung meraih rezeki

yang lebat selagi hujan turun dengan lebat


haluuuuu.......salam semua... macam mane sekarang cuaca kat tempat masing2?? fuyooo!!! tempat sy di 4K iaitu Kadok, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan (alamat umah) hujan teramat la lebat sampai kan saya asyik berbungkus jer... huhuhu...rasa nak bawak masuk laptop duduk diam2 dalam selimut. so pada pendapat saya kelantan akan banjir. so banjir je la.. hihi dan macam pesta air je kalau hujung2 tahun ni. Tapi jaga la keselematan ahli kelurga anda ye. Kurangkan mangsa lemas waktu banjir k. Anda mampu mnegubahnya. By the way saya dahlama nak tulis entrie ni.. tapi, asal klik dashboard untuk klik new post je mesti terlama baca update2 blog yang saya follow.. bila dah terlama, saya pun dah terpenat untuk menulis. so tenghari ni saya stat baca 2-3 blog jer lepas tu saya terus menulis. takut terbantut lagi niat suci nk menulis blog.. ye x??? hahahaha..... so ari ni kat blog ni sy nak tulis ape yg terjadi kat sy stat daripada ari ahad sampai ari ni ari rabu (kalau awak2 baca post ni ari ni maka still rabu la)..... kisahnya....

kalau boleh cam ni la aku nak berbungkus

kaki tu nak pakai stoking jugak

haha

so.. kalau bab journey aku balik daripada penang aku dah citer kat sini so stat daripada aku dah balik ar aku nak citer kat sini, masa atas bas tu ada salah faham dengan sorang member perempuan disebabkan seorang lelaki ni. kitorang bukan berebut jantan okkkkk... dengan penim kepala otak ntah pape yang aku rasa tu, aku terus outkan 2 orang tu daripada mind aku kejap. aku buat derk je. aku rest atas bas sesedap jiwa event otak x tenang. esoknya aku ok and slow talk ngan girl tu macam tu macam ni. aku mintak maaf sebab wat xtau pasal semalam. malamnya pulak aku berslow talk dengan lelaki A tu sampaikan again kitorang bergaduh besar. malam tu mencetuskan kembali hubungan aku dengan mamat kat politeknik PD. aku stress dengan lelaki A, bila aku bukak fb, mamat PD ni br approve aku. tengah2 aku taip mesej kat dia, dia dah chat aku kat fb.....waaaaaaaaaaaaa............. hepinyer. dulu aku remove dan block fb dia sebab dia pernah wat aku frust. so slow2 aku citer kat dia masalah aku, dan dia selesaikan semuanya... dia suruh aku ignored je lelaki A lgpon lelaki A bukan nak kat aku pon. AND.... mamat PD nak trima aku balik. so malas nak pikir pape aku terima je lagi pun kepala tengah senget.

bermula la kisah aku dengan dia pulak. bagi aku, keluarnya aku daripada masalah girl dengan lelaki A tu membuat kan aku terjebak dengan masalah mamat PD.. what the hell la. by the way malam yang aku trima mamat PD dan melepaskan lelaki A tu, fuyooooooooo......... gua banjir macam air hujan yang lebat. aku menangis giler2 sambil webcam ngan mamat PD tu. tq awak sebab always ada masa saya susah even awak dulu pon pernah wat saya sengsara kkkkkkkkkk. malam tu dengan xde moodnya aku tido. padahal esok paginya aku nak g jalan-jalan kat kb ngan nadia. dia bawak pakwe dia pirol. pirol lak bawak kete so boleh la bawak aku. hua3x.. so kat sini saya nak citer betapa berpusim2 nye kami macam 4 tayar kete pirol tu.. hahaha...haha.. nadia janji kol 10.30, so aku punyer la bersiap awal giler kan.. bila dah nk pukul 10.30 baru aku amik hp dan ada msg nadia iaitu " t aku msg mum mari la umah aku" yer aku tau mesti dia x siap ag. haha.. aku pon sambung la make up round kedua tu yg tebal sikit mascara tu. haha... ye ke maskara je??? eyeshadow bedak semua tebal je aku rasa sebab dah tepek buat kali kedua. dan semestinya time tu hujan renyai2. then baru aku g umah nadia xlama lepas tu pirol dtg amik. kami pon pergi la ke kota bharu.


ni la nadia ngan pirol

diorang dah kapel sejak form 5 kot

dah 4 tahun la kot

semoga berkekalan ye...

p/s: sowi curi gambar daripada fb pirol

hepi giler ar ngan gelagat 2 manusia ni, diorang gadoh aku gelak. diorang berkengkekos aku gelak. diorang tu ini aku je tukang gelak. by the way, pirol aku xtau la nape hang ni galoks sangat ari ni k. huhu. so kalau bab tempat kitorang pegi tu macam ni. stat daripada kadok pergi kbmal, nadia ngan pirol je main bowling aku cam biasa tukang tengok jer. ntah bila la aku yang nak main plak kan. huhu then jalan2 kat pacific tengok sale2 baju. so meh nak habaq sikit biasa la hujung2 tahun ni sales punya la bnyk giler so cepat serahkan semua duit ko kat bank dan serah kan kad atm kat parent korang kalau yg guna buku bank ko gunting je buku bank tu. huhu baru la selamat duit korang. lepas pada tu kitorang g kat sony jalan gajah mati pada pukul 1. dan sony tutup sebab tengah rest.. hahaha... kitorang pun bertolak la ke KBTC plak sebab nadia nak beli baju dalam tu. kitorang bertawaf sebanyak 3 kali kat area parkson untuk cari parking tapi still xde. so pirol pun park la kat tempat yg blh kata 3 batu jauhnya daripada parkson sebab jarak nye 3 blok bangunan. so bersaie la kami disitu bab kata pirol saie dari mekah ke madinah. hik3x. jalan2 punya jalan sampai la kat parkson, masuk dlm tu cari baju diesel. ok la baju2 situ lawa giler. then baju2 pakaian pejabat pon bnyak so utk pakaian interview utk subjek sains kom sem dpn aku tau dh nk pergi redah kat mane.

