KaTa- kAtA CK

Blog persendirian ini kepunyaan Nurul Syazwani. Blog ini menceritakan kisah hidup beliau selama dia bernafas di atas dunia ni. Bagi sesiapa yang tak suka akan blog ini boleh la beredar dengan kadar segera tanpa meninggalkan jejak. Ini kerana andai jejak itu meninggalkan jejak di hati beliau, maka mampukah peninggal jejak itu untuk mencari beliau di Padang Masyar kelak untuk meminta maaf... Sekian.... AKU TAK SUKA ANYNOMOUS!!!

pelangi yang indah tu hanyalah kebahagiaan sementara untuk kita... bila-bila masa hujan akan turun menandakan hidup kita bakal diuji lagi... usah bertanya kenapa pelangi yang indah itu muncul hanya untuk seketika... kita hanya perlu bersyukur kerana pelangi itu masih sudi menjengah kita untuk memberi kebahagian kepada kita.. ALHAMDULILLAH...

Friday, March 22, 2013

Balik ke Uitm Dungun

Salam. Sekarang ni otw balik dungun. Puan Wanny balik ke Kg Kadok ari rabu malam sebab khamis tak ada kelas. Hehe. Tapi balik sowang2 je sebab husband banyak keje. Hehe. Balik umah sebab rindu sangat dengan Putih. Hehe

Sampai je kat rumah, emak cakap sibuk nak balik. Tak ada kelas pun duduk je la kat sana masak2 untuk husband. Sebijik kena kat muka. Haha. Takpe la. Tinggal kejap je. Pandai2 la papa masak. Huhu.

Balik umah bawak asignment banyak tapi tak bersentuh pun. Khamis pegi KB seharian urus macam2 hal. Jumaat lak bawak classmate pegi Mundok. Lepas tu jalan2 umah member lak. Dan ari ni dah otw ke dungun. Nasib la badan. Haha.

Dah banyak berubah.....

Salam semua. Dah berabad zaman x update blog sendiri. So kali ni juzz nak update pasal diri sendiri dan orang yang tersayang.

Sekarang ni Puan Wanny kan dah 8 bulan kawen. Suprisenya dah pregnant 5 bulan tau. Tak suprise pun sebab dah selalu update kat fb. Huhu. Due date my pregnancy ni 15hb Ogos tahun ni. Tak kan tahun depan lak kan. Hahaha. Beznye due date tu seminggu lepas raya puasa. Hehe. Dan paling bertuah, beranak dalam cuti sem. Jangan dalam final exam dah. Muahehe.

Study lak dah masuk sem ke 4 di UITM DUNGUN. Paling bez sem ni dapat duduk ngan husband. Sem lepas dah booking umah sewa yang murah tapi datang je sem ni, ada masalah lak. Panjang citernya. Dan dalam terpaksa kena cari rumah lain. Maklum saja la bila nak cari rumah sewa urgent, susah nak cari sama dengan kehendak kita. Terpaksa amik je umah sewa yang mahal nak mampus.

8 bulan dah jadi bini orang. Hehe

Saturday, December 8, 2012

Last Updates!!!! BYE..BYE...

    Assalamualaikum.... malam ni update new entry yang last.. last okeehhh....!!! last untuk minggu ni... hahahaha..... so start esok Ahad (9/12/2012) sampai Jumaat (14/12/2012) akan tiada entri baru.. ini kerana minggu ni merupakan minggu paling busy dalam sem ni... hehehe... untuk pengetahuan anda semua, Cik Wanny hanya ada 13 hari je lagi sebelum masuk study week yang bertempoh 12 hari.

                           --->>Study week - 22/12/2012 - 2/1/2013
                           --->>Exam          - 3/1/2/2013  - 21/1/2013

lepas je dari tarikh tu, Cik Wanny akan bercuti.... yeeeaaaaaaaaaaaa.....................!!!!! hehehe.. baru check tadi kat student portal, nak tengok jadual exam, tapi tak keluar ag, hehe..so tunggu!!! sem depan adalah sem ke-4 dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi. hehe

Kat sini Cik Wanny bagitau kenapa Cik Wanny sangat busy minggu ni hehehe 

Ahad  -  hantar draft skrip Arab   ------>>> dah siap pon..tunggu hantar jer
          -  then pegi kelas Fin, dan tengok presentation Bel

Isnin   - ada test Osha                  ------>>>tak study ag.... muahahahaha
          - hantar Article Osha         ------>>>tak buat ag.. tak tau tajuk ape pon ag...
          - pegi kelas Pro dgn QMT

***samada ahad atau isnin ke amik masa jap pergi wat Hirac kat library

Selasa - kena present result Hirac
             Pegi kelas Fin..Mgt xder.. hehehehe

Rabu   - ada test Pro
           - kena pergi kelas Osha

Khamis - dapat pengecualian kelas, then ada games Osha

Jumaat  - ada test Mgt....