lepas pusim2 situ kitorg pun out la, tapi kat sini terjadinya satu kes main tarik tali antara nadia ngan pirol. hahahahha.. kes ape aku xleh citer kami je yg tau.. tettttttt...... utk pergi ke tempat park tu, pirol je g, kami dah malas nak saie lagi. huhu... tapi kami bertawaf la lagi sekali utk cari park area pasar siti khadijah. kitorang g situ sebab nak pergi makan mihun sup terbaik area klate. hahhahaha gerai no 854 atas pasar siti khadijah.. korunk cari ar. gerenti sedap giler. memang puas hati ar ngan harga dia. rm5 semangkuk. oppss... sekawah sebenarnya, besar giler mangkuk dia lauk pauk dia pon bnyk. aku ngan nadia makan kue tiaw sup special harga rm5 semangkuk/ sekawah. sedapp doe!!! pirol??? dia diet xnk makan sup2 ni nak makan puzza. so sbgai kompromi kitorang, lepas makan mihun sup kitorang kena teman dia g makan pizza lak. masa nak g kat kreta tu hujan lebat giler. nasib baik la aku bawak payung dan kat sini la paling kelakar masa nak g park untuk makan pizza plak, kami tawaf 4 kali. brape kali????? empat kali tau x. tu aku dah eja. pirol pun dengan giveupnya x jd la makan pizza. kesian dia. hihi.

so kitorang pegi la balik kat kedai sony tu.. kalau dia ada bagi rate utk diorg punyer servis pelanggan, drpd 1 hingga 100 aku nk o.oo1 per seratus je kkkkkk. benci tul aku!!!! huh.. dah la lembap cam siput baby... dah lembut giler ar tu bahasa aku. camne ar minah tu boleh duduk kat kaunter padahal nampak mcm berpengalaman tapi x efficient. bercakap macam cakap ngan laki ko dalam kelambu. sok sek sok sek. eeee.. dah la nk kena faham loghat cina klate lagi.. haishh.. bab kata pirol buke malam jumaat ni!!! hahaha.. betul2.. by the way, caj baiki kamera tu tersangat la mahal. mmmm... caj nk chek rosak ape je tu pon dh 20 rggt. pastu rm 60 utk caj pe benda kejadah ntah. so aku decide lau kos nak baiki rosak ape mahal sangat aku juz tinggal je la kamera tu kat situ. malas ar nak g amik.

lepas daripada pergi sony center kami menuju ke tesco!!!!! nadia nak beli donut. tapi aku nak masuk tesco dulu sebab nak cari pengepit baju. biasa ar dah2 banjir ni baju jemur kat dalam umah je so mmg memerlukan bnyk2 hanger dan penyepit. aku yang nk beli satu benda tu pirol ngan nadi plak yang shopping kat dalam tu. hahaha. lepas kena sindir2 ngan aku baru ar kuar daripada tesco. pastu singgah beli kek kecik2 dia jual lelong. hahaha kek pon boleh lelong.rm 6 utk 3 ketul. blh campur3 perisa. sedap woooooo.... aku beli perisa oren, blueberry ngan coklat. Marbeles!!!! aku minat oren tapi mak aku sapu makan oren tu semua. mmmm... sabar je la. then lepas tu baru pergi beli donat. punye la excited aku g kedai donut tapi aku xde selera pon nak makan donut. so balik la kami ke Kadok. tapi eka, adik nadia suruh g amik dia kat SMK keterh dia baru abis paper sastera utk stpm. pastu balik umah rehat la sepuas2nya. THE END....

Sunday, November 28, 2010

3 syarat utk kita berkawan

1. Hubungan kawan antara kita tak ada kaitan pasal dia
2. Hubungan kawan antara kami tak ada kaitan pasal awak
3. Hubungan kawan antara kamu tak ada kaitan pasal saya

............give up.........

aku give up setiap kali nk edit blog
aku xtau macam mane nak buat shoutmix
aku xtau mcm mane nk letak lagu feberet aku kat blog
aku xtau nk letak tu
aku xtau nak letak ni
tolong lar aku

............hOme sWeEt HoMe.......

akhirnya pd 28hb 11 aku balik juga ke klate
setelah boring tahap nak mati kat penang
so pukul 10 pg aku naik bas di butterworth
kul 4 setengah aku sampai kb
pastu aku g makanmihun sup kat pasar khadijah
kat gerai no 854
perrrrrghhhhhhhhh
terbaik gua cakapl luuuuu
try ar pergi
kul 6.30 aku pon sampai umah
yeeeeeaaaaaaaayyyyyyyyyyyyy
ada wifi

ape lagi online ar keje aku kan
tapi xde ape yg nak dion9 kan
so nak citer masa atas bas
bas tu yg ada 3 seat je
tp aku xdpt seat single
dh dpt seat kapel tu x dpt seat tepi tingkap lg la azab
but
kerusi tepi aku tu xde orang
so aku dapat duduk 2 seat
dah la kerusi besar
selesa plak
hoooreeeyyyyyy

satu seat aku duduk
satu seat lagi laptop ngan makanan-makanan aku
giler punye boring duduk atas bas sowang2
naik je dah stat makan roti
kekoh kepok
mamoh kace
telan air
meme merangos la keje duk atas bas tu

eeeeeeeeemmmmmmmmmm
dapat plak masa bas tu
msg org tu
msg org ni
msg kak ba
msg abi
ada smpaikan info cikgu dayang xsiden
tp aku xrapat ngan dia sbb dia x ngaja aku
pastu masalah tu
pastu masalah ni
dah la bas tu sejuk giler
aku lak xde sweater

jari-jari tangan dh sampai pucat giler sbb sejuk
tapikansabar je la



akceli aku xtau nak tulis ape sebenarnya ni
nk karang satu kisah la
boleh x??????

Friday, November 26, 2010

..........cintakah aku............

Dulu aku sayang dia giler-giler. Even bermacam-macam masalah yang datang aku tetap hadapi sorang-sorang tanpa ada seorang pun yang memahami. Kadang-kadang tu member dah nampak aku ni cam bodoh sangat sebab sanggup bertahan sampai macam tu sekali demi seorang lelaki yang macam tu je. K la aku pun x kisah ape perasaan dia kat aku, ape penerimaan dia kat aku. Tapi ada jugak sampai satu masa tu aku give up sangat bila kita je sayang dia tapi dia x hargai kita.K aku give up. Tapi time tu la dia akan bagi perhatian sepenuhnya kat aku. Then lepas tu aku pon cair la balik.

Tapi ari tu ada satu masa, dia wat aku rasa betapa hinanya aku di samping dia. Dia wat aku rasa betapa bodohnya aku menyayangi dia. Aku rasa cam aku plak yang tak tahu malu. Saat tu aku dapat merasakan semua perasaan aku pada dia semakin hilang. Dia yang mintak aku jangan kontak dia lagi. Pedihnya perasaan aku malam tu. Sampai macam tu skali dia layan aku malam tu. Marah sungguh dia kat aku malam tu. eeemmm... kalau nak kirakan salah tu, ada juga la salah aku, tapi dia tu sebenarnya salah jugak. Dia yang wat keadaan jadi kalut sampai semuanya dah kucar kacir.

Memang salah aku wat semua jadi cam tu. So aku redha dengan semua yang terjadi. Tapi bukan salah aku bila seorang perempuan yang dia anggap awek tapi perempuan tu tak anggap dia tu sebagai pakwe dia. Tu salah dia sebab x boleh nak trima hakikat bahawa perempuan tu x suka kat dia. Tapi sekarang bila aku dah tawar hati kat dia, dia plak yang nak cari aku. Buat ape cari aku kalau takat sayang tapi ko nak kat orang lain. Watpe ko nak ikat aku tapi ko dah ada orang lain. Nape xnak lepaskan aku???? aku kan kawan ko jer. Aku pun ada hak untuk ada orang yang tersayang.

ko dah wat aku gilerrrrrrrrrrrrrrrr.

Thursday, November 25, 2010

.....jOuRnEy tO QuEnSbAy......


24hb 11 2010
waktu ptg dalam pukul 5
kak ina ajak g pasar malam
so aku ikut la
belok kanan belok kiri belok kiri belok kanan
sapa la satu umah
aku pun tanya
"nak g mana ni"
dia oyak nak g umah puan mariah aku rasa
xpun mar somtim la
sebab dia bahasakan diri dia aunty mar
aku pun masuk la dlm umah dia
ada seorang mak cik tgh on9 fb
huhu
ada anak laki dio sorg
jap tu dtg bibik bawak air...
fuyoooooooooo
ada bibik...
huhu

pastu....
dia speaking ngan anak dia yg umo 13 thun...
woooooo
hebatnye
huhu
dia tu lecturer kat maktab perguruan penang
ajar bahasa inggeris
patut la
dia ada 3 anak lelaki
anak sulong dia sama umo ngan aku
lsp diorg berbual2
aku kak ina ngan anak bgsu dia tu pon pegi la pasar mlm
beli2 mknan balik makan umah dia

tgh2 makan tu dia ckp nak g Quensbay mall
anak bongsu dia nak beli barang
so...kami pun ikut la
eemmm...
standard mall la...
brg mahal nak mampus
tp dlm mahal2 tu aku jumpa somtim yg murah gler...
ni haa



murah x???
hahaha
so the end!!!

Tuesday, November 23, 2010

....TaNpA AwAk.....

22 November 2010

9.15 pm

Penang

.....awak....

....pada waktu ni baru 10 jam kita x msg....

....kita rindu kat awk...

....kita rindu awak sangat...

....kita xtau nak wat ape...

....selalunya, kita xbgn tidur lagi...

...awak dah msg kita...

.....awk slalu kejut kita bgn pg2....

....so bila kita bgn kita hepi tgk hp ada msg awk....

....awk....mcm mane dengan kita pagi esok....

....awak dh x boleh msg kita lagi...

....kita tau kita akan sedih...

....dari dulu kita bgtau awk kita xblh nak hadapi waktu ni....