CAN YOU SEE???? betapa padatnye jadual minggu ni... haha...apa yang Cik Wanny dapat teka, Ari sabtu penghujung segala kesibukan tu, Cik Wanny akan qada semua tidur-tidur yang terganggu... oooyyeeaaaahhhhhhh

Wednesday, December 5, 2012

My Big Day....Convocation at USA

     Assalamualaikum.......Selamat membaca blog Cik Wanny, hehe... So tengok tajuk pon tau kan ape yang Cik Wanny nak citer ari ni, iyer.. pasal KONVOKESYEN Cik Wanny...tp USA tu bukannya USA yang kat oversea..USA ni tu stand for UiTM Shah Alam. hehe... Upacara ni berlangsung pada 4hb Dec 2012. Cik Wanny pergi ke sana dengan My Husband pada 3hb Dec 2012 pukul 10.45 malam dengan menaiki bas Sany Express dari Dungun. Sampai sana pukul 5 pagi, member My Husband yang study kat sana datang amik, kemudian hantar Cik Wanny kat kolej Delima, kat bilik Farahim, member Cik Wanny. My Husband lak ikot member dia balik umah sewa dia.

     Dalam pukul 9, Cik Wanny, My Husband, Eima, ngan pakwe dia keluar pergi Seksyen 17, kebetulan time tu, ada member Incik Dean lalu situ, dia bawak kereta, kitorang pon tumpang pergi Seksyen 17. Kitorang nak pergi makan kat sana. Hehe..sesudah makan, kami pergi Giant, beli bekal untuk duduk dalam dewan selama 5 jam. Pastu kami berjalan naik bas yang disediakan UiTM untuk ke DATC. Kat sana kami jumpa family Siti, dan kawan-kawan yang lain.

    Sampai-sampai je kami berkumpul ngan kawan-kawan yang lain. Tapi gambar-gambar ngan kamera diorang takde kat Cik Wanny..so nikmati la gambar-gambar yang ada dalam hp Cik Wanny jer. Jum layannnnnnnnnnnnn!!!!

 time ni before beratur masuk DATC...
PEACE !!!!

Monday, December 3, 2012

Aku Terima Nikahnya.....

Assalamualaikum....dan Selamat Petang.
Tajuk entri ni tak ada kaitan pon dengan tajuk filem yang tengah hangat sekarang ni.
hehehehe.... k sebelum nak start typing the whole story... cuba tengok gambar ni dulu...


hehe... k masa ni Cik Wanny kat pantai sekitar Dungun..
di sebuah pondok berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
sebelum keluar tadi Cik Wanny testing make up untuk konvo esok

ok.... jum start our story morry ni k...
Pada 20hb Ogos 2012, pukul 10 malam, 
dengan satu lafaz, maka Cik Wanny pon sah menjadi seorang isteri
kepada Mohamad Aminuddin b. Mohd Bayaki
Ok. persalinan akad nikah Cik Wanny warna Peach Dark
(bak kata kakak yang kerja kat Jakel Kubang Kerian)
persalinan Cik Wanny dan My Husband ni dijahit oleh Ma Cik Wanny
dan direka khas oleh Cik Wanny sendiri

jum view satu gambar ni.....

Sunday, December 2, 2012

Hantaran Kawen.....

Assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian alam.
Kali ni nak bercerita pasal hantaran kawen ari tu.
majoriti hantaran ni Cik Wanny buat sendiri, 
kawan Cik Wanny, Cik Eima pon ada tolong jugak,
dan kakak ipar Cik Wanny, Kak Ina
senang nak cakap, hantaran yang ada reben polkadot warna purple 
adalah hantaran Cik Wanny kepada My Husband
dan reben yang polkadot warna hitam adalah hantaran
daripada My Husband kepada Cik Wanny

So senang citer, Cik Wanny tak suka beratkan hantaran dengan 
bunga-bungaan segala, reben bagai
sebabnya, Cik Wanny bukan nak bagi reben dengan bunga sebagai hantaran,
tapi benda yang kat tengah-tengah
antara reben2 dengan bungaan tu.
 lagipon jimat lau takde segala hiasan segala tu.
simple-simple dah la kan.
so untuk 18 hantaran ni,
 bunga dan reben dan segala hiasan dah almost RM200. 
kan bagus la RM200 tu dapat ditambah nilai kat Jam ke, 
kat kain baju hantaran tu ker.