....sebelum ni kita msg setiap masa....

.....dari kita bgn tido sampai awk tertido....

....kita makan pon kita msg awk...

...kita pegi mane2 kita msg awk....

....kita tgk tv, main game, on9, blogging...

....semua kita wat sambil msg awk...

....awk pun sama kan...

....sekarang....

....kita sedih sangat-sangat....

henpon kita dah sunyi sepi....

....dah x bunyi mesej pon...

....kita sampaikan xboleh nak pikir benda lain selain awak....

....awak...cam mane la kita nak tunggu awak utk 2 minggu....

....sedangkan x sampai 12jam pun kita dan sunyi tanpa awak...

....td masa awk nak pergi....

....awak x bgtau kita pun...

...kita tunggu je mesej awak...

....awak x anta satu pon...

....bila kita anta mesej....

....xdelivered pun...

....lagi kita sedih....

....awak....

....selama 37 hari kita kenal...

....selama tempoh kita rapat ni...

....selama tu la kita x lekang mesej ngan awak kan....

...kadang-kadang bila gadoh....

....kejap je kita merajuk...

...lepas awak pujuk...

...kita mesti mesej awak lagi...

.....selama ni awak x pernah cal kita...

....kita pun x pernah cal awak...

.....tapi semalam....

....kita terkejut sangat....

....awak nak gayut ngan kita...

...kita hepi sangat...

....awak panggil kita "yunk"

....sukanya dengar...

...selalunya awak taip dalam msg je kan...

...tp semalam kita dengar live...

...kita suka sangat...

...awak nak kita plak cakap "saya sayang awak"

...tapi kita malu...

....kita x cakap pun...

....pastu awak gelakkan kita sebab kita malu...

....awak jahat....

...kita suka dengar suara awak...

...suka dengar awak panggil kita "yunk"

...tapi awak...

...tu semalam....

....ape yang kita tau sekarang....

....kita xkan dpt dgr suara awk selama 14hari...

....kita xkn dpt msg awk selama 14 hari...

....kita xdpt kontak pon selama 14 hari....

.....awak....

....macam mane dengan kita yang dah rindu awak giler2 ni....

.....CeRiTeRa YaYuNk NgAn YuNk.......

....Assalamualaikum....

...hai!!! saya yayunk....

....dia plak yunk...

....dia tu boys k, saya girls.....

....ceritera kitorang sungguh happening...

.....kadang2 gadoh....

.....kadang2 hepi sama2...

....biasa la idop kan...

...kalau tak gadoh xde la asam garam hidup kn???....

....dulu masa yayunk kenal yunk...

....kita kawan je kan...

....tapi lama2 yayunk ngan yunk start rindu2....

....yayunk rindu kat yunk...

....yunk pon rindu kat yayunk jgk...

....kita slalu jumpa kan...

....kalau tak jumpa kita rindu....

...kita pergi jogging sama-sama...

....kita pergi makan bersama....

....study pon sama-sama....

....kita g date kat bandar lagi kan...

....hehehe... hepi la yayunk bila yunk slalu ada...

....yunk selalu jaga yayunk...

....yunk tau yayunk ni elergik ngan makanan2 x sihat....

....yunk sanggup belikan makanan utk yayunk...

....bila malam pun yunk belikan makanan utk yayunk...

....hehehe.... sihat la yayunk lau slalu cm ni...

....padahal yunk nak yayunk kurus...

....kalau cam ni la yunk jaga yayunk..

....2bulan lagi jd la yayunk bear yang comel....

....bulat...chubby... kiut lagi... hahaha....

....kalau petang2 kita g jogging kan....

....hahaha.... bajet yayunk nk kurus la...

....tapi x turun jugak...

.... hua3x....

....yunk tetap sabar menguruskan yayunk...

....sekarang yayunk dah start diet lg...

....yunk jangan risau k...

....yunk ingat tak dulu...

....yayunk pernah nak tgglkan yunk....

....sebabkan terjadi satu hal antara kita...

...yunk tau...yayunk x hepi pon masa tu....

....yayunk sedih sgt sebab kita terpaksa berpisah....

....tapi xlama lepas tu yayaunk msg yunk lagi...

...rindu sangat2...

....bila jadi masalah....

....yayunk mesti nak tinggalkan yunk...

...padahal masatu yunk ckp...

...semua benda akan settle...

....tapi yayunk ni terburu2 kan....

...cepat panik...

....yunk sabar je ngan yayunk...

...terima kasih yunk...

...yayunk sayang yunk sgt2 k....

...yunk xpernah pun nak tinggalkan yayunk...

...sampai la suatu tahap...

...yunk pun dah x sabar ngan yayunk kan...

....yunk mintak yayunk jgn msg yunk lg...

....mmasa tu yayunk pon tgh marah...

.....yayunk pun xkisah lau yunk xnk msg....

.....esoknye yayunk x msg yunk pon...

...yayunk wat ape yang yunk nak...

....tapi ptg tu..

....yunk msg yayunk...

....yunk cakp sori...

....dan yunk jgk mintak maaf....

....yayunk kan syg yunk...

...sbb tu yunk maafkan yayunk...

....kita pon baik balik...

....kita dh x gaduh besar2 lg...

....kita gaduh2 manja je kan....

....hihihi....

....masa kita berbaik....

...hehehe...

...yunk slalu tanya yayunk...

...."yayunk sayam yunk"....

....mesti la yayunk jawab sayam....

....yunk tau tak....

...yayunk sayang yunk sgt2...

....sampaikan yayunk xblh tidor slagi yunk x tido...

.....kalau yayunk x mkn...

...yayunk risau sangat...

....dulu yunk demam dan sakit kepala masa kita gadoh besar....

....yayunk risau sgt...

....tapi yayunk ego nak tanya kabar yayunk...

...yayunk wat xtau even kawan ada bgtau yg yunk demam....

....sebenarnya yayunk rasa nk terbang je pergi tempat yunk...

...yayunk nak jaga yunk sampai semboh...

.....tapi yayunk x mampu...

....sampai la yunk dah pujuk yayunk....

....baru la yayunk dapat jaga yunk...

....tu pun dalam mesej je kan...

....semalam kita gadoh lagi kan....

...sampai yayunk majuk....

...masa tgh gadoh blh plak yunk tertido...

....lagi la yayunk nak marah....

....pagi tadi yayunk x balas pon msg yunk...

...even dah 2kali yunk anta msg...

...yunk pujuk yayunk...

....tapi yayunk ni suka jual mahal....

....tapi xlama pon kan...

....lps lunch, yayunk terus msg yunk...

...yayunk rindukan yunk...

Berakhirnya Kisah Nina Sayam Farid....

Dah berbulu aku tengok daging-daging korban ni... huhuhu... dari bekpes sampai la supper tengah malam tu asyik makan makanan yang berasaskan daging... uweeekkk!!!! eemmm... kalau bukan daging pon somtim yang berasaskan lembu macam hati, perut, limpa, tulang, lidah, dan gigi. Eh!! tak..tak.. kita x makan gigi lembu kan??? hihi... (cam dah biasa makan jer) maner ader.. jahat korang ni... bila aku bangun tidur pagi tadi dah tersiap hidangan nasi impit kuah kacang bersama sate (mesti korang tertanya-tanya aku bangun pukul baper sampai semua hidangan dah siap kan...xpayah tanya!!!) haha... lepas siap apa yang patut aku pun melantak la kan... makan.. makan..makan... makan... makan... ok STOP!!! dah siap makan... aku pun start la mencoret kisah ini... kisah cinta ini aku coretkan untuk bacaan korang semua.. baca je k.. nak feeling pun suka ati lar... juz jangan tanya.. siapakah watak-watk cerita dalam ni... kisah nye diberi tajuk" Berakhirnya Kisah Saya Sayam Awak"...so disinilah aku akan citer bermulanya kisah tersebut.

Kisahnya bermula di sebuah IPTA di sebuah negeri yang berada di pantai timur. Ada seorang perempuan yang aku bagi nama Nina. Nina ni student tahun kedua dalam fakulti business. Dia dah tahun kedua kat ipta tu, so.. bagi aku Nina ni seorang yang periang.. suka gelak ketawa ngan kawan-kawan dia yang sama kepala ngan dia. yup! aku suka tengok hidup dia.. happy giler bila ngan kawan-kawan... tapi hanya seorang kawan dia merangkap rumate dia yang faham segalanya tentang dia.. aku nama kan kawan dia Liza. Liza tau Nina ni hanya hepi bila ngan kawan-kawan dia, cuba kalau dia tinggal sorang-sorang, Nina akan sedih ingatkan ex dia yang tinggalkan dia sebab parent ex Nina tak suka Nina. Sampai kesudahnye la Nina ni gila bayang ngan ex dia.. Aku tabik ar ngan Liza ni sebab memahami Nina. Kalau dia tengok Nina nangis malam-malam, dia wat tak tau je.. dia faham la tu Nina nak lepaskan perasaan dia.

Startnya study week, Nina mula rapat ngan sorang lelaki yang aku bagi nama Farid. Farid ni sama umo ngan dia tapi lain-lain fakulti. Nina rapat ngan dia sebab Nina mesej Farid untuk mintak tolong Farid pergi pekan. So, mesej mintak tolong tu berlarutan sampai la diorang jadi rapat giler. Si Farid ni plak nak anggap Nina sebabagai kawan yang rapat. Bukan kawan yang biasa tapi bukan jugak kawan yang istimewa. So, Nina pun OK la sebab Nina pernah tanya dia ada awek ke tak dan Farid cakap dia tak ada awek. Sejak hari tu Liza perasan Nina dah tak sedih-sedih lagi dan dia suka andai Farid dapat membahagiakan Nina. Nina dan Farid ni pun berkawan la hinggakan pergi mana-mana pun selalu bersama. Makan, study, pergi bandar, jalan-jalan keliling universiti dan kadang-kadang Farid belikan makanan untuk Nina dan hantar ke tempat tinggal Nina. Semua kawan-kawan Nina pun dah sok sek sok sek cakap Nina mesti ada apa-apa ngan si Farid ni, kalau tak, takkan la berkepit je 24jam kn. Si Nina pun bila ada orang tanya dia senyum jer. Bahagia la tu ada orang jaga dia kat IPTA.