Ok, jom marathon gambar-gambar ni, 
lau ada tak kena atau ada tak faham boleh tanya kat komen tu yer


Al-Fatihah...Atuk Cik Wanny Meninggal....

    Pada 20 Julai 2012, 10.45 malam, Atuk Cik Wanny pergi buat selama-lamanya. Kami menyambut kedatangan Ramadhan 2012 dengan penuh kesedihan. Kiranya Atuk Cik Wanny meninggal pada 1 Ramadhan la kan... Jenazah di kebumikan pada 21hb Julai 2012. Arwah di kebumikan dekat dengan kubur arwah nenek Cik Wanny. Atuk dan Nenek ni adalah atuk nenek sebelah ma Cik Wanny. Atuk dan nenek sebelah Abah dah lama meninggal, time abah kecik lagi.

   Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang yang beriman...
~Al-Fatihah

Dapat Buat Lesen Kereta dan Motor.......

    Pada pertengahan June 2012, time tu baru balik daripada Johor, balik-balik umah ma suruh pergi buat lesen motor dan kereta, punya la happy kan. Ibarat orang yang mengantok disorongkan bantal, haa macam tu la. hahahaha, dah lama giler mengidam nak wat lesen kereta ngan motor, tapi disebabkan tak de bajet, hold je la, sampai abis diploma pun tak dapat-dapat buat jugak, Kali ni Abah yang nak sponsor, so ape lagi, aku pun dengan senang hati google no fon cikgu wat lesen kat Melor.

    Alhamdulillah la, dapat gak sorang cikgu nama dia Cikgu Din, bila call tu, dia kata minggu depan dia mai amik kat umah, bawa duit RM150. Pendafaran katanya, sampai-sampai sana, terus bayar dan masuk kelas KURSUS PENDIDIKAN PEMANDU (KPP). 5-6 jam jugak kelas tu, daripada pagi sampai petang, Ada break time pergi sembahyang jumaat. Lepas kelas tu dah boleh amik Ujian Komputer. Mula-mula amik dah lulus, macam mane ni?? hahahaha.. So Cik Wanny dapat lesen L. lepas tu kena abiskan 3 jam motor dan 3 jam kereta baru dapat Lesen P.  hehe.. Lesen P tu kena matang dalam tempoh sebulan rasanya baru boleh amik Test JPJ. Tapi dalam tempoh tu kena abiskan 8 jam motor dan 8 jam kereta.

New Story......

     Selamat Petang... hehe.. ketemu lagi yer... ngeh3x.. Diri ku masih lagi berada di tempat dimana Cik Wanny update pasal konvokesyen tadi... hehe.. Masaih berada di tepi pantai di persisiran Pantai Dungun.. Cuaca not bad la... redup sangat sebab di sebelah selatan mengarah ke Paka macam hujan jer... So sini berangin sangat, ombak pon biasa-biasa jer... satu perkataan je yang boleh mengexplainkan keadaan ini... TENANG.... hehehe...

   Gambar kat bawah ni merupakan pandangan yang sedang di nikmati oleh Cik Wanny.. hehe... tenang sangat... kat tepi tu ada mak cik jual buah..buah manggis dengan buah rambutan.. tak ada duit nak beli.. mintak nagn husband suruh datang sini dan belikan, tapi dia pulak baru balik kelas.. penat.. malas.. macam-macam alasan la!!! ok fine...!!!!


Saturday, December 1, 2012

Pesta Konvo UiTM Semalaysia......

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah lama menyepi kat dunia blogging ni. Paling last dulu before balik ke kelate dari pasir gudang kan. Sebab, time tu bila dah balik umah, terus buat persiapan kahwin. Sebab tu la Cik Wanny ni dah tak sempat nak update blog. Sekarang????? Sekarang ada masa free, so boleh la update. Huhu

Di kesempatan ni, ada masa sebabnya Pesta Konvokesyen UiTM sedang berlangsung. rata-rata student yang akan konvokesyen akan dapat cuti dalam 5 hari setiap seorang. Itu bagi yang konvo kat Shah Alam la. Bagi yang konvo kat UiTM setempat, contohnya sekarang Cik Wanny belajar kat UiTM Dungun, bagi kawan-kawan yang konvo kat sini, diorang tak dapat cuti lama la. Tapi Disebabkan majoriti yang konvo kat UiTM Shah Alam, maka diorang pon tak de kelas jugak. huhuhuhu