Nina ni plak sejak dah rapat ngan Farid, dia dah tak rapat ngan Liza. Mana taknya, dulu selalu pergi mana-mana ngan Liza. Makan pun ngan Liza. tapi sekarang semua aktiviti outdoor Nina ngan Farid cuma aktiviti indoor je Nina wat ngan Liza. Sampailah suatu hari, Nina dapat tau pasal sorang minah yang rapat ngan Farid yang aku nama kan Zai. Zai ni sama fakulti ngan Farid. dulu masa mula-mula kenal, Nina tanya Farid ape hubungan Farid ngan Zai, tapi Farid kata dia tak ada apa-apa ngan Zai cuma problemnya Zai ni nak kat Farid tapi Farid tak boleh nak sayang dia. Nina kesian kat Zai sebenarnya. Lama-lama Farid bagitau Nina yang Zai tu sebenarnya awek dia. dia sayangkan Zai. Hari tu berubah terus mood si Nina ni. Masa tu dia rasa macam diperbodhkan si Farid ni pun ada. tapi farid tu still cakap dia sayangkan Nina. Disinilah bermula silapnya bila Nina still terima Farid yang sayangkan Zai. Liza pulak dah tak sukakan si Farid lepas Nina citerkan semuanya pasal Farid dengan Zai. Liza tak sukakan farid sebab dia dah main-mainkan perasaan Nina yang sedia terluka sebab ex dia. form thats moment, Liza dah tak boleh bertembung ngan Farid lagi.

Makin lama makin teruk bila Zai dapat tahu pasal Nina. Dia marahkan Farid sebab rapat nagn Nina. Tapi Farid still sayangkan Nina. Farid tak kisahkan kemarahan Zai. Suatu hari, Zai bagi perintah berkurung pada Farid. Zai bagi pilihan antara Nina dan Zai, sape yang dia pilih. Disebabkan Farid terlebih sayangkan si Zai, dia pun memilih Zai. Seterusnya Zai dah tak bagi Farid jumpa Nina lagi kalau Farid sayang kan Zai. Farid pun macam lembu kena cucuk hidung, ikut je cakap Zai. Dia dah tak jumpa Nina lagi. Si Nina ni pulak dah macam orang gila sebab setiap mesej dan call dia untuk Farid tak de satu respon pun. tapi tak lama pun Farid dapat bertahan, sebab lepas tu dia kontak jugak si Nina. Tapi malangnya Zai dapat tahu jugak tindakan si Farid even Farid dah x kuar bersama ngan Nina. Macam mana Zai dapat tahu Farid hanya bermesej ngan Nina tu tak dapat la aku pastikan.

Tindakan Farid melanggar arahan (arahan??? hahaha.. lawak je) Zai telah membuatkan Zai meninggalkan dia. Masa Zai nak tinggalkan Farid, dia cakap kat Farid yang dia tak nak kenal lagi insan bernama Farid ni, dia tak nak jumpa farid lagi, dan dia takkan kontak Farid lagi. Dengan sedihnya Farid masa tu, pada Nina la dia luahkan perasaan terluka sebab Zai wat cam tu. Tapi Farid, kalau kau tak rapat ngan Nina, semua benda ni takkan terjadi. Farid sendiri yang degil nak kawan ngan Nina so terima je la ape yang sepatutnya kau dapat Farid. Pada waktu ni Farid ngan Nina berkawan lagi rapat, walaupun Farid sedih sebab Zai tinggalkan dia, tapi dia still hepi sebab dia ada kawan yang bernama Nina. Waktu ni pulak, Nina hepi sangat sebab dia macam ada peluang untuk dapatkan Farid, tambah pulak si Farid ni makin sayang kat dia. layan pun baik giler.. first kelas orang kata. waktu tu ada la 2-3kali Farid ajak dia kapel tapi Nina agak ragu-ragu nak terima maklum la Farid baru kena tinggal.Sure-sure la dia masih sayangkan Zai.

Tak sampai seminggu tempoh "bermadu kasih" Farid ngan Nina, Zai kontak Farid lagi. Waktu tu, Farid hepi giler. Macam bini mati hidup kembali. Nina pulak, macam bini mati laki (pandai wat perumpamaan, padahal tu la perasaan sebetulnya). Waktu ni Nina macam dah menyesal sangat sebab dia biar kan perasaan yang tak patut wujud dalam diri dia tu menular dan semakin membuak-buak. Tapi nasi dah jadi bubur, sayang tetap sayang. So Nina amik keputusan untuk tinggalkan Farid dan biar dia bahagia ngan Zai. Nina anta mesej kat Farid dan bagitau semua perasaan dia serta tujuan dia anta mesej untuk lupakan dia ( pergghh... berlagaknya Nina.. haha.. confident ker? kita tgk!). Namun, Farid still memujuk Nina supaya Nina tak tinggalkan dia (tamakkan Farid ni). Farid cakap kita kawan la even x kapel, kita boleh jadi kawan rapat. Kawan rapat ko cakap? Kalau kawan ko takkan sound Nina jangan gedik ngan jantan lain bila Nina kuar sorang-sorang dan ko takkan jelez bila Nina tu kawan rapat ngan jantan lain. (ooppss.. emo la plak..ada pape ke? takde pape la).

Menangis la Nina sebab frust tak dapat orang yang dia sayang. Liza plak lagi la nak marahkan Farid. Liza cakap yang Farid ni macam nak gunakan Nina je sebab masa Zai takde, punya la rapat ngan Nina. Yer betul cakap Liza, tapi Nina tak nampak semua tu, yang dia tau dia sayangkan Farid. Tu la perempuan, kalau dah sayang, tak nampak kekurangan orang tu kan? Tapi tak lama pun Nina bertahan (hahaha.. sebab tu aku kata "kita tgk!!"). Beberapa jam selepas tu Nina mesej Farid cakap sowi sebab nak tinggalkan dia. (ko bodoh la Nina, nape nak hambakan diri ko untuk jantan tu) Farid pulak dengan bangganya cakap, takpe Nina saya faham. (memahami la sangat ko ni). Nina pun ok la lepas tu sebab baik balik dengan "Kawan rapat" dia tu. Setiap kali Nina gadoh ngan Farid, Nina mesti balik umah. Time-time Nina nak balik umah ni la selalunya Farid akan buat-buat sedih dan tak bagi Nina balik umah. Tapi Nina balik jugak.

Farid ni bila Nina balik umah mula la dia jadi PAKWE yang paling CARING. Ayat dia dalam mesej mesti cam ni "Bila awak nak balik sini balik", saya rindu kat awak sangat2", "awak cepat-cepat la datang sini, saya nak jumpa awak" dan sebagainya menunjukkan dia tu tak boleh hidup la tanpa Nina kan. Nina pon bahagia la sangat ada orang rindukan dia. So Nina balik la cepat-cepat kat universiti untuk jumpa Farid yang beriya-iya nak jumpa dia. Tapi, bila dah jumpa, Farid akan wat-wat tak kisah. Kecik hati si Nina ni bila Farid wat dia macam tu. Macam tak berharga pulak pengorbanan Nina balik universiti awal-awal. Tapi Nina still terima tu dengan HATI YANG TERBUKA. Ko jangan jadi bodoh la Nina terima je ape jantan tu buat. Pada waktu ni serangan daripada Zai dah kurang even Nina selalu terserempak dia kat mana-mana.

Tapi makin lama makin kurang perasaan Nina pada Farid hinggakan tak kontak Farid dalam sehari pun Nina dah biasa. Hinggalah pada suatu saat, Zai bagi mesej kat Nina untuk jaga Farid baik-baik. Nina dengan redha nye membalas mesej tu " awak la yang patut jaga dia sebab awak awek dia". Zai balas lagi "dia bahagia ngan awak, dia x bahagia ngan saya". Ok2..dipendekkan cerita, selepas berbalas mesej untuk mengalah mendapatkan Farid, Zai mengajak Nina berjumpa. Mula-mula Nina agak keberatan untuk berjumpa, masa tu Nina nak tanya pendapat Liza tapi Liza tak ada. Then Nina pun pergi la jumpa Zai, sampai-sampai jer, Zai dah berterus terang bahawa dia dengan Farid tak ada apa-apa sebenarnya. So nape nak bagitau Nina benda tu? dipendekkan citer lagi, Zai nak Nina jaga Farid elok-elok sebab dia tak dapat membahagiakan Farid atas sebab-sebab tertentu. Tapi Nina tak perasaan pun Zai tak ada bagitahu pun Zai tak sayang Farid. Entah kuasa apa yang membuatkan Nina diam jer mendengar penjelasan Zai. Tapi Nina still memujuk Zai untuk tidak memutuskan hubungan dengan Farid sebab Nina tau Farid sayangkan Zai sangat-sangat dan Farid akan sedih tanpa Zai di sisi.

Nina nak Zai teruskan hubungan dengan Farid, Zai pulak nak Nina dapatkan Farid dan jaga Farid elok. (baik nye awek dua orang ni, sanggup mengalah demi orang yang tersayang. tapi Farid??? so selfish. Dua-dua dia nak). Lepas tu Farid tahu pasal pertemuan Nina ngan Zai, sebab Nina yang bagitau, tapi Zai dah sound Farid jangan tanya ape yang Nina dan Zai bincangkan, dan dia sekali lagi ikut je cakap si Zai dengan rela hatinya. Ok la, tu menunjukkan Farid patuh pada Zai. Lepas ari tu, bermula la hidup 3 orang ni secara aman tapi penuh dengan maklsud-maksud tersirat. Cara cakap masing-masing pun macam ada je nak perli apa-apa. Si Nina ni plak dah malas nak pikir ape-ape, dia juz tunggu cuti sem yang bakal tiba. Dia nak tinggalkan semua kenangan dan masalah mereka bertiga kat sana dan tak nak bawak balik kat umah. tapi Nina ni kan tak kuat, problem tu still ikut dia sampai dia balik umah.

Masa kat umah, bila Nina dah sakit hati sangat ngan Farid atas cara dia yang tak menghargai Nina, Nina mesti akan mesej Zai. Nina akan citer semuanya, then Zai pun akan betulkan mane-mane tindakan Nina yang salah yang telah membuatkan si Farid tu tak menghargai Nina. Nina pun sejuk hati lepas dapat nasihat daripada Zai. Sejak daripada waktu tu, Nina dengan Zai dah jadi kawan baik. Tapi Farid tak tahu pun pasal tu. Dan sejak daripada tu la jugak, Farid dah tak terima satu mesej atau call pun daripada Zai. Zai buat macam tu sebab dia nak Farid lupakan dia dan terima Nina sepenuhnya. Suatu hari, Nina merajuk hati lagi dengan Farid sebab Farid mengadu dia sedih sangat sebab dah lama Zai tak kontak dia, Nina pun diam je sebab Nina tau ape sebabnya. Nina pun mesej Zai lagi. Tapi kali ni Nina mesej Zai untuk pujuk Zai terima Farid sebab dia dah tak sanggup tengok Farid asyik bersedih jer. Zai tetap berdegil dan tak nak kontak Farid, lama-lama, Nina pulak terpujuk dengan Zai untuk bersabar dengan Farid dan amik hati dia betul-betul. oohh Nina, ko memang la selemah manusia.

Nina pun teruskan lagi hubungan dia dengan Farid. Nina menganggap farid sebagai orang yang dia paling sayang, tapi Farid juz anggap dia macam kawan jerrrrrrr. Nina sayangkan Farid lebih-lebih sebab Farid layan dia macam layan seorang awek. Even Nina tau semua benda ni, tapi dia still sayangkan Farid. Hinggalah suatu hari, tahap kesabaran Nina ni dah mencapai tahap maksimum untuk dia bersabar ngan semua perangai Farid. Dia tak mesej Zai, tapi dia terus melepaskan semua kemarahan dia kat Farid, Pada waktu tu jugak, Farid menyalahkan Nina sebab menyebabkan semua ni berlaku. Farid cakap tindakan Nina memujuk Zai tu sebenarnya membuatkan Nina lebih sayangkan Farid sebab bila Zai cakap dia dah tak sayangkan Farid, maka Nina pun akan rasa lebih confident dengan kasih sayang dia, sebab tu la Nina makin sayngkan Farid. Apa yang diluahkan oleh Farid pada Nina membuatkan perasaan sayang dan hormat Nina pada Farid terkubur macam tu saja. Then, Farid nak Nina cakap kat Zai yang Nina tak sukakan Farid lagi, Nina dah bencikan Farid. Farid nak Nina cakap cam tu supaya Zai akan menghubungi dia lagi. Malam tu, lepas Nina bergaduh ngan Farid pasal ni, Nina terus tidur sambil menangis. Tapi dalam hati Nina, dia dah bertekad untuk menamatkan semua ni dengan cara tidak menghubungi Farid lagi.

Esoknya, Nina berjaya meninggalkan Farid sepenuhnya, Nina dah tak kontak Nina lagi (tahniah Nina sebab dah jadi perempuan yang tabah). Yang paling memeranjatkan Nina, Farid yang mesej dan mintak maaf ngan Nina sebab buat Nina macam tu. Nina tak terima maaf dia. Nina cakap kalau Farid tak boleh terima kasih sayang dia, takpe, tapi jangan kontak dia lagi. terus Farid diam. Tapi, selepas 3-4 jam lepas tu, Farid mesej lagi. Kali ni, Nina sedikit cair, tapi dia tak terima Farid semudah tu, banyak yang dia ungkitkan pasal apa yang dah terjadi. Semua yang diungkit oleh Nina membuatkan Farid mengaku kesalahan dia. Tapi Farid meminta maaf pada Nina dan meminta Nina menerimanya sebagai kawan sahaja. Ok Nina terima. Dan Nina telah melupuskan beberapa hal semasa bermesej sebab hal-hal itu tak sesuai diungkapkan oleh seorang kawan. Contohnya pasal kasih sayang, Farid dah tak boleh tanya Nina sayang dia atau x, Farid dah tak boleh panggil Nina "yunk'. Farid dah tak boleh sayang Nina lagi dan banyak lagi perkara sewaktu dengannya.

Itulah kisah berbaiknya Nina ngan Farid as a frenz. Selepas tu, Nina terus mesej Zai dan bagitahu Zai yang Nina dan Farid dah gaduh besar. Nina dah tak nak kontak Farid lagi. Nina dah benci Farid dan semua yang seangkatan dengannya yang boleh buat Zai kontak Farid balik macam Farid mahukan Nina bagitau Zai. Yerr Nina dah buatkan untuk Farid. Waktu tu jugak Zai ada bagitahu yang Farid tak sihat sangat waktu tu, tapi dia tak de pun nak bagitau Nina, sebab dia tak sayangkan Nina, dia bagitau Zai sebab dia sayangkan Zai. Zai jugak bagitahu yang Farid tu sedih sangat-sangat ari ni. Bagi Nina, lantak la dia nak rasa sedih sebab Nina dah tak nak kontak dia atau ape je sebab masa Nina sayang dia, dia tak sayangkan Nina. Biar dia rasa bila dua-dua perempuan ni tak kontak dia. Nina tipu perasaan dia sendiri, Nina tipu Zai semata-mata nak Farid bahagia. Zai, Nina mintak maaf sebab tipu Zai tentang perasaan Nina even Zai tak percaya yang Nina dah tak sayang dia lagi. Zai betul, tapi apakan daya Nina, Farid terima Nina sebagai kawan je, so sebagai kawan, Nina nak Farid bahagia, Nina tak nak dia sedih-sedih lagi. Tapi, buat masa ni bagi aku, Farid seperti orang yang rugi sebab, ape yang dikejar tak dapat, ape yang dikendong berciciran. Lantak ko la Farid, Nina dah sayang ko giler tapi kau still nak kejar Zai. Sekarang ni Nina dah tawar hati ngan kau even sebagai seorang kawan, dia juz terima ko sebagai kawan sebab dia tak nak ko merayu-rayu kat dia untuk terima dan maafkan ko. Pada Farid, sowi la Nina nak layan ko macam dulu. dia dah give up. Dia akan layan ko macam kawan yang tak berharga pun. Ko rasa la balik ape yang dia rasa bila ko layan dia macam tu.So, berdamainya Nina ngan Farid sebagai kawan, maka Berakhirlah Kisah Nina Sayam Farid